wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

Total questions: 15

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Ibu sedang menyiram bunga.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

2.

Tan Jia Xiang mengambil buku cerita lalu membaca buku itu.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

3.

Dia menangis kerana sakit perut.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

4.

Cikgu Amar membeli Samsung S9

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

5.

Kavi Raj membaca buku cerita sambil mendengar radio.

a)

Ayat tunggal

b)

Ayat majmuk

6.

Mereka berjalan kaki ke sekolah.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

7.

Mei Mei suka menyanyi tetapi kakaknya suka menari.

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

8.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya sambil tersenyum gembira.

a)

Pelakon itu sedang berucap gembira.

Pelakon itu tersenyum gembira di hadapan peminatnya.

b)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan.

Pelakon itu dan peminatnya tersenyum gembira.

c)

Pelakon itu sedang berucap di hadapan peminatnya.

Pelakon itu tersenyum gembira.

9.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Soloz gemar membuat kerja sekolah sambil mendengar muzik di laman web Youtube.

a)

Soloz gemar membuat kerja.

Soloz mendengar muzik Youtube.

b)

Soloz gemar membuat kerja di sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web.

c)

Soloz gemar membuat kerja sekolah.

Soloz mendengar muzik di laman web Youtube.

10.

Tukarkan ayat majmuk di bawah menjadi dua ayat tunggal.


Semua murid Tingkatan Satu Akrab hadir ke sekolah kecuali Niana.

a)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab.

Murid Tingkatan Satu Akrab ialah Niana.

b)

Semua murid TIngkatan Satu Akrab hadir ke sekolah.

Niana tidak hadir ke sekolah.

c)

Semua murid Tingkatan Satu Akrab ke sekolah.

Niana juga hadir ke sekolah.

11.

Gabungkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Jalan itu dinaiki air.

Jalan itu ditutup sementara waktu.

a)

Jalan yang dinaiki air itu ditutup sementara waktu.

b)

Jalan disana itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

c)

Jalan itu dinaiki air dan ditutup sementara waktu.

12.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Kami mendapat berita.

Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

a)

Kami mendapat berita gembira bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video itu.

b)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek.

c)

Kami mendapat berita bahawa Caprice telah memenangi pertandingan video pendek itu.

13.

Tukarkan dua ayat tunggal di bawah menjadi satu ayat majmuk.


Ejen Ali terkejut.

Ejen Ali terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

a)

Ejen Ali terkejung kerana terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

b)

Ejen Ali terkejut tatkala terdengar bunyi letupan di kawasan pelabuhan itu.

c)

Ejen Ali terperanjat semasa terdengar bunyi letupan bom di kawasan pelabuhan itu.

14.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Lisa tidak berputus asa ___________ dia gagal dalam temuduga tersebut.

a)

semasa

b)

walaupun

c)

kerana

15.

Pilih kata hubung yang sesuai bagi menggabungkan dua ayat tunggal di bawah.


Pasukan Manchester United akan berhenti menjalani latihan bola sepak ________hujan bertambah lebat.

a)

apabila

b)

setelah

c)

jika