wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengajian Am Semester 2

Total questions: 20

Worksheet time: 4mins

Name
Class
Date
1.

Yang mana satu penyataan berikut merupakan salah satu strategi perubahan struktur yang dinyatakan dalam Dasar Pandang ke Timur?

a)

Konsep pejabat terbuka

b)

Kepimpinan melalui teladan

c)

Skim Latihan Pembangunan USahawan

d)

Perkhidmatan cemerlang

2.

Penyataan meningkatkan hasil pendapatan efisiensi dan produktiviti negara merupakan salah satu daripada objektif?

a)

Dasar Pertanian Negara

b)

Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia

c)

Dasar Ekonomi Baru

d)

Dasar Pensyarikatan Malaysia

3.

Sebagai penggerak pertumbuhan ekonomi, sektor swasta perlu menjadi lebih kuat, dinamik, berdaya saing, cekap dan _____________ dalam menghadapi cabaran-cabaran saingan di pasaran global.

a)

tangkas

b)

efisien

c)

rasional

d)

komitmen

4.

Memastikan pandangan dan suara wanita diterima pakai dalam proses membuat keputusan di semua peringkat merupakan salah satu matlamat...

a)

Dasar Wanita Seantero

b)

Dasar Wanita Malaysia

c)

Dasar Wanita Sedunia

d)

Dasar Wanita Negara

5.

Terdapat berapa cabaran bagi memastikan Malaysia sebagai sebuah negara maju sepenuhnya dalam Wawasan 2020?

a)

Tujuh cabaran

b)

Sepuluh cabaran

c)

Sembilan cabaran

d)

Lima cabaran

6.

Salah satu strategi dalam Dasar Perpaduan Negara ialah...

a)

Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju

b)

Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif

c)

Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang sama.

d)

Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.

7.

Mengkoordinasikan usaha semua komponen dan sektor dalam gerakan pemantapan integriti merupakan pendekatan yang dilaksanakan dalam...

a)

Pelan Integriti Negara

b)

Pelan Integriti Nasional

c)

Pelan Integriti Antarabangsa

d)

Pelan Integriti Kebangsaan

8.

Berikut merupakan objektif Dasar Perindustrian Negara kecuali...

a)

Membangunkan teknologi dan sumber manusia

b)

Menggiatkan proses industrialisasi

c)

meningkatkan eksport negara

d)

Menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan

9.

Dasar Pertanian Negara terbahagi kepada tiga tahap. Tahap ketiga bermula sekitar tahun?

a)

2001 - 2015

b)

1970 - 1990

c)

1998 - 2010

d)

1984 - 1992

10.

Menggalakkan peningkatan tahap eksport kenderaan dan komponen yang kompetitif di pasaran dunia merupakan salah satu objektif ...

a)

Dasar Pertanian Negara

b)

Dasar Penswastaan

c)

Dasar Pengangkutan Negara

d)

Dasar Automotif Nasional

11.

Berikut merupakan implikasi pelaksanaan Dasar Belilah Barangan Buatan Malaysia, kecuali...

a)

Meningkatkan hasil dan pendapatan negara

b)

Meningkatkan eksport produk tempatan ke luar negara

c)

Menjana ekonomi rakyat Malaysia

d)

Meningkatkan daya saing pemain industri tempatan

12.

Membasmi kemiskinan kaum di Malaysia merupakan objektif ....

a)

Dasar Ekonomi Baru

b)

Model Ekonomi Baru

c)

Dasar Penswastaan

d)

Dasar Pensyarikatan

13.

Sistem pendidikan kita telah berjaya merapatkan jurang perbezaan pengenalan kaum dan _______________

a)

menyediakan tenaga sumber manusia yang mencukupi

b)

penguasaan bahasa Melayu dapat ditingkatkan

c)

meningkatkan taraf hidup

d)

mengurangkan kemiskinan rakyat.

14.

Antara faktor yang mempengaruhi proses urbanisasi ialah...

a)

bentuk muka bumi

b)

migrasi penduduk

c)

peluang pekerjaan

d)

sumber pendapatan

15.

Berapakah lingkungan umur yang boleh dikategorikan sebagai warga emas?

a)

50 tahun ke atas

b)

60 tahun ke atas

c)

55 tahun ke atas

d)

70 tahun ke atas

16.

Apakah salah satu objektif dalam Dasar Warga Tua/Emas Kebangsaan?

a)

Memajukan potensi warga emas yang masih aktif dan proaktif dalam pembangunan negara

b)

Memastikan keperluan harian warga emas dapat disediakan

c)

Mewujudkan rasa kasih sayang dalam kalangan warga emas

d)

Memastikan kesihatan warga emas sentiasa dijaga

17.

Istilah 'orang kurang upaya' telah ditukar kepada...

a)

orang kegagalan upaya

b)

orang kesamaan upaya

c)

orang keistimewaan upaya

d)

orang kelainan upaya

18.

Implikasi pelaksanaan Dasar OKU ialah ...

a)

melemahkan semangat golongan OKU meneruskan kehidupan

b)

meningkatkan kemudahan berkaitan yang memudahkan pergerakan golongan OKU

c)

Golongan OKU akan disanjung tinggi dan diberi peluang berkhidmat untuk negara

d)

Tiada satu pun jawapan di atas

19.

Melindungi kanak-kanak daripada diekspolitasi merupakan salah satu daripada ....

a)

Dasar Kebajikan Kanak-kanak

b)

Dasar Kesejahteraan Kanak-kanak

c)

Piagam Kesejahteraan Kanak-kanak

d)

Dasar Kanak-kanak dan Perlindungan Kanak-kanak

20.

Dasar Sogososha berkonsepkan syarikat perdagangan berasal daripada negara...

a)

Taiwan

b)

Jepun

c)

Korea Selatan

d)

Mexico