Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Frasa

Total questions: 25

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

1.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa eksosentrik ?

a)

Surat itu dihantar melalui pengetua.

b)

Dia mengemukakan soalan yang susah itu.

c)

Bulu kucing peliharaan adik sungguh putih.

d)

Tembakan polis itu mengenai dada perompak

2.

2.Yang manakah binaan frasa nama yang terdiri daripada “inti+inti dengan maksud sama erti” ?

I.Teruna dara III.Sawah ladang

II.Jantan betina IV.Kampung halaman

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

3.

3.Yang manakah jenis frasa kerja yang terdapat dalam ayat di atas ?

a)

Frasa kerja tak transitif berpenerang

b)

Frasa kerja tak transitif berpelengkap

c)

Frasa kerja transitif dengan satu objek

d)

Frasa kerja transitif dengan dua objek

4.

4.Yang manakah ayat yang mempunyai frasa eksosentrik ?


I. Harga petrol tetap akan naik lagi.

II. Perempuan tua itu orang yang baik.

III.Datuk saya baru pulang dari Mekah.

IV.Pelajar itu sudah pulang ke kampungnya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

5.

5.Yang manakah frasa endosentrik dalam ayat di atas ?


I.terus berjuang III.askar-askar negara kita

II.di medan perang IV.demi keamanan negara

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

6.

Yang manakah binaan yang betul bagi frasa nama yang dicondongkan di atas ?

a)

Inti + penerang nama jenis

b)

Inti + penerang nama perkara

c)

Inti + inti dengan persamaan makna

d)

Inti + inti dengan pertentangan makna

7.

7.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa kerja aktif ?


I. Adik tersepak kaki budak lelaki itu.

II. Persembahan itu mengagumkan penonton.

III.Latihan Matematik itu belum berbuat lagi.

IV.Lelaki itu kemalangan semasa ke pejabat.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

8.Yang manakah ayat yang frasa keterangannya boleh digugurkan ?

a)

Kawan kakak saya sudah lama menetap di Australia.

b)

Pelajar itu memang bijak dalam semua mata pelajaran.

c)

Kapal perang tentera negara itu menuju ke pelabuhan.

d)

Keluarga Amir berada di luar negara sejak minggu lalu.

9.

9.Yang manakah frasa nama yang mengalami kekecualian hukum D-M ?


I.Pusat bandar III.Hal-hal peribadi

II.Serbuk pencuci IV.penolong penyelia

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

10.Yang manakah ayat yang frasa adjektifnya berfungsi sebagai keterangan frasa kerja ?

a)

Orang Inggeris itu berbahasa Melayu sungguh fasih.

b)

Sejak kematian suaminya, ibu tunggal itu kuat bekerja.

c)

Jurulatih itu memberikan arahan dengan suara yang kuat.

d)

Pak Mat menerima kunjungan kami dengan tangan terbuka.

11.

11.Yang manakah ayat yang mempunyai frasa kerja berfungsi sebagai subjek ?

a)

Saling memotong pelumba basikal itu.

b)

Menulis cerpen kegemaran abang saya.

c)

Membaca menambahkan pengetahuan.

d)

Tergelak-gelak pelajar di dalam dewan.

12.

12.Yang manakah ayat yang mengandungi pendepanan frasa sendi nama yang berfungsi sebagai frasa keterangan ?

a)

Masih ada pada saya kasut bola itu.

b)

Dari negara sebarang mungkin orang itu.

c)

Pada hari minggu abang akan mencuci keretanya.

d)

Masih berdiri di situ budak itu menunggu bapanya.

13.

13.Yang manakah merupakan ciri-ciri frasa, kecuali

a)

Boleh menjadi unit yang lebih besar.

b)

Boleh terdiri daripada satu patah perkataan

c)

Boleh menjadi unsur kepada frasa itu sendiri

d)

Boleh dipasifkan unsurnya daripada satuannya.

14.

14.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa eksosentrik ?

a)

Kakak sedang menyidai kain yang dibasuhnya.

b)

Ikram masih terlalu muda untuk menerajui syarikat itu.

c)

Pengurus syarikat itu anak sulung ketua kampung saya.

d)

Hadiah ini untuk ayat sempena ulang tahun kelahirannya.

15.

15.Yang manakah ayat yang mempunyai frasa adjektif yang binaannya memperlihatkan keserasian makna ?

a)

Seorang pelawak daripada kumpulan itu gemuk gedempol.

b)

Sifat gagah berani askar itu mendapat pujian pegawai atasannya.

c)

Baik buruk pelaksanaan GST memang telah diteliti oleh kerajaan.

d)

Penonton kelihatan tertarik oleh tariannya yang lemah gemalai itu.

16.

16.Apakah jenis frasa yang berfungsi sebagai predikat dalam ayat di atas ?

a)

Frasa kerja

b)

Frasa nama

c)

Frasa adjektif

d)

Frasa keterangan

17.

17.Frasa yang manakah yang menepati binaan di atas ?

a)

ke arah kiri dan kanan

b)

ke dewan badminton sebentar tadi.

c)

dari utara tanah air ke Johor Baharu.

d)

di samping ibu bapa dan adik-adiknya.

18.

18.Yang manakah ayat yang binaan frasa adjektifnya betul ?


I.Cerun bukit itu sangat curam sekali.

II.Saya bencikan orang yang sombong.

III.Pak Lebai amat sayang akan cucunya.

IV.Banglonya paling besar sekali di taman itu.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

19.

19.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa eksosentrik ?


I.Setelah disiasat, nyata Azlan memang tidak bersalah.

II.Mereka masih berbincang tentang kejadian tanah runtuh.

III.Jurulatih menegur pemain yang sering datang lewat untuk berlatih.

IV.Ibu dan ayah ke hospital untuk menziarahi kak long yang baru bersalin.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

20.

20.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa yang binaannya menyalahi hukum D-M ?


I. Ayah saya memang suka makan goreng keledek.

II.Ibu sedang memasak ayam kari ketika kami sampai.

III.Pak Samad memberi dua helai kain batik untuk ibunya.

IV.Klinik gigi Kumar dibuka pada setiap hari kecuali hari Ahad.

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

21.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa adjektif yang menekankan unsur keserasian makna ?


I.Keluarganya hidup kaya raya hasil daripada perniagaan.

II.Pahit maung menjadi anak yatim piatu dirasainya semenjak kecil.

III.Televisyen hitam putih antara barangan antic yang masih dimilikinya.

IV.Budak yang dilaporkan hilang hampir seminggu lalu ditemukan dalam keadaan letih lesu.

a)

I dan III

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

II dan IV

22.

22.Yang manakah ayat yang mengandungi frasa eksosentrik dalam konstituen subjek?

a)

Jambatan baharu itu akan dirasmikan pada bulan hadapan.

b)

Rumah di lereng bukit berbahaya terutamanya pada musim hujan.

c)

Dari Johor budak-budak itu datang untuk menaiki kereta kabel di Langkawi.

d)

Sayembara mendeklamasi puisi peringkat kebangsaan dianjurkan oleh Gapena.

23.

23.Yang manakah ayat yang tidak mengandungi frasa keterangan ?

a)

Musim monsun timur laut baru sahaja bermula.

b)

Pada setiap hujung bulan mereka akan bertemu.

c)

Pelancong dari negara Eropah menyukai masakan kita.

d)

Acara menyerahkan anak angkap itu berlangsung dengan meriahnya.

24.

24.Frasa yang mematuhi Hukum D-M ialah

a)

mini olahraga

b)

naib pengerusi

c)

penolong pengarah

d)

guru sekolah swasta

25.

25.Yang berikut semuanya binaan frasa nama, kecuali

a)

ribut taufan dari barat laut

b)

Yang Berhormat Senator Dr. Haris

c)

kerusi meja di dalam bilik mesyuarat

d)

memasakkan keluarganya makanan tengah hari