NEW
Font size
WorksheetsBCTC - set 1
Total questions: 7
Worksheet time: 21mins
Tok beaver tidak tahu menggunakan komputer dengan baik.
Dia diminta untuk membuat kata laluan bagi akaun e-mailnya.
Kata laluan tersebut perlulah:
lebih panjang daripada 5 karakter (huruf atau nombor atau karakter istimewa) dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 karakter istimewa: *, #, /, +
Kata laluan yang manakah yang akan diterima oleh komputer?
*Gommp45
v8+/
tom23456789
#aDsF+Grandpa
1) Sebelah anda ialah satu bakul yang dipenuhi dengan epal pelbagai saiz.
Langkah 1: Anda ambil satu epal daripada bakul dan letakkannya pada meja di hadapan anda.
Langkah 2: Anda ambil epal seterusnya daripada bakul dan membuat pembandingan berikut.
C1: Jika epal di tangan anda lebih kecil daripada yang di atas meja, maka anda letakkan epal daripada tangan anda ke dalam bakul yang lagi satu.
C2. Jika epal di tangan anda lebih besar daripada yang di atas meja, maka anda letakkan epal yang di atas meja ke dalam bakul yang lagi satu dan letakkan epal yang di tangan anda di atas meja.
Anda ulang langkah kedua sehingga bakul asal menjadi kosong.
Yang manakah antara berikut yang sentiasa BENAR mengenai epal yang tinggal di atas meja pada akhirnya?
Epal yang terakhir daripada bakul asal
Epal terbesar daripada bakul asal
Epal terkecil daripada bakul asal
Epal pertama daripada bakul asal
1) Seorang artis mencetak empat salinan serupa bagi satu gambar pada satu filem bersih supaya setiap salinan boleh dilihat daripada semua sisi.
Seorang pemalsu melukis satu salinan gambar ini dan juga mencetakkan gambar yang palsu pada filem bersih.
Kemudian dia tukarkan satu daripada empat salinan asal dengan gambarnya yang palsu.
Yang mana satukah yang palsu?
1) Dua beaver sedang bertanding di pertandingan menari.
Setiap dari mereka akan bergerak balas kepada sorakan berbeza daripada penonton dan akan melakukan gerakan tarian yang spesifik.
Mereka melakukan gerakan mereka secara serentak, satu petak pada satu masa dalam arah yang sama dengan anak panah di bawah.
Jadual di bawah menunjukkan bagaimana kedua-dua peserta akan bergerak:
(RUJUK GAMBAR A)
Sebagai contoh, jika penonton bersorak "Roar!", Justin akan bergerak satu petak ke kanan diikuti satu petak ke bawah, dan secara serentak, Selena akan bergerak satu petak ke atas dan satu petak ke kiri.
Mereka mula pada tempat tarian seperti berikut:
(RUJUK GAMBAR B)
Yang manakah antara urutan sorakan berikut yang akan menyebabkan kedua-dua peserta tersebut akan habis pada petak yang sama?
Boo! Roar!
Wow! Roar!
Roar! Roar!
Clap! Roar!
6) Tok beaver tidak tahu menggunakan komputer dengan baik.
DIa diminta untuk membuat satu kata laluan untuk akaun e-mailnya.
Kata laluan tersebut mestilah memenuhi syarat-syarat berikut.
a- Sekurang-kurangnya dua huruf besar
b- Lebih banyak huruf berbanding nombor
c-Sekurang-kurangnya tiga aksara istimewa (bukan huruf dan bukan nombor)
Kata laluan yang manakah yang akan diterima oleh komputer itu?
PearL@mb2953?
##RedM3rgan-2688
R5#X&v73r68!?
*h9n3ytR33* !
6) Kesesakan lalu lintas di dalam bandar!
Ia adalah mustahil untuk pusing ke kiri dalam keadaan trafik yang sesak sedemikian.
Ayah saya sedang memandu pulang ke rumah daripada hotel tempat dia bekerja.
Dalam gambar, masa perjalanan bagi setiap jalan dalam minit diberikan.
Apakah masa yang paling sedikit yang mungkin, dalam minit, untuk pulang ke rumah daripada hotel jika ia adalah mustahil untuk pusing ke kiri?
35
33
32
30
6) Beaver adalah haiwan yang sangat peramah dan mereka suka melawat antara satu sama lain.
Walaubagaimanapun, kadangkala mereka tiada di rumah.
Oleh itu, mereka perlu meninggalkan mesej untuk tetamu mereka menggunakan pagar berinformasi.
Beaver itu menggunakan empat mesej yang berbeza, seperti yang berikut:
Walau bagaimanapun, Beaver Kecil Cheolsoo merasakan yang ia adalah mungkin untuk membuat lebih daripada 4 mesej dengan menukar kedudukan balak-balak itu.
Dia tahu yang balak-balak itu mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Balak-balak itu hanya boleh diletakkan secara melintang, atau dialihkan sepenuhnya.
- Bentuk dan orientasi balak adalah tidak penting.
Tetapi dia tidak tahu ada berapa banyak mesej yang boleh dibuat. Apakah bilangan maksimum mesej yang mungkin, termasuk 4 mesej yang asal?
5
6
7
8
