Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KOORDINASI DAN GERAK BALAS DALAM MANUSIA

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan efektor?

a)

Otak

b)

Kelenjar

c)

Impuls saraf

d)

Kemoreseptor

2.

Jenis reseptor yang manakah dipadankan dengan rangsangan yang betul ?

a)

Mekanoreseptor - Bahan kimia

b)

Kemoreseptor - Suhu

c)

Baroreseptor - Cahaya

d)

Nosiseptor - Kesakitan

3.

Kaji maklumat di bawah.


* Terletak di anterior serebelum

* Bertanggungjawab dalam tindakan refleks seperti bersin dan menelan


Antara yang berikut, yang manakah mewakili maklumat di atas?

a)

Serebrum

b)

Hipotalamus

c)

Kelenjar pituitari

d)

Medula oblongata

4.

Antara yang berikut, yang manakah adalah fungsi saraf tunjang?

I Mengawal perembesan hormon

II Mengesan kelaparan dan kesakitan

III Mengawal tindakan refleks

IV Menghubungkan otak dengan sistem saraf periferi

a)

I, dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

5.

Rajah di atas menunjukkan sel saraf. Bahagian yang manakah yang melindungi akson?

a)

Nukleus

b)

Badan sel

c)

Salut Meilin

d)

Dendrit

6.

Rajah di atas menunjukkan penghantaran impuls saraf.

Apakah yang akan berlaku jika semua dendrit tidak dapat lagi bergabung dengan neurotransmitter?

a)

Pembentukan vesikel sinaps akan terhenti

b)

Impuls saraf tidak tercetus di neuron penerima

c)

Isyarat eletrik tidak dapat ditukar kepada isyarat kimia

d)

Mitokondria akan memusnakan vesikel sinaps yang terbentuk

7.

Apakah persamaan di antara tindakan terkawal dan tindakan luar kawal?

a)

Menghasilkan gerak balas yang disedari

b)

Dikawal oleh korteks serebrum

c)

Melibatkan rangsangan, impuls saraf dan efektor

d)

Impuls saraf dihasilkan oleh sistem saraf soma

8.

Antara berikut, yang manakah komponen dalam sistem saraf?

I Reseptor deria

II Pusat integrasi

III Hormon

IV Efektor

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan IV

d)

II, III dan IV

9.

Maklumat di bawah adalah mengenai penyakit berkaitan sistem saraf manusia.


* Kerosakan kepada otak

* Menyebabkan kecacatan/gangguan pada pergerakan dan koordinasi otot


Apakah penyakit ini?

a)

Lumpuh otak

b)

Sklerosis berganda

c)

Epilepsi

d)

Hipertensi

10.

* Membawa maklumat dari otak atau saraf tunjang ke efektor


Pernyataan di atas adalah fungsi bagi neuron....

a)

aferen

b)

eferen

c)

geganti/interneuron

d)

reseptor

11.

Satu kemalangan menyebabkan seseorang kehilangan keupayaan untuk bercakap. Bahagian otak yang manakah terjejas?

a)

Serebrum

b)

Serebelum

c)

Kelenjar pituitari

d)

Medula oblongata

12.

Hormon yang dapat meningkatkan aras glukosa dalam darah seseorang yang berada dalam keadaan takut dan cemas ialah

a)

adrenalina

b)

gukagon

c)

insulin

d)

tiroksina

13.

Pernyataan berikut merujuk kepada suatu bahan kimia yang terlibat dalam proses fisiologi dalam badan manusia.


* dirembes oleh kelenjar tanpa duktus

* diangkut oleh darah ke organ sasaran

* kesannya perlahan dan tempoh kesannya lama


Apakah bahan kimia tersebut ?

a)

Enzim

b)

Antibodi

c)

Hormon

d)

Hemoglobin

14.

Antara pernyataan berikut, yang manakah betul mengenai homeostasis dalam haiwan?

a)

Beruang sangat aktif pada musim sejuk

b)

Kambing berkubang di dalam air semasa cuaca panas.

c)

Anjing menjelirkan lidahnya untuk menurunkan suhu badanya.

d)

Kadar metabolisme cicak meningkat bila cuaca sejuk

15.

Apabila suhu badan manusia menurun, badan kita ....

a)

menggigil

b)

merah

c)

sejuk

d)

berpeluh

16.

Tandakan bagi fungsi kulit yang berkaitan dengan homeostasis badan.

a)

Melindungi badan kita daripada kerosakan

b)

Mengekalkan suhu badan kita

c)

Menghalang bakteria masuk dalam badan

d)

Menghalang kehilangan air yang banyak dalam badan

e)

Membolehkan kita merasa kesakitan

17.

Rangsangan ialah sebarang _________ dalam alam sekitar

a)

aktiviti

b)

perkara

c)

perubahan

d)

benda

18.

Kawal atur kandungan air dalam badan boleh dijalankan oleh _________ dan ___________.

a)

peparu

b)

kulit

c)

bulu roma

d)

ginjal

19.

Rajah 2 menunjukkan budak lelaki di tengah padang sekolah, nyatakan pernyataan yang betul mekanisme pembetulan

a)

Salur darah dalam kulit mengecut dan bulu roma menegak

b)

salur darah dalam kulit mengembang dan bulu roma condong serta rapat dengan kulit

c)

Kadar perpeluhan meningkat dan aktiviti otot rangka serta perembesan hormon tertentu akan berkurang

d)

Otot rangka akan mengecut dan mengendur secara aktif dan menyebabkan seseorang menggigil

e)

Suhu badan akan menurun serta air kencing yang sedikit

20.

Apakah fungsi salut mielin bagi neuron deria?

a)

Untuk mempercepatkan pemindahan impuls.

b)

Untuk membebaskan neurotransmiter ke dalam celah sinaps.

c)

Untuk membawa impuls keluar dari sel badan.

d)

Untuk mengiringi impuls ke sel badan.