Font size
WorksheetsKATA ADJEKTIF
Total questions: 15
Worksheet time: 75secs
Kaki Pak Senin digigit pacat, darah __________ meleleh di kakinya
cair
putih
pekat
merah
Semua seluarnya sudah menjadi __________ kerana badannya sudah berisi.
ketat
besar
longgar
singkat
Pisang muda itu kurang enak dimakan kerana rasanya yang___________
payau
kelat
pahit
pedar
Pendekar itu ________bergerak untuk mengelirukan lawannya dalam pertarungan itu.
lincah
kuat
tangkas
handal
Dia berjaya kerana dia__________menghadapi cabaran yang mendatang.
A cekap
tabah
tahan
tuntas
Walaupun baru enam bulan berada di Malaysia, Encik Richard telah _______ berbahasa Melayu.
bijak
fasih
sukar
sempurna
Ayah membetulkan kedudukan bingkai gambar yang _________itu.
senget
tegak
lurus
rata
Kami duduk dengan ___________ kerana ruang di dalam dewan itu sempit.
rapat
dekat
renggang
jauh-jauh
Hanis terpesona melihat sepasang burung merak yang ___________ di Zoo Negara.
lawa
anggun
cantik
jelita
Buah durian yang mempunyai duri yang jarang dan _______ selalu manis rasanya.
rata
nipis
bujur
tajam
Seluruh negara berasa sedih apabila mengetahui bahawa baginda sultan sedang ________.
sakit
gering
tenat
beradu
Ai Ling berasa _______________ ketika berjalan di atas jambatan gantung itu.
takut
seram
gayat
benci
Kakak bangun __________ untuk mengulangkaji pelajarannya kerana waktu itu keadaannya sunyi sepi.
dinihari
tengah hari
lewat pagi
siang hari
Mata Aminah______________kerana terkena air sabun
pedas
lebam
pedih
panas
Dahi adik kelihatan_____________kerana terhantuk pada tiang gol di sekolahnya.
bengkok
bengkak
botak
lekuk
