wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MPSAS 17 : Hartanah, Loji dan Peralatan

Total questions: 10

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

1. Aset ialah……..


I. sumber yang dikawal oleh Kerajaan hasil daripada peristiwa lampau

II. sumber yang dikawal oleh Kerajaan hasil daripada peristiwa akan datang

III. Sumber yang memberi manfaat ekonomi masa hadapan

IV. Sumber memberi potensi perkhidmatannya dijangka diperolehi.

a)

I, II dan III

b)

I, III dan IV

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

2.

Penentu kawalan terhadap sesuatu aset adalah tertakluk kepada perkara-perkara berikut, KECUALI:-


I. Pemilikan Sah Undang-Undang

II. Risiko dan Ganjaran

III. Manfaat Ekonomi

IV. Potensi Perkhidmatan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

3.

Berikut adalah pernyataan berkaitan Aset Tidak Dipermodalkan KECUALI :-

a)

Aset bernilai rendah kurang daripada RM2,000

b)

Aset dibiayai oleh peruntukan Akaun Amanah Awam Seksyen 9

c)

Aset dibiayai oleh peruntukan Akaun Amanah Kerajaan Seksyen 10

d)

Sumbangan kepada Pihak Ketiga

4.

Aset HLP yang diperoleh melalui urus niaga bukan pertukaran pada awalnya hendaklah direkodkan pada nilai saksama melainkan sekiranya urus niaga pertukaran itu tiada intipati komersil atau nilai saksama aset tersebut tidak dapat diukur dengan pasti.

a)

Ya

b)

Tidak

5.

Jenis akaun dalam memperakaunkan Hartanah, Loji dan Peralatan merangkumi kod akaun yang berikut KECUALI:-

a)

A 15 : Aset Pajakan

b)

A 17 : Aset Pertanian

c)

A 18 : Aset Konsesi

d)

A 20 : Aset Dalam Pembinaan

6.

Apakah Takrifan yang tepat berkaitan Nilai Saksama?

a)

Nilai aset yang diperolehi setelah kos asal aset ditolak susut nilai terkumpul /kerugian penjejasan terkumpul dan juga dikenali sebagai Nilai Dibawa.

b)

Amaun yang boleh diperolehi daripada jualan atau pemerolehan, barangan, perkhidmatan dan dalam pasaran aktif.

c)

Nilai yang diukur berasaskan amaun sesuatu aset boleh dijual atau diselesaikan pada tarikh semasa dan bukannya berasaskan amaun asal aset semasa perolehan.

d)

Amaun sesuatu aset yang boleh ditukar, atau liabiliti dilangsaikan, antara pihak yang bersetuju dan berpengetahuan dalam urus niaga secara telus berasaskan nilai semasa.

7.

Berikut adalah prinsip dalam perakaunan aset HLP KECUALI:-


I. Pengiktirafan

II. Penilaian

III. Nilai Buku Bersih

IV. Susutnilai

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

II, III dan IV

d)

Semua di atas

8.

Aset HLP yang diperlukan atas sebab keselamatan, alam sekitar atau peraturan walaupun tidak secara langsung dapat meningkatkan manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan turut diktiraf sekiranya aset HLP tersebut membolehkan entiti mendapatkan manfaat ekonomi masa hadapan atau potensi perkhidmatan daripada aset HLP berkaitan melebihi apa yang dapat diperoleh sekiranya item tersebut tidak diperoleh.

a)

Ya

b)

Tidak

9.

Faktor-faktor berikut perlu dipertimbangkan dalam menentukan usia guna aset HLP seperti berikut, KECUALI:

a)

Jangkaan penggunaan aset HLP yang dinilai berdasarkan jangkaan kapasiti atau output aset HLP.

b)

Keusangan teknikal atau komersil yang disebabkan oleh perubahan atau peningkatan dalam pengeluaran atau permintaan terhadap perkhidmatan.

c)

Limitasi undang-undang atau yang setaraf dengannya terhadap penggunaan aset HLP.

d)

Jangkaan fizikal haus dan lusuh yang dinilai melalui cara selain dari penggunaan aset HLP, program pembaikan, penyelenggaraan dan penjagaan aset HLP.

10.

Dalam persekitaran Integrated Government Financial Management and Accounting System (iGFMAS), perakaunan aset adalah merangkumi proses berikut, KECUALI :-

a)

Perolehan Aset

b)

Pengelasan Aset

c)

Pembatalan Urus Niaga Aset

d)

Pengurusan Aset