NEW
Font size
WorksheetsBahasa Melayu Pemahaman Set 1 (Tahun 6)
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Shafiq murid tahun enam._______________berazam untuk mencapai keputusan 5A dalam peperiksaan SPM.
Dia
Kami
Beliau
Mereka
Kita digalakkan menabung _______________menjamin masa depan yang lebih cerah.
lalu
demi
sambil
dengan
Apabila tidak turun ke laut untuk menangkap ikan, Pak Mail akan ______________jalanya yang koyak.
mencantum
menampal
menyirat
menarik
"Ampun ______________. Pada hemat _____________Datuk Laksamana Setia tidak bersalah dalam hal ini," sembah Datuk Bendahara Putih kepada Sultan Ahmad.
dinda...kanda
tuanku...patik
patik...baginda
tuan hamba...beta
Syarikat katering itulah yang bertanggungjawab menyediakan hidangan dalam majlis ______________diraja sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong
kemangkatan
pemakaman
santapan
istiadat
Soalan 6 berdasarkan gambar ini.
Ibu _______________abang kerana membiarkan bilik dalam keadaan berselerak
mengagumi
mengawasi
menyalahi
meleteri
Para usahawan mestilah mempunyai _____________ dalam dunia perniagaan yang amat mencabar pada masai ini.
daya saing
daya cipta
daya tarik
daya fikir
Jumlah kes demam denggi semakin meningkat di negara ini. ___________, orang ramai masih kurang kesedaran tentang bahaya penyakit ini.
Namun demikian
Di samping itu
Selain itu
Hal ini
Pilih simpulan bahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong.
"Rahsiakan rancangan kita ini daripada pengetahuan Najwa kerana dia __________," kata Airis kepada ahli kumpulannya.
mulut tempayan
mulut murai
manis mulut
berat mulut
Zakiah memimpin wanita yang buta itu untuk melintas jalan.
Pilih perkataan sinonim bagi melintas.
meredah
memotong
melangkau
menyeberang
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
i.Basri menebang lima kaki tebu di belakang rumahnya.
ii.Beberapa kaki cendawan tumbuh di tepi busut selepas hujan.
iii. Cikgu Hasan sedang memaku kaki kerusi yang patah itu.
iv. Orang yang kaki bangku selalunya hidup merana.
i dan ii
ii dan iii
i dan v
iii dan iv
Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan diberikan.
Kita perlu mengeratkan hubungan kekeluargaan bagi membina keluarga bahagia.
Bilakah kita perlu membina keluarga bahagia?
Siapakah yang perlu membina keluarga bahagia?
Mengapakah kita perlu membina keluarga bahagia?
Bagaimanakah kita hendak membina keluarga bahagia?
Pikih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.
Bilakah kamu akan melancong ke Brunei?
Saya telah pun melancong ke Brunei.
Saya melancong ke Brunei dengan menaiki kapal terbang.
Saya akan melancong ke Brunei setelah permohonan cuti saya diluluskan.
Saya tetap melancong ke Brunei walaupun cuti saya tidak diluluskan lagi.
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.
Gamat yang telah dipotong masih dapat hidup jika dimasukkan ke dalam laut semula.
Gamat masih dapat hidup setelah dipotong sekiranya dimasukkan ke dalam laut kembali.
Gamat yang hidup akan dimasukkan ke dalam laut semula setelah dipotong.
Gamat yang dimasukkan ke dalam laut semula akan hidup apabila dipotong.
Gamat hidup yang dipotong akan dimasukkan ke dalam laut semula.
Pilih ayat yang betul.
i. Mereka berjalan bersendirian ke bandar.
ii.Solihin sedang lena dibuai mimpi.
iii.Murid-murid yang nakal akan didenda.
iv.Dia tidak akan memulakan perbuatan silamnya.
i dan ii
ii dan iii
i dan iv
iii dan iv
