Font size
Worksheets4.3 Kitar Haid
Total questions: 13
Worksheet time: 7mins
Adakah kitar haid adalah ciri akil baligh pada lelaki
Ya
Tidak
X merupakan tanda bermulanya akil baligh bagi setiap perempuan. X ialah peluluhan lapisan dinding uterus dan darah yang mengalir melalui faraj. Apakah itu X?
Haid
Homeostasis
Respirasi
Haid berlaku mengikut satu siri perubahan yang berlaku pada dinding uterus dan ovari yang dinamakan Y. Y melibatkan pembentukan dan pembebasan telur yang matang. Apakah itu Y?
Kitar Haid
Kitar Semula
Kitar Karbon
Kitar Oksigen
Kitar haid dikawal oleh otak dan sistem endokrin yang membebaskan hormon. Perempuan normal mengalami kitar haid kira-kira ______ hari dan berbeza-beza mengikut individu.
28
29
30
31
Pilihkan faktor-faktor yang mempengaruhi kitar haid.
Pengambilan nutrien
Perubahan berat badan secara mendadak
Perubahan emosi
Tekanan mental
Jangkitan daripada orang lain
Pada hari 1 - 5, Fasa A merupakan fasa pertama dalam kitar haid. Lapisan dinding uterus, salur darah dan ovum yang tidak tersenyawa terluluh dan disingkirkan apabila haid bermula. Apakah itu Fasa A?
Fasa Haid
Fasa Prahaid
Fasa Pemulihan
Fasa Subur
Fasa Pemulihan merupakan fasa kedua dalam kitar haid yang bermula pada hari 6 - 11. Apakah yang berlaku semasa fasa ini?
Dinding uterus mula dibina semula dan menebal.
Salur darah pada dinding uterus mula terbentuk.
Dinding uterus bersedia untuk menerima penempelan sel yang telah disenyawakan.
Darah kotor mengalir keluar dari uterus.
Fasa ketiga ini berlaku pada hari 12-17. Ovum dibebaskan dari ovari pada hari ke-14 kitar haid (pengovulan). Dinding uterus dan salur darah terus berkembang. Jika ada sperma, persenyawaan mungkin berlaku. Apakah fasa ini?
Fasa Subur
Fasa Pemulihan
Fasa Haid
Fasa Prahaid
Fasa Prahaid merupakan fasa terakhir dan berlaku pada hari 18-28. Pilihkan kenyataan yang betul tentang fasa ini.
Dinding uterus terus menebal dan kaya dengan salur darah.
Jika berlaku persenyawaan, penempelan embrio akan terjadi di dinding uterus.
Kitar haid akan berulang semula sekiranya persenyawaan tidak berlaku.
Ovum dibebaskan dari ovari.
Encik Amir dan isterinya ingin mendapat anak bagi meriahkan keluarga. Fasa manakah yang paling senang bagi isterinya mengandung?
Fasa subur
Fasa haid
Fasa prahaid
Fasa pemulihan
Penjagaan kebersihan diri semasa haid adalah sangat penting bagi memastikan sistem pembiakan tidak dijangkiti oleh mikroorganisma seperti bakteria, virus dan kulat. Pilihkan cara menjaga kebersihan diri semasa haid.
Menukar tuala wanita setiap 3-4 kali sehari.
Membersihkan tubuh badan dengan kerap.
Memakai pakaian yang ketat.
Tidak keluar rumah.
Kitar haid yang tidak stabil merujuk kepada seseorang wanita itu tidak mengalami haid pada setiap bulan, kitar haid yang terlalu panjang atau terlalu pendek dan fasa haid yang melebihi _____ hari.
15
10
20
25
Apakah kesan-kesan pada wanita jika kitar haid berlaku secara tidak stabil?
Kemandulan
Kesukaran merancang keluarga
Masalah kesihatan seperti anemia
Emosi yang baik
