Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Pengurusan Jenazah Tingkatan 3

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Hukum menguruskan jenazah orang Islam ialah _____________________ bagi orang yang masih hidup.

a)

wajib

b)

fardu ain

c)

fardu kifayah

d)

sunat muakkad

2.

Pilih susunan yang betul pengurusan jenazah.

a)

Memandikannya - mengapankannya - menyembahyangkannya - mengebumikannya

b)

Menyembahyangkannya - memandikannya - mengebumikannya - mengapankannya

c)

Mengapankannya - memandikannya - menyembahyangkannya - mengebumikannya

d)

Menyembahyangkannya - memandikannya - mengapankannya - mengebumikannya

3.

Manakah antara berikut, perkara yang dilarang ketika menziarah jenazah?

a)

Membantu keluarga jenazah

b)

Membuat bising di rumah jenazah

c)

Mendoakan keampunan untuk jenazah

d)

Ucapkan takziah kepada keluarga jenazah

4.

Membaca selawat ke atas Nabi S.A.W. dalam solat jenazah ialah selepas _________________________.

a)

takbir pertama

b)

takbir kedua

c)

takbir ketiga

d)

takbir keempat

5.

Pilih pernyataan yang salah mengenai tindakan ketika menghadapi orang yang sedang nazak.

a)

Dibacakan surah Yasin di sisinya

b)

Menyuapkan makanan atau minuman

c)

Diajarkan dengan kalimah tauhid dengan cara yang lembut

d)

Mengingatkan pesakit agar bersangka baik kepada Allah s.w.t.

6.

Kedudukan imam ketika melakukan solat ke atas jenazah lelaki ialah ___________________________________________.

a)

berdiri bersetentang dengan dada jenazah

b)

berdiri bersetentang dengan kaki jenazah

c)

berdiri bersetentang dengan kepala jenazah dan kepalanya di sebelah kiri imam

d)

berdiri bersetentang dengan pinggul jenazah dan kepalanya di sebelah kanan imam

7.

Pilih perkara yang afdal tentang jumlah kain kapan jenazah.

a)

Jenazah lelaki (3 lapis kain), jenazah wanita (5 lapis kain)

b)

Jenazah lelaki (5 lapis kain), jenazah wanita (3 lapis kain)

c)

Jenazah lelaki (1 lapis kain), jenazah wanita (3 lapis kain)

d)

Jenazah lelaki (5 lapis kain), jenazah wanita (7 lapis kain)

8.

Sunat mendahulukan _______________ jenazah ketika dihulurkan ke dalam kubur ketika mengebumikan jenazah.

a)

kaki

b)

kepala

9.

Penduduk Kampung Ciku mengebumikan jenazah pada waktu malam tanpa sebarang sebab.

Hukum bagi situasi di atas ialah ___________________.

a)

wajib

b)

harus

c)

haram

d)

makruh

10.

Asmida meratapi kematian adinkya dengan mengoyak-ngoyakkan pakaiannya.

Hukum bagi situasi di atas ialah ____________________.

a)

wajib

b)

harus

c)

haram

d)

sunat

11.

Jenazah hanya boleh dimandikan oleh saudara mara yang terdekat sahaja.

a)

Betul

b)

Salah

12.

Seluruh tubuh jenazah hendaklah disiramkan dengan air yang telah dicampurkan dengan daunbidara dan sabun.

a)

Betul

b)

Salah

13.

Meletakkan jenazah di tempat yang agak tinggi agar memudahkan pengaliran air.

a)

Betul

b)

Salah

14.

Maksud memandikan jenazah ialah meratakan air ke seluruh anggota jenazah untuk menghilangkan ________________ dan mengangkat hadas.

a)

najis

b)

kekotoran

15.

Kubur disunatkan dan lebih sempurna digali luas, panjang dan _________________.

a)

lebar

b)

dalam

c)

lapang

d)

selesa