WorksheetsKata Kerja Bahasa Melayu Tahap 2 SR | Siri 1
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Sajak yang bertajuk "Aku dan Negaraku" itu _____________ oleh Nurul Alia dengan penuh penghayatan.
dideklamasikan
didendangkan
disuarakan
dilagukan
Lukisan pemandangan pelukis itu _______________ oleh para pengunjung pameran kerana amat cantik sekali.
dicaci
dipuji
diumpati
dibanggakan
Murid-murid yang ponteng sekolah itu telah dapat _______________.
diambil alih
dikenal pasti
dibaik pulih
dilipat ganda
Cikgu Amran ______________ pelbagai rakaman bunyi haiwan melalui komputer riba kepada murid-murid kelas 6 Baiduri.
melagukan
merakamkan
membunyikan
memperdengarkan
Sultan: Beta akan _______________ untuk bertemu dengan rakyat jelata esok.
menjunjung titah
menjunjung kasih
mencemar duli
merafak sembah
Puan Arina ______________ anak-anaknya kerana leka menonton televisyen dan tidak menyiapkan kerja sekolah mereka.
memaksa
meleteri
meratapi
mencemuhi
Ibu mahir _______________ kain songket kerana mewarisi ilmu itu daripada nenek.
menjahit
menganyam
menenun
menjalin
Pak Mail suka __________ sotong apabila tiba musim bersama-sama dengan rakan-rakannya.
mencandat
memancing
menjala
menangkap
Imran membantu ayahnya untuk _______________ rumput di halaman belakang rumah mereka dengan menggunakan sebilah sabit.
memotong
memesin
menebas
menyabit
Adik baru belajar _______________ nasi dengan tunjuk ajar daripada ibu.
merebus
memasak
menanak
menjerang
