Worksheets1.1 Pengoksidaan & Penurunan
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Agen pengoksidaan ialah bahan yang __________ bahan kimia yang lain. Dalam tindak balas redoks, agen pengoksidaan mengalami penurunan.
mengoksidakan
menurunkan
Agen penurunan ialah bahan yang __________bahan kimia yang lain. Dalam tindak balas redoks, agen penurunan mengalami pengoksidaan.
menurunkan
mengoksidakan
Zink, Zn mengalami_________kerana nombor pengoksidaan meningkat daripada 0 kepada +2.
penurunan
pengoksidaan
Zink, Zn ialah agen__________kerana menurunkan ion kuprum(II), Cu2+ kepada atom kuprum.
penurunan
pengoksidaan
Kuprum(II) sulfat, CuSO4 mengalami____________kerana nombor pengoksidaan ion kuprum(II), Cu2+ berkurang daripada +2 kepada 0.
penurunan
pengoksidaan
Kuprum(II) sulfat ialah agen____________kerana ia telah mengoksidakan zink, Zn.
penurunan
pengoksidaan
Dalam tindak balas redoks (pemindahan elektron pada suatu jarak), agen penurunan____________elektron kepada agen pengoksidaan melalui litar luar.
menderma
menerima
Dalam tindak balas pemindahan elektron dalam satu jarak, elektrod yang dicelup ke dalam larutan agen pengoksidaan bertindak sebagai terminal___________.
negatif
positif
Dalam tindak balas pemindahan elektron dalam satu jarak, elektrod yang dicelup ke dalam larutan agen penurunan bertindak terminal____________.
positif
negatif
Pertukaran ion Fe2+ kepada ion Fe3+ merupakan proses__________.
pengoksidaan
penurunan
Pertukaran ion Fe3+ kepada Fe2+ merupakan proses___________. Ion Fe3+ bertindak sebagai ________
penurunan, agen penurunan
pengoksidaan, agen pengoksidaan
penurunan, agen pengoksidaan
pengoksidaan, agen penurunan
Air klorin boleh menyesarkan_________daripada larutan kalium iodida, KI.
iodin
kalium
ion klorida
Air klorin boleh menyesarkan bromin daripada larutan kalium bromida, KBr. Klorin ialah agen_________________.
pengoksidaan
penurunan
Daripada rajah di atas, yang manakah mengalami pengoksidaan
Zn
Cu2+
Berdasarkan setengah persamaan di bawah, terangkan mengapa Cu2+ bertindak sebagai agen pengoksidaan?
kerana melepaskan elektron
kerana menerima elektron
Antara berikut yang manakah agen pengoksidaan? (Pilih 3 jawapan yang tepat)
Klorin, CI2
Larutan kalium manganat(VII) berasid
Ion Ferum(III), Fe3+
Ion Iodida, I-
Ion Ferum(II), Fe2+
Antara berikut, pilih yang manakah adalah agen penurunan?
Ion Iodida, I-
Bromin, Br2
Ion Ferum(II), Fe2+
Logam-logam yang elektropositif seperti Mg dan Zn
Larutan kalium dikromat(VI)
Kirakan nombor pengoksidaan unsur sulfur dalam SO4-2
+6
+2
+4
+8
Kirakan nombor pengoksidaan kromium dalam K2Cr2O7
+6
+4
+2
+8
Formula Kimia bagi Sebatian M ialah Al2O3.
Berdasarkan formula di atas, nyatakan nombor pengoksidaan bagi unsur yang bergaris.
+1
+2
+3
+4
Formula Kimia bagi Sebatian M ialah Al2O3.
Berdasarkan formula di atas, namakan sebatian berikut berdasarkan sistem penamaan IUPAC.
Aluminium Oksida
Aluminium (II) Oksida
Aluminium (III) Oksida
Aluminium (IV) Oksida
Antara berikut yang manakah adalah definisi yang tepat bagi tindakbalas redoks?
Tindak balas redoks ialah tindakbalas pengoksidaan atau penurunan
Tindak balas redoks ialah tindakbalas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara spontan.
Redoks ialah tindakbalas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara serentak
Redoks ialah tindakbalas pengoksidaan dan penurunan yang berlaku secara berkala.
Antara berikut, yang manakah melibatkan proses pengoksidaan? (Sila pilih 4)
Penambahan Oksigen
Kehilangan Hidrogen
Penyingkiran elektron
Penambahan nombor pengoksidaan
Penambahan elektron
Berikut ialah separuh persamaan pengoksidaan.
2I− → I2 + 2e−
Berdasarkan persamaan tersebut, pernyataan yang manakah adalah benar?
elektron didermakan oleh iodin
elektron diterima oleh iodin
elektron didermakan oleh ion iodida
elektron diterima oleh ion iodida
Apakah nombor pengoksidaan bagi kromium dalam kalium dikromat (VI), K2Cr2O7?
+2
+3
+5
+6
Pernyataan yang manakah mendefinasikan pengoksidaan?
Penerimaan elektron
Kehilangan oksigen
Penerimaan hidrogen
Peningkatan nombor pengoksidaan
Apakah nombor pengoksidaan bagi mangan dalam sebatian yang berformula Mn3(PO4)2?
0
+1
+2
+3
Antara perubahan berikut, yang manakah merupakan penurunan?
HBr → Br2
SO32− → SO42−
Cr2O72− → CrO42−
MnO4− → Mn2+
Persamaan berikut menunjukkan tindak balas antara pita magnesium dengan asid hidroklorik cair.
Mg + 2H Mg(p) + 2H+ (ak)→ Mg2+(ak)+H2(g)
Apakah perubahan nombor pengoksidaan hidrogen dalam tindak balas ini?
Dari 0 ke +1
Dari +1 ke 0
Dari 0 ke +2
Dari +2 ke 0
Ion kuprum (II) mengalami penurunan untuk membentuk kuprum. Pilih nombor pengoksidaan yang betul dengan pernyataan di atas
0 kepada +2
0 kepada 2
+2 kepada 0
2 kepada 0
