NEW
Font size
Worksheets(D4) (PBD) (SAINS HAYAT)
Total questions: 30
Worksheet time: 30mins
Rajah menunjukkan situasi di sebuah taman rekreasi. Encik Rahim sedang melakukan suatu aktiviti. Berdasarkan dialog yang diucapkan oleh Encik Rahim, apakah yang sedang dilakukannya?
Berlari
Berlakon
Bernafas
Bermain
Rajah menunjukkan situasi di sebuah taman rekreasi. Athirah sedang berjalan-jalan di taman itu. Berdasarkan dialog yang diucapkan oleh Athirah, apakah yang berlaku?
Athirah melatah
Athirah tersepak batu
Athirah sedang gembira
Athirah sedang lapar
Rajah menunjukkan keadaan Arjun yang sering menahan diri daripada membuang air kencing. Apakah kesan yang mungkin terjadi daripada tabiat Arjun ini?
Boleh menyebabkan penyakit batu karang
Boleh menyebabkan cirit-birit
Boleh menyebabkan obesiti
Boleh menyebabkan sembelit
Rajah menunjukkan Sarah sedang memberitahu doktor tentang masalah kesihatannya. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan situasi itu?
Penyahtinjaan ialah proses penyingkiran tinja daripada badan manusia.
Penyahtinjaan perlu dilakukan selalu.
Penyahtinjaan tidak penting kepada badan manusia.
Penyahtinjaan penting untuk menjamin kesihatan badan manusia.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan satu penyiasatan tentang kadar pernafasan yang telah dijalankan oleh sekumpulan murid. Antara berikut, carta palang yang manakah mewakili kadar pernafasan bagi aktiviti-aktiviti yang telah disiasat?
Rajah di bawah menunjukkan virus yang menyebabkan penyakit COVID-19. Virus ini boleh memberi kesan kepada sistem pernafasan manusia. Bagaimanakah ini berlaku?
Virus ini menyerang buah pinggang manusia.
Virus ini menyerang usus manusia.
Virus ini menyerang peparu manusia.
Virus ini menyerang jantung manusia.
Rajah di bawah menunjukkan Min Ho terjumpa bangkai tikus yang mulai mereput semasa dia pulang dari sekolah. Pada ramalan kamu, apakah gerak balas yang akan dilakukan oleh Min Ho?
Min Ho menutup matanya.
Min Ho menjelirkan lidahnya.
Min Ho mengangkat tangannya dengan segera.
Min Ho menutup hidungnya dengan tangan.
Pernyataan menunjukkan satu situasi. Apakah inferens berdasarkan situasi ini?
Mata Aida silau akibat cahaya lampu
Mata Aida terasa pedih
Mata Aida bengkak
Mata Aida berair
Berdasarkan maklumat, bagaimanakah proses pernafasan manusia dapat membantu tumbuhan?
Gas oksigen diserap oleh tumbuhan.
Gas karbon dioksida diserap oleh tumbuhan.
Gas oksigen digunakan untuk melakukan fotosintesis.
Gas karbon dioksida digunakan untuk membiak.
Menanam tumbuhan dapat membantu proses pernafasan manusia secara umum. Bagaimanakah ini terjadi?
Tumbuhan membekalkan makanan kepada manusia.
Tumbuhan membekalkan gas karbon dioksida kepada manusia.
Tumbuhan membekalkan gas oksigen kepada manusia.
Tumbuhan membekalkan air kepada manusia.
Antara pernyataan berikut, yang manakah betul?
Semua haiwan mempunyai cara pernafasan yang sama.
Semua haiwan bernafas untuk mendapatkan karbon dioksida.
Semua haiwan yang hidup di darat bernafas melalui peparu.
Pernafasan merupakan proses hidup haiwan.
Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui insang?
Rajah menunjukkan tiga jenis haiwan. Apakah persamaan antara ketiga-tiga haiwan tersebut?
Bernafas melalui peparu
Bernafas melaui spirakel
Bernafas melalui insang
Bernafas melalui kulit lembap
Rajah menunjukkan seekor ulat beluncas. Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai X?
Membolehkan haiwan bergerak
Membolehkan haiwan bernafas
Membantu haiwan mengeluarkan oksigen
Membolehkan haiwan menyerap air
Rajah menunjukkan struktur dalaman ikan. Antara haiwan berikut, yang manakah menggunakan organ pernafasan X untuk bernafas?
Ikan lumba
Kanggaru
Lalat
Ketam
Antara haiwan berikut, yang manakah dipadankan dengan organ pernafasan yang betul?
Cacing tanah, Organ pernafasan: Kulit lembap
Lalat, Organ pernafasan: Peparu
Ikan lumba-lumba, Organ pernafasan: Insang
Udang, Organ pernafasan: Spirakel
Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui kulit lembap?
Ular
Kura-kura
Cacing tanah
Buaya
Berikut adalah dua organ pernafasan haiwan. Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui kedua-dua organ pernafasan tersebut?
Antara pasangan haiwan berikut, yang manakah bernafas melalui peparu?
Udang dan arnab
Nyamuk dan ketam
Tikus dan ikan paus
Cacing tanah dan ular
Rajah menunjukkan seekor haiwan. Antara haiwan berikut, yang manakah bernafas dengan cara yang sama seperti haiwan ini?
Kuda laut
Kura-kura
Newt
Berudu
Antara bahagian tumbuhan berikut, yang manakah bergerak balas terhadap air?
Antara yang berikut, yang manakah merupakan punca gerak balas terhadap rangsangan?
Suhu
Angin
Graviti
Haba
Rajah menunjukkan satu pasu tumbuhan yang dimasukkan ke dalam sebuah kotak hitam. Di manakah lubang perlu dibuat supaya tumbuhan akan tumbuh menegak dengan subur?
P
Q
R
S
Antara tumbuhan berikut, yang manakah bergerak balas terhadap sentuhan?
Pokok periuk kera
Pokok nenas
Pokok pisang
Pokok bunga matahari
Rajah di bawah menunjukkan tumbuhan yang diletakkan dalam keadaan berbaring. Ramalkan apa yang berlaku selepas seminggu.
X dan Y akan membengkok ke bawah.
X dan Y akan membengkok ke atas.
X akan membengkok ke bawah dan Y membengkok ke atas.
X akan membengkok ke atas dan Y akan membengkok ke bawah.
Rajah menunjukkan tumbuhan yang disiram di bahagian X sahaja setiap hari. Ke arah yang manakah akar akan bergerak selepas seminggu?
A
B
C
D
Rajah menunjukkan keadaan daun pokok semalu selepas disentuh. Antara yang berikut, yang manakah menerangkan pemerhatian tersebut?
Daun semalu mengembang dan menguncup.
Pokok semalu memerlukan cahaya untuk hidup.
Pokok semalu boleh bergerak.
Daun pokok semalu bergerak balas terhadap rangsangan.
Rajah menunjukkan satu penyiasatan yang dijalankan oleh sekumpulan murid. Apakah tujuan penyiasatan tersebut?
Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup
Untuk menyiasat sama ada tumbuhan memerlukan air untuk hidup
Untuk menyiasat tumbuhan bergerak balas terhadap cahaya matahari
Untuk menyiasat bahawa tumbuhan membuat makanan sendiri
Apakah proses tumbuhan hijau membuat makanan sendiri?
Transpirasi
Fotosintesis
Bergerak balas
Membiak
Antara yang berikut, yang manakah merupakan keperluan tumbuhan untuk fotosintesis?
Makanan
Kanji
Cahaya matahari
Oksigen
