wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAB 3 KELESTARIAN ALAM SEKITAR

Total questions: 17

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah bukan disebabkan oleh pencemaran alam sekitar?

a)

Pemanasan global

b)

Kadar pengangguran yang tinggi

c)

Kepupusan spesies

d)

pemusnahan sumber ekonomi

2.

Kaedah untuk mengurangkan gas rumah hijau dan pemanasan global ialah

a)

Mengurangkan pembakaran bahan api fosil

b)

Mengurangkan penebangan hutan

c)

Tidak menanam semula pokok di hutan.

d)

Mengawal penggunaan dan pengeluaran gas rumah hijau

3.

Kesan hujan asid ialah

a)

Memusnahkan tisu dan akar tumbuhan

b)

Air tercemar dengan ion-ion logam berat

c)

Merendahkan nilai pH

d)

Mengakis kulit manusia

4.

Apakah yang ditunjukkan oleh bacaan BOD yang tinggi?

a)

Kualiti air yang baik

b)

Kualiti udara yang baik

c)

Air yang tercermar

d)

Pencemaran terma

5.

Antara pernyataan berikut, yang manaka benar tentang Biochemical Oxygen Demand (BOD)?

a)

BOD ialah jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk menguraikan bahan organik.

b)

BOD ialah jumlah oksigen terlarut yang dibebaskan oleh mikroorganisma untuk menguraikan bahan organik.

c)

BOD ialah jumlah oksigen terlarut yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk menguraikan bahan bukan organik.

d)

BOD ialah jumlah oksigen terlarut yang dibebaskan oleh mikroorganisma untuk menguraikan bahan bukan

organik

6.

Antara pernyataan berikut, yang manakah berkaitan dengan eutrofikasi?

a)

Pengurangan oksigen terlarut ke dalam suatu ekosistem akuatik

b)

Penambahan oksigen terlarut ke dalam suatu ekosistem akuatik

c)

Pengurangan ion nitrat dan ion fosfat ke dalam suatu ekosistem akuatik

d)

Penambahan ion nitrat dan ion fosfat ke dalam suatu ekosistem akuatik

7.

Apakah jenis pencemaran yang dihubungkaitkan dengan eutrofikasi?

a)

Pencemaran air

b)

Pencemaran terma

c)

Pencemaran tanah

d)

Pencemaran udara

8.

Rajah menunjukkan masa yang diperlukan oleh larutan metilena biru untuk diluntur dalam penentuan nilai Keperluan Oksigen Biokimia (B.O.D) bagi tiga sampel alr.

a)

Sampel air P mempunyai oksigen terlarut yang lebih tinggi berbanding sampel air R.

b)

Sampel air R mempunyai nilai B.O.D. yang tinggi.

c)

Sampel air R mempunyai mikroorganisma yang paling kurang.

d)

Sampel air Q adalah paling bersih.

9.

Pernyataan berikut menunjukkan peringkat yang - berlaku semasa eutrofikasi tasik.


V : Pengaliran sisa organik ke dalam tasik

W : Populasi bakteria meningkat

X : Populasi haiwan dan tumbuhan akuatik berkurang

Y : Nilai B.0.D. meningkat

Z : Tasik diliputi alga


Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan urutan yang betul?

a)

V, W, X, Z, Y

b)

V, Z, W, X, Y

c)

V,X, W, Y, Z

d)

V, Z, W, Y, X

10.

Rajah menunjukkan satu fenomena semula jadi, X. Apakah fenomena X?

a)

Jerebu

b)

Kesan rumah hijau

c)

Hujan asid

d)

Letusan gunung berapi

11.

Apakah gas utama yang menyebabkan kesan rumah hijau?

a)

Klorofluorokarbon (CFC)

b)

Sulfur dioksida

c)

Nitrogen oksida

d)

Karbon dioksida

12.

Antara gas berikut, yang manakah menyumbang kepada penipisan lapisan ozon?

a)

Sulfur dioksida

b)

Nitrogen oksida

c)

Karbon dioksida

d)

Klorofluorokarbon(CFC)

13.

💬Penyahhutanan

💬Aktiviti perindustrian

💬Pembakaran bahan api dalam kenderaan atau mesin


Penyataan diatas merujuk kepada punca berlakunya pencemaran (a)  

14.

Maklumat berikut menunjukkan kesan pencemaran alam sekitar.


🌍Peningkatan aras laut

🌍Pencairan ais di Artik

🌍Peningkatan suhu dunia


Apakah yang menyebabkan kesan ini?

a)

Hujan asid

b)

Penipisan lapisan ozon

c)

Pemanasan global

d)

Hakisan tanah

15.

Teknologi Emisi Negatif merupakan teknologi yang menyingkirkan kandungan (a)   dalam atmosfera.

16.

Antara berikut, yang manakah merupakan aplikasi teknologi hijau yang perlu diamalkan dalam kehidupan harian?

a)

Penggunaan kereta hibrid

b)

Teknologi solar

c)

Emisi sifar karbon

17.

(a)   ialah idea memperkenalkan mata wang bagi nilai persekitaran