wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENJODOH BILANGAN - BHG2 T6

Total questions: 50

Worksheet time: 25mins

Name
Class
Date
1.

Puan Anne memasukkan __________ garam ke dalam gulai yang dimasaknya.

a)

secubit

b)

seketul

c)

secawan

2.

Pasukan polis menemukan beberapa _______________ peluru terlekat pada dinding bangunan itu.

a)

butir

b)

kapal

c)

buah

3.

_____________ singa menggerumuni kerbau itu sebelum seekor daripadanya menerkam dan mengigit tengkuk mangsanya itu.

a)

Sebiji

b)

Segerombolan

c)

Sekawan

4.

Mak Teh Leha meletakkan beberapa ___________ timun ke dalam bungkusan nasi lemak yang dipesan pelanggannya.

a)

hiris

b)

batang

c)

ketul

5.

Beberapa ____________ rambut ditemukan di dalam perut buaya yang baru sahaja dibelah itu.

a)

ikat

b)

gulung

c)

gumpal

6.

Sesetengah ibu bapa menyumbangkan beberapa ____________ majalah pendidikan kepada pihak perpustakaan sekolah setiap bulan.

a)

butir

b)

buah

c)

naskhah

7.

Mesin itu boleh menghasilkan 1500 ___________ sate dalam masa sejam.

a)

baris

b)

hiris

c)

cucuk

8.

Dengan hanya ___________ MyKad, kita dapat menyelesaikan pelbagai urusan.

a)

sebiji

b)

sebuah

c)

sekeping

9.

Se_________ durian itu tidak boleh dimakan kerana berulat.

a)

biji

b)

baris

c)

pangsa

10.

"Pak cik, berikan saya dua ____________ kuih keria," kata Vincent.

a)

biji

b)

buah

c)

helai

11.

Tiga ________ rumah teres musnah dalam kebakaran pagi semalam yang berpunca daripada litar pintas

a)

pintu

b)

papan

c)

pasang

12.

Pak Meon telah mengusahakan se ___________ tanah peninggalan arwah ayahnya.

a)

keping

b)

gelung

c)

bidang

13.

Pihak polis melepaskan se __________ tembakan ke udara.

a)

butir

b)

das

c)

buah

14.

Lee Min membeli se _______________ poskad dari luar negara.

a)

batang

b)

keping

c)

helai

15.

Abang saya telah membuka _________ kedai runcit di belakang sekolah saya.

a)

sederet

b)

sepintu

c)

sebaris

d)

sebuah

16.

Adik telah menambah beberapa ________ ais ke dalam gelasnya kerana air minuman itu terlalu panas

a)

batang

b)

buah

c)

ketul

d)

biji

17.

Keadaan se______ burung terbang di langit telah menarik perhatian budak-budak yang sedang bermain di padang.

a)

kepul

b)

pucuk

c)

batang

d)

kawan

18.

Puan Tai memakai se_______ rantai emas ke majlis perkahwinan anaknya.

a)

utas

b)

ekor

c)

sikat

d)

batang

19.

Emak menggoreng dua _______ pisang untuk hidangan kami sekeluarga pada waktu petang.

a)

sikat

b)

biji

c)

batang

d)

tandan

20.

Bapa membeli __________ rambutan dari pasar.

a)

seikat

b)

sesikat

c)

sesisir

d)

setandan

21.

Ibu menghadiahi jiran baru beberapa _______ cawan yang bercorak bunga sebagai tanda penghargaan.

a)

ketul

b)

helai

c)

biji

d)

bilah

22.

Pak Cik Mandin telah membeli beberapa __________ anggur kepada cucunya kerana beliau sangat sayang akan mereka.

a)

sikat

b)

ikat

c)

gugus

d)

gumpal

23.

Mei Ling meletakkan se________ tanah ke dalam pasu bunga itu.

a)

gelung

b)

gumpal

c)

buah

d)

jambak

24.

Datuknya mempunyai se_________ tanah yang luas di Kampung Selamat.

a)

deret

b)

baris

c)

bidang

d)

gulung

25.

Haji Daud membeli beberapa __________ petai di Pasar Besar Kuala Kubu Baru.

a)

biji

b)

hiris

c)

buah

d)

papan

26.

__________ kadet polis sedang mengambil bahagian dalam perarakan menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-59 itu.

a)

Seangkatan

b)

Sepasukan

c)

Segerombolan

d)

Sekawan

27.

Rosmah mengepit sebuah buku sambil memegang __________ payung semasa meredah hujan yang lebat itu.

a)

sekaki

b)

sebatang

c)

sebiji

d)

sebuah

28.
Pihak forensik menemukan ___________ rambut di penjuru katil.
a)
seutas
b)
selembar
c)
selingkar
d)
serangkai
29.
Hang Lekir meletakkan  ____________ lembing di pahanya sebelum mengasah mata lembing itu.
a)
selaras
b)
sebilah
c)
sepucuk
d)
sebatang
30.
Pertempuran antara pihak polis dengan _________ lanun berlaku di perairan Malaysia- Indonesia.
a)
sekawan
b)
sepasukan
c)
sekelompok
d)
segerombolan
31.
Doria membeli dua __________ bebola udang di pasar malam.
a)
lidi
b)
cucuk
c)
batang
d)
tangkai
32.
Nenek suka menyuruh adik mencabut beberapa ____________ uban di kepalanya.
a)
urat
b)
utas
c)
untai
d)
lembar
33.
Apabila tiba di London, kami terpaksa memakai tiga _________ baju kerana cuaca yang amat sejuk.
a)
lapis
b)
helai
c)
bidang
d)
persalinan
34.
Beberapa _________ gigi adik telah rosak kerana dia suka makan gula-gula setiap hari.
a)
cucuk
b)
batang
c)
buah
d)
utas
35.
Se________ keris tersemat kemas pada pinggang Hang Tuah. 
a)
buku
b)
ikat
c)
bilah
d)
gumpal
36.

Beberapa ________ darah menitis daripada jari tangannya yang luka.

a)

urat

b)

senduk

c)

titik

d)

rangkai

37.

Datuk bersiar-siar di pantai menggunakan se________ tongkat.

a)

buah

b)

batang

c)

biji

d)

helai

38.

Pekebun itu memiliki se ___________________ tanah yang luas.

a)

bidang

b)

potong

c)

biji

d)

gumpal

39.

Kamal menjumpai se ___________________ kunci di tepi longkang.

a)

butir

b)

gugus

c)

biji

d)

kuntum

40.

Badan Kamil bengkak kerana disengat se __________________ lebah di hutan itu.

a)

kawan

b)

kumpulan

c)

gerombolan

d)

angkatan

41.

Air terpercik apabila Ravin mencampakkan dua ______ batu ke dalam kolam itu.

a)

potong

b)

ketul

c)

bentuk

d)

pucuk

42.

Dua ______ kapas digunakan untuk membersihkan luka pada sikunya

a)

urat

b)

untai

c)

gumpal

d)

buah

43.

Di belakang pondok itu terdapat se ____________________ pokok buluh yang merimbun.

a)

ruas

b)

pohon

c)

batang

d)

rumpun

44.

Cikgu Tiaga menulis beberapa __________________ ayat pada papan tulis.

a)

baris

b)

patah

c)

rangkap

d)

untai

45.

Peminta sedekah itu meminta belas kasihan untuk mendapatkan se __________________ nasi.

a)

gugus

b)

cubit

c)

suap

d)

butir

46.

Badan Kamil bengkak kerana disengat se __________________ lebah di hutan itu.

a)

kawan

b)

kumpulan

c)

gerombolan

d)

angkatan

47.

Dua _____________________ meriam dipamerkan di hadapan Kota A'Famosa.

a)

butir

b)

laras

c)

buah

d)

biji

48.

Beberapa ____________________ rokok bertaburan di bawah meja.

a)

puntung

b)

pasang

c)

patah

d)

lembar

49.

Pak Mat menggunakan se _____________________ jala untuk menangkap ikan di laut.

a)

rawan

b)

pasang

c)

urat

d)

sikat

50.
Pertempuran antara pihak polis dengan _________ lanun berlaku di perairan Malaysia- Indonesia.
a)
sekawan
b)
sepasukan
c)
sekelompok
d)
segerombolan