Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PSV TINGKATAN 3 (TIPOGRAFI)

Total questions: 13

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Manakah antara berikut merupakan

definisi dan fungsi tipografi yang benar?

a)

Istilah-istilah yang terdapat dalam

tipografi mempunyai banyak

perkaitan dengan istilah yang

diguna pakai dalam komputer.

b)

Berasal daripada bahasa Latin, iaitu

“typos” bermaksud tanda atau huruf

manakala “graphikos” ialah melukis.

c)

Teknik dalam menghasil dan

menyusun jenis taip dalam ayat

untuk dibaca.

d)

Berfungsi menghasilkan tulisan yang

sempurna untuk berkomunikasi serta

sebagai satu bentuk ekspresi seni.

2.

A ntara berikut, yang manakah jenis

taip yang telah dipelajari?


I Khat

II Huruf besar

III Konotasi taip

IV Simbol matematik

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

II dan IV

3.

Onomatopoeia, konotasi taip,

personifikasi taip dan figura taip

digunakan bagi menghasilkan ...

a)

Seni kolaj

b)

Montaj

c)

Klasifikasi taip

d)

Tipografi ekspresi

4.

"Mempunyai ciri stroke serif yang ketara

dan tebal. Biasanya digunakan bagi

tujuan hiasan dan mempunyai ciri

kebolehbacaan yang rendah. Contoh

muka taip ialah Egyptian."


Penjelasan di atas merujuk kepada

klasifikasi taip ...

a)

Old Style

b)

San Serif

c)

Slab Serif

d)

Transitional

5.

"sering digambarkan sebagai

positif atau negatif yang berkaitan dengan

hubungan emosi yang menyenangkan atau

tidak menyenangkan."


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Onomatopoeia

b)

Konotasi taip

c)

Personifikasi taip

d)

Figura taip

6.

"Merupakan pembentukan atau penggunaan kata-kata yang meniru bunyi semula jadi bersama

aksi yang dikaitkan. Contohnya, “bang”, “boom”, “snap” dan lain-lain. Sering

digunakan dalam seni komik."


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Onomatopoeia

b)

Konotasi taip

c)

Personifikasi taip

d)

Figura taip

7.

"Memberikan sifat dan kualiti yang terdapat pada

manusia kepada sesuatu perkataan melalui

metafora."


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Onomatopoeia

b)

Konotasi Taip

c)

Personifikasi Taip

d)

Figura Taip

8.

• Taip ini tidak mempunyai serif.

• Umumnya mempunyai saiz rekaan stroke yang sama

dan berbentuk geometrik.

• Contoh muka taip: Arial dan Helvetica.


pernyaataan di atas meruju kepada jenis?

a)

Modern

b)

Sans Serif

c)

Slab Serif

d)

Script

9.

• Diilhamkan daripada stroke yang dihasilkan menggunakan

berus ataupun pena.

• Secara umumnya, taip ini mempunyai dua ciri rekaan iaitu

kasual ataupun formal.

• Contoh muka taip: Great Vibes dan Edwardian Script.


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Modern

b)

Slab Serif

c)

Sans Serif

d)

Script

10.

Gambarajah menunjukkan satu jenis tipografi ekpsresi.

Apakah jenis tipografi ekspresi tersebut?

a)

Personifikasi Taip

b)

Onomatopoeia

c)

Figura Taip

d)

Konotasi Taip

11.

• Mempunyai ciri yang agak radikal berbanding old style dan

transitional kerana mempunyai stroke tebal dan nipis yang

sangat kontras, serif yang lurus serta paksi menegak.

• Contoh muka taip: Bodoni dan Tiffany.


Pernyataan di atas merujuk kepada?

a)

Modern

b)

Script

c)

Slab Serif

d)

Sans Serif

12.

•Ciri rekaan yang mengekalkan reka bentuk daripada lukisan

teknikal secara manual.

• Mempunyai bentuk serif yang bersudut dan tumpul, stroke

tidak terlalu nipis dan kurang kontras.

• Contoh muka taip: Garamond dan Caslon.

a)

Transitional

b)

Old Style

c)

Modern

d)

Slab Serif

13.

• Terhasil daripada modifikasi taip old style.

• Mengabungkan ciri-ciri yang terdapat pada kedua-dua old

style dan modern.

• Contoh muka taip: Baskerville dan Century Schoolbook.


Pernyataan berikut merujuk kepada?

a)

Old Style

b)

Sans Serif

c)

Transitional

d)

Script