wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SAJAK KUINGIN BERTERIMA KASIH

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Tema Sajak Kuingin Berterima kasih ialah....

a)

manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi

b)

manusia yang mempersoalkan nikmat yang diberi

c)

manusia tidak bersyukur atas nikmat Allah

d)

manusia tidak menghargai nikmat Allah

2.

Persoalan Sajak Kuingin Berterima Kasih adalah seperti berikut kecuali...

a)

Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan

b)

Persoalan kepentingan nelayan

c)

Persoalan penghargaan kepada perwira Negara.

d)

Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia

3.

Bilangan rangkap sajak ini ialah...

a)

empat rangkap

b)

enam rangkap

c)

tujuh rangkap

d)

lapan rangkap

4.

Mengapakah penyajak mahu berterima kasih kepada hujan?

a)

Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan meredakan api kemarahan.

b)

Kehadiran hujan memanaskan suasana mampu meredakan api kemarahan.

c)

Kehadiran hujan menyejukkan suasana dan menaikkan api kemarahan.

d)

Kehadiran hujan memanaskan suasana dan mampu menaikkan api kemarahan.

5.

Pilih yang benar tentang sajak ini...

a)

Penyajak mahu berterima kasih kepada tanah kerana memberi rezeki kepada pelabur

b)

Penyajak mahu berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberi rezeki kepada peraih

c)

Penyajak mahu berterima kasih kepada tanah kerana memberi rezeki kepada tukang rumah

d)

Penyajak mahu berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberi rezeki kepada para nelayan

6.

Gaya bahasa bagi frasa 'darah kesetiaan'

a)

anafora

b)

epifora

c)

metafora

d)

hiperbola

7.

Pilih gaya bahasa dan contoh yang betul dalam sajak ini

a)

kepada hujan bagai tetamu - personifikasi

b)

di taman-taman keresahan hidup - kata adjektif

c)

ikan-ikan yang riang - personifikasi

d)

darah kesetiaan - responsi

8.

Nilai yang terdapat dalam sajak ini adalah seperti berikut kecuali...

a)

Mengenang jasa

Contoh: mengenang jasa pejuang negara.

b)

Kesedihan

Contoh: perang menyebabkan kerosakan kepada manusia dan alam.

c)

Kesetiaan

Contoh: pejuang setia kepada negara.

d)

Kesyukuran

Contoh: mensyukuri nikmat pemberian Tuhan.

9.

Pengajaran dalam Sajak Kuingin Berterima Kasih ialah...

a)

Kita haruslah menggunakan kekayaan yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

b)

Kita haruslah membuang segala nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita

c)

Kita haruslah mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

d)

Kita haruslah menerima nikmat yang telah diberikan oleh Tuhan kepada kita.

10.

Sajak Kuingin Berterima Kasih ditulis oleh __________________.

a)

Ihsan Noorzali

b)

Rosli K. Matari

c)

SMahadzir

d)

Abdul Hadi Yusof

11.

Sajak Kuingin berterima kasih mempunyai 6 rangkap.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Berdasarkan R1, penyajak mengucapkan terima kasih kepada _____________ kerana memberi ketenangan dan dapat memadamkan api kemarahan seseorang.

a)

tanah

b)

bunga

c)

hujan

d)

ikan

13.

Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki kepada nelayan.


Pernyataan ini merujuk kepada maksud dalam rangkap _________________.

a)

kedua

b)

ketiga

c)

keempat

d)

kelima

14.

Apakah maksud yang ingin disampaikan oleh penyajak dalam rangkap 2?

a)

Berterima kasih kepada ikan kerana memberi rezeki.

b)

Berterima kasih kepada tanah yang memberi rezeki

c)

Berbudi kepada manusia supaya dapat hidup dengan aman

d)

Berterima kasih kepada pejuang negara yang berkorban demi negara

15.

Perkataan 'watan' yang terdapat dalam R4 bermaksud ____________________.

a)

kampung

b)

dunia

c)

daerah

d)

tanah air

16.

Berdasarkan R6 dalam sajak, penyajak memberitahu bahawa dunia ini sungguh indah sekiranya semua manusia _______________________________.

a)

berserah pada nasib

b)

bersikap memetingkan diri

c)

bersaing dengan orang lain

d)

merenung setiap ruang kehidupan

17.

Siapakah yang dikagumi oleh penyajak?

a)

Seniman agung

b)

Sasterawan negara

c)

Olahragawan negara

d)

Pejuang negara

18.

Penyajak berterima kasih kepada unsur-unsur berikut dalam sajak kecuali ________________________.

a)

hujan

b)

laut

c)

ikan

d)

tanah

19.

ikan-ikan yang riang


Berapakah patah kata bagi ayat dia atas?

a)

4 patah kata

b)

3 patah kata

20.

alangkah indahnya dunia


Berapakah suku kata bagi ayat di atas?

a)

3 suku kata

b)

7 suku kata

c)

8 suku kata

d)

9 suku kata