Worksheetsasid dan bes 1
Total questions: 15
Worksheet time: 7mins
apakah takrifan asid yang paling tepat?
Bahan yang berasa masam
Bahan yang mempunyai pH kurang dari 7
Bahan yang mengion di dalam air menghasilkan ion hidrogen
Bahan yang mengion di dalam air menghasilkan ion oksida
yang manakah asid diprotik?
asid sulfurik
asid etanoik
asid sitrik
asid hidroklorik
Apakah maksud asid monoprotik?
asid yang menghasilkan 1 ion H+ per molekul asid
asid yang menghasilkan 2 ion H+ per molekul asid
asid yang menghasilkan 1 ion OH- per molekul asid
asid yang menghasilkan 2 ion OH- per molekul asid
Manakah formula kimia asid yang SALAH?
HSO4, asid sulfurik
HCl, asid hidroklorik
HNO3, asid nitrik
CH3COOH, asid etanoik
Apakah perbezaan antara bes dan alkali?
Semua bes adalah alkali, tidak semua alkali adalah bes.
Semua bes larut dalam air, tidak semua alkali larut dalam air
Alkali ialah bes yang boleh larut dalam air.
Bes ialah alkali yang larut dalam air
Manakah antara berikut bukan kegunaan asid dalam kehidupan seharian.
elektrolit dalam bateri kereta
membuat ubat gastrik
membuat minuman berkarbonat
menggumpalkan lateks
antara berikut yang manakah alkali lemah?
larutan natrium hidroksida
larutan litium hidroksida
larutan magnesium hidroksida
larutan ammonia
Mengapakah asid etanoik glasial tidak boleh menukarkan warna kertas litmus biru kepada merah?
asid etanoik glasial adalah asid lemah
asid etanoik glasial adalah monoprotik asid
asid etanoik glasial hanya mengion separa
asid etanoik glasial berbentuk molekul tiada ion hidrogen bergerak bebas.
Natrium hidroksida hanya menunjukkan sifat kekonduksian elektriknya apabila dilarutkan di dalam ......
air
metil benzena
alkohol
1,1,1-triklorometana
Apakah yang dimaksud asid lemah?
asid yang mempunyai pH paling rendah
asid yang mengion sepenuhnya di dalam air
asid yang mengion sebahagian sahaja dalam air
asid yang tidak menunjukkan sifat asid
"Asid etanoik glasial tidak boleh mengalirkan arus elektrik."
Antara berikut, yang manakah menerangkan pernyataan di atas?
Asid etanoik glasial ialah asid lemah.
Asid etanoik glasial mengion separa.
Asid etanoik glasial terdiri daripada molekul.
Asid etanoik glasial berada dalam keadaan pepejal pada keadaan bilik.
PILIH DUA BAHAN BERSIFAT ALKALI
KOH
HNO3
HCl
NaOH
PILIH DUA BAHAN BERSIFAT ASID
LIMAU
GARAM
SABUN
CUKA
YANG MANAKAH ION BERIKUT MENUNJUKKAN SIFAT ASID
ION KUPRUM(II)
ION PLUMBUM
ION HIDROGEN
ION ALUMINIUM
BES YANG LARUT DI DALAM AIR DIPANGGIL
ASID
BES
AMFORTERIK
ALKALI
