wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz 22_Kata Majmuk

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Arkitek dari Jerman itu sedang bertungkus lumus untuk menghasilkan _________________ bangunan mengikut kehendak pelanggannya.

a)

reka bentuk

b)

kertas kerja

c)

gambar rajah

d)

latih tubi

2.

"Semasa usia _________________ inilah kita harus menuntut ilmu dan melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran, kelak kita tidak ketinggalan," pesan ayah kepada Abang Long.

a)

gagah berani

b)

muda remaja

c)

cerdik pandai

d)

cita rasa

3.

Xin Ling dan Dania ke ___________________ untuk mengulang kaji pelajaran kerana Peperiksaan Akhir Tahun hampir tiba.

a)

balai raya

b)

pasar raya

c)

pusat sumber

d)

panggung wayang

4.

Encik Samad mendirikan ___________________ dengan Puan Zanariah ketika mereka masih menuntut di Universiti Sains Malaysia.

a)

rumah sakit

b)

rumah tangga

c)

rumah pusaka

d)

rumah terbuka

5.

Tendangan yang dilakukan oleh pemain bola sepak itu telah melepasi ____________________.

a)

pintu gol

b)

pintu kaca

c)

pintu masuk

d)

pintu jendela

6.

Kesesakan ___________________ berpunca daripada lampu isyarat yang tidak berfungsi.

a)

panggung wayang

b)

mata pelajaran

c)

lalu lintas

d)

salah faham

7.

___________________ syarikat itu akan menikmati cuti selama seminggu sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba.

a)

Olahraga

b)

Kakitangan

c)

Suruhanjaya

d)

Pilihanraya

8.

Puan Pavirtha mendaftarkan nama anaknya kepada _________________ peraduan mewarna itu sebelum mereka dibenarkan memasuki dewan.

a)

suruhanjaya

b)

antarabangsa

c)

warganegara

d)

urusetia

9.

Puan Vanidah menjadi seorang ____________________ sepenuh masa sejak berhenti kerja setahun yang lalu.

a)

tukang gaji

b)

rumah tangga

c)

surat khabar

d)

suri rumah

10.

"Tema baju raya keluarga saya tahun hadapan adalah warna ____________________," kata Sarimah kepada sahabat baiknya.

a)

merah jambu

b)

buku tulis

c)

ibu jari

d)

darah daging

11.

Datuk telah mewasiatkan sejumlah ____________________ kepada ketiga-tiga orang anaknya.

a)

harta pusaka

b)

tali leher

c)

kereta api

d)

rumah banglo

12.

Penemu duga akan meneliti ___________________ setiap pemohon bagi memilih pekerja yang benar-benar layak dan berkualiti.

a)

budi pekerti

b)

kaji selidik

c)

soal jawab

d)

latar belakang

13.

Achey membuat bunga hiasan yang cantik itu daripada bahan ____________________ yang di kumpul sejak 5 bulan yang lalu.

a)

tong sampah

b)

kain batik

c)

kitar semula

d)

beg plastik

14.

Para nelayan itu menurunkan __________________ ke dalam laut untuk dijadikan tempat pembiakan ikan.

a)

kereta solar

b)

pukat tunda

c)

tukun tiruan

d)

taman mini

15.

Para penduduk di Taman Megah Ria mengamalkan gaya hidup mesra alam untuk mengekalkan keindahan __________________ di kawasan tempat tinggal mereka.

a)

alam semulajadi

b)

alam semesta

c)

komputer riba

d)

mata pelajaran

16.

Fasha dan Rohaya telah ditugaskan untuk menyediakan __________________ bagi Program Motivasi itu.

a)

tangki air

b)

banjir kilat

c)

atur cara

d)

alam sekitar

17.

Kayden dapat melihat __________________ di perairan Pulau Langkawi yang kebiru-biruan itu dari dalam pesawat.

a)

air kolam

b)

air sungai

c)

air laut

d)

air human

18.

Ramai penumpang sedang menunggu ___________________ di perhentian bas dengan sabar.

a)

jam tangan

b)

bas awam

c)

kapal terbang

d)

kereta api

19.

Kanak-kanak sedang berenang dengan gembira di dalam __________________ itu.

a)

kasut sekolah

b)

baju renang

c)

komputer riba

d)

kolam renang

20.

Puan Hamimah menjual ________________ dan kuih-muih di tepi jalan raya itu.

a)

balai raya

b)

minyak masak

c)

nasi lemak

d)

daging mentah