WorksheetsKUIZ PERIBAHASA
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Pilih peribahasa yang membawa maksud perpaduan kecuali
bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat
sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk
sama lebur, sama binasa
bagai api dalam sekam
Pasangan pengantin itu sama cantik dan sama padan, _____________.
seperti isi dengan kuku
seperti aur dengan tebing
seperti bulan di pagar bintang
seperti cincin dengan permata
Karim dan Siva sentiasa bersama-sama tidak kira di sekolah ataupun di rumah. Sikap mereka itu ________________.
seperti belangkas
seperti bertih digoreng
bagai isi dengan kuku
bagai cincin dengan permata
Farid _________ sejak dia menjadi buruan pihak polis.
seperti ular kena palu
seperti cacing kepanasan
seperti embun di atas daun
seperti kera mendapat bunga
Sudah puas Puan Halimah menasihati anaknya, Zul agar rajin belajar, namun tidak diendahkan oleh Zul _____________.
seperti kaca jatuh terhempas
seperti anjing menyalak bukit
seperti mencurah air ke daun keladi
seperti tikus membaiki labu
_________ Syafik berubah apabula dituduh mencuri.
Ada muka
Isi hati
Air muka
Air mata
Dia _________, apa-apa sahaja yang dimintanya semuanya dapat.
anak tunggal
anak emas
anak angkat
anak pungut
Azhar sering diejk oleh rakan-rakannya kerana tulisannya yang __________.
buta huruf
cakar ayam
kaki ayam
kaki bangku
Diluah mati ____________, ditelan mati_____________
kakak, abang
adik,kakak
emak,bapak
datuk,nenek
bagai____________pulang ke ganggang
melukut
sirih
daun
si tanggang
berikan maksud peribahasa
`seperti bulan di pagari bintang`
sangat cantik
terlalu tinggi
sopan
pemalu
air yang tenang jangan di sangka tiada buaya
bahaya yang tidak diketahui
orang yang suka berahsia
jalan yang tidak selamat
tidak dipedulikan
PILIH PERIBAHASA YANG SESUAI
Nenek Suriati tidak pernah membaca sebarang surat khabar ataupun majalah kerana dia ____________________.
buta hati
buta huruf
buta kayu
buta gaji
Kedudukan Encik Tarmizi di syarikat itu _________ kerana bila-bila masa sahaja dia boleh diberhentikan.
seperti duri dalam daging
seperti nyawa-nyawa ikan
seperti abu atas tunggul
seperti retak menanti belah
Wajah Saktia sangat cantik _____.
bagai bulan dipagar bintang
cacing hendak menjadi naga
cacing menelan naga
bagai menatang minyak yang penuh
Perangai dua beradik itu _____, kerana apabila bertemu mereka pasti bergaduh.
celaka ayam, padi masak makan ke hutan
cerdik bagai ekor kerbau
bagai gagak menggonggong telur
bagai anjing dengan kucing
Mina selalu ____ kerana mudah percaya orang lain.
cerdik bagai ekor kerbau
daun nipah dikatakan daun labu
cepat kaki, ringan tangan
daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
Arifin tidak mengetahui cara-cara menggunakan komputer.
Dia seperti______
melepaskan anjing tersepit
katak di bawah tempurung
besar kerak daripada nasi
terang hati
Maksud seperti telur di hujung tanduk ialah
keadaan yang sangat menguntungkan
keadaan serba sulit dan bahaya
keadaan pasangan yang secocok
keadaaan akan mendapat tuah pada masa hadapan
Peribahasa yang mempunyai sama maksud dengan ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni ialah
seperti pahat dengan penukul
seperti anjing dengan kucing
seperti melepaskan anjing tersepit
seperti berumah di tepi pantai
Peribahasa seperti sirih pulang ke gagang bermaksud
seseorang yang akan merantau ke luar negara
seseorang yang telah hilang secara tiba-tiba
seseorang yang pulang ke negara asal selepas merantau
seseorang yang kehilangan tempat bergantung
Isabelle tidak suka berkawan dengan sesiapa, dia suka menyendiri seperti ___________
kucing bertanduk
harimau berbelang
ayam bertaji
kera sumbang
Pilih satu peribahasa yang sama maksud dengan mencurah air ke daun keladi
seperti hujan jatuh ke pasir
nyamuk di seberang namapak, gajah depan mata tak nampak
gajah sama gajah berjuang, pelanduk mti ditengah-tengah
pucuk dicita, ulam mendatang
Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, peribahasa ini mengambarkan situasi yang sama dengan
nasi sudah menjadi bubur
mencurahkan air ke daun keladi
hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
bersatu kita teguh, bercerai kita roboh
Sesuatu yang tidak kekal lama.
Ayat di atas sesuai merujuk kepada peribahasa...
Sambil menyelam minum air
Bagai embun di hujung rumput
Cendawan tumbuh selepas hujan
