WorksheetsPENTAKSIRAN BILIK DARJAH- BM TAHUN 4
Total questions: 20
Worksheet time: 40mins
- Hadi _______________ nota tentang maklumat yang diperolehnya itu daripada internet.
tercatat
catatan
pencatat
mencatat
Di sepanjang laluan itu, mereka ____________ pokok-pokok yang rendang.
tanami
ditanam
menanam
tanaman
"_____________ air tadahan untuk menyiram pokok-pokok bunga," kata ibu kepada kakak.
Gunakan
Pengguna
Digunakan
Menggunakan
Buku-buku dan majalah lama itu ___________ untuk dihantar ke pusat kitar semula.
diikat
ikatan
terikat
mengikat
Nenek Mah memasukkan __________ ke dalam sarung bantal itu untuk dibuat bantal.
bebola
kekabu
dedaun
bebawang
Min Sheng membuang air yang bertakung di dalam piring pasu bunga itu supaya tidak menjadi tempat pembiakan __________.
jejentik
bebaling
rerama
duit-duit
Hafiz mengambil _____ kertas lalu menulis karangan yang disuruh oleh Cikgu Lee.
sebaris
sebuku
sehelai
secebis
Saiful memancing ikan di sungai yang terletak di belakang rumahnya dengan menggunakan _____ joran.
sebatang
sepucuk
sebilah
sekaki
Petani yang mengerjakan sawah itu bekerja _____ untuk mendapatkan rezeki bagi menyara hidup keluarganya.
mati-matian
sakit-sakitan
besar-besaran
sambil-sambilan
Walaupun sudah menjadi seorang _____ hasil kejayaan perniagaannya, beliau tidak pernah melupakan jasa keluarga kepadanya.
jutawan
karyawan
angkasawan
olahragawan
Pemohon yang mengisi borang untuk mengisi jawatan kosong di kilang itu mesti menjalani _____ terlebih dahulu sebelum dipilih.
uji bakat
latih tubi
temu duga
temu ramah
"Ampun, tuanku. _________ ialah seorang pedagang kain dari Kuala Sendili," kata lelaki itu kepada sultan.
Aku
Patik
Saya
Baginda
Hutang itu akan dibayar oleh Karim secara __________ kepada kawannya.
bertalu-talu
berpusu-pusu
bergilir-gilir
beransur-ansur
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
1.Buku ini tidak untuk murid-murid tahun enam.
2.Kata-katanya bukan membawa kebaikan tetapi hanya membawa kemudharatan.
3.Harta yang diperolehnya bukan daripada rezeki yang halal.
4.Mangsa kemalangan di simpang empat itu tidak dari kampung kami.
1 dan 2
1 dan 4
2 dan 3
3 dan 4
Aziymei menendang bola itu apabila pengadil meniupkan wisel.
