wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Latihan KBAT SEJARAH 1 (Umum)

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

Bagaimanakah generasi hari ini mengelakkan peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membangunkan ekonomi negara

b)

Meningkatkan tahap pendidikan

c)

Mengukuhkan perpaduan kaum

d)

Menyertai misi kemanusiaan

2.

Penularan pandemik Covid-19 telah mencetuskan kemerosotan ekonomi negara. Antara yang berikut, pilih DUA cadangan yang sesuai untuk menangani cabaran tersebut.

a)

Membantu kumpulan B40 dengan memberi bantuan makanan

b)

Menceburi perniagaan secara besar-besaran

c)

Membuat perniagaan secara e-dagang (online)

d)

Mengamalkan sikap membazir

3.

Antara yang berikut, yang manakah iktibar yang diperoleh daripada ancaman komunis di negara kita? Pilih DUA sahaja.


iktibar = pengajaran

a)

Mengelakkan isu perkauman

b)

Tidak menyokong dasar kerajaan

c)

Mudah terpedaya dengan kuasa luar

d)

Mengekalkan perpaduan kaum

4.

Ramalkan keadaan negara sekiranya perpaduan kaum TIDAK berlaku. Pilih DUA sahaja.

a)

Semua rakyat akan hidup aman damai

b)

Keharmonian tidak rakyat terjejas

c)

Pembangunan ekonomi tidak akan stabil kerana aktiviti ekonomi akan mengikut kaum

d)

Tiada kerjasama antara rakyat

5.

Apakah slogan yang melahirkan semangat patriotisme rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan budaya?

a)

Malaysia Boleh

b)

Budi Bahasa Budaya Kita

c)

Bersekutu Bertambah Mutu

d)

Muafakat Membawa Berkat

6.

Prinsip kelima yang terkandung dalam Rukun Negara ialah kesopanan dan kesusilaan. Apakah kepentingan prinsip tersebut?

a)

Memberi hak kebebasan

b)

Membentuk akhlak mulia

c)

Mengikut perubahan masa

d)

Menjamin keadilan ekonomi

7.

Pernyataan berikut merujuk kepada prinsip pertama Rukun Negara. Apakah kebaikan prinsip tersebut terhadap masyarakat?

a)

Menghormati lambang negara

b)

Hubungan antara kaum terpelihara

c)

Membentuk keperibadian yang baik

d)

Berani mempertahankan negara

8.

Antara yang berikut, pilih DUA cara rakyat Malaysia menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.

a)

Tidak menghormati institusi beraja

b)

Hidup harmoni dalam kalangan masyarakat

c)

Mengamalkan ajaran agama masing-masing

d)

Tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan

9.

Pilih susunan Rukun Negara yang betul.


I. Kesetiaan kepada Raja dan Negara

II. Kepercayaan kepada Tuhan

III. Kesopanan dan Kesusilaan

IV. Keluhuran Perlembagaan

V. Kedaulatan Undang-undang

a)

II, V, IV, I, III

b)

II, IV, V, I, III

c)

II, I, IV, V, III

d)

I, II, IV, V, III

10.

Antara yang berikut, pilih DUA kepentingan memelihara perpaduan antara kaum di negara kita.

a)

Bekerjasama dengan kaum sendiri sahaja

b)

Menolong musuh untuk meluaskan kuasa di negara kita

c)

Mewujudkan masyarakat yang harmoni

d)

Mengelakkan pertelingkahan kaum