Font size
WorksheetsSEJARAH TINGKATAN 5 KSSM BAB 6
Total questions: 10
Worksheet time: 6mins
Apakah kepentingan hasil bahan asli yang disumbangkan oleh Sarawak dan Sabah kepada negara?
Menyeimbangkan pembangunan
Asas pertanian komersial
Meningkatkan jumlah eksport
Menunjukkan strategi perdagangan yang pelbagai
Antara berikut yang manakah antara cabaran yang dihadapi oleh Malaysia?
i. Cabaran politik di Sarawak
ii. Cabaran perpaduan kaum
iii. Cabaran sosioekonomi di Semenanjung Tanah Melayu
iv. Cabaran pembangunan di pinggir bandar
i dan ii
i dan iv
ii dan iii
iii dan iv
Sarawak dan Sabah kaya dengan hasil bumi yang banyak. Mengapakah usaha pembangunan dan sosioekonomi di Sarawak dan Sabah adalah satu cabaran?
Rakyat mengamalkan pertanian sara diri
Rancangan pembangunan yang tidak tersusun
Rakyat tidak bersedia menghadapi pemodenan
Rakyat kurang mendapat pendedahan melalui pendidikan
Apakah usaha kerajaan untuk melibatkan rakyat dengan aktiviti pertanian komersial di Sarawak dan Sabah?
Kerajaan menaiktaraf kemudahan awam
Kerajaan mempelbagaikan pertanian komersial
Kerajaan membuka peluang penduduk menyertai kegiatan ekonomi berkaitan dengan petroleum
Apakah faktor yang mewujudkan cabaran memajukan sistem perhubungan dan pengangkutan di Sarawak dan Sabah?
Saiz negeri yang besar
Kawasan hutan yang tebal
Jumlah penduduk yang terlalu ramai
Kekurangan dana untuk pembangunan
Mengapakah penduduk di kawasan pedalaman tidak mendapat peluang secukupnya untuk bersekolah?
Guru kurang terlatih
Sekolah yang wujud hanya sekolah vernakular
Kebanyakan sekolah yang wujud berada di kawasan bandar
Kebanyakan rakyat mengutamakan pendidikan tidak formal
Apakah kesan krisis politik yang berlaku di Sarawak pada tahun 1966?
Komunis berleluasa
Menimbulkan pemberontakan besar-besaran
Sarawak diisytiharkan darurat
Mewujudkan persefahaman antara pemimpin politik
Mengapakah kempen Malaysian Malaysia menggugat kestabilan politik negara?
Mengubah sempadan Singapura
Tuntutan hak sama rata semua kaum
Mengutamakan peranan kaum bumiputera
Mempertikaikan peranan Majlis Raja-Raja Melayu
Manakah antara berikut merupakan faktor ekonomi yang membawa kepada pemisahan Singapura daripada Malaysia?
Singapura menuntut pembukaan pasaran bersama disegerakan
Rusuhan kaum pada 21 Julai 1964
Singapura tidak bersetuju dengan tambahan cukai yang perlu diberikan kepada Kerajaan Persekutuan
Kerjasama pemimpin PAP dengan Perikatan
Menurut Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, pemisahan Singapura merupakan perkara yang tidak dapat dielakkan. Apakah rasional Tunku Abdul Rahman bertindak sedemikian?
Mengelakkan ancaman komunis di Singapura
Perbezaan ideologi
Singapura lebih maju dalam aspek ekonomi
Mengelakkan perebutan kuasa antara pemimpin
