WorksheetsKATA SERU (TINGKATAN 1)
Total questions: 15
Worksheet time: 11mins
Kata seru ialah __________.
perkataan yang digunakan untuk menyatakan pelbagai perasaan.
perkataan yang digunakan untuk menyatakan sifat manusia.
perkataan yang digunakan untuk menyatakan benda yang bukan hidup.
Kata seru "aduh" menyatakan _______.
perasaan marah, benci dan tidak suka.
perasaan sakit atau kagum.
perasaan kagum dan hairan.
Kata seru "aduhai" menyatakan _______.
perasaan sakit dan kagum.
perasaan terkejut, hairan, gembira atau mengharap.
perasaan sedih.
Kata seru "syabas" menyatakan _______.
rasa terkejut dan hairan.
pujian dan ucap tahniah.
rasa sedih dan merayu
menarik perhatian atau keluhan
Kata seru "alahai" menyatakan _______.
rasa terkilan dan kesal.
perasaan terkejut, hairan, gembira atau mengharap.
rasa sedih dan merayu
menarik perhatian atau keluhan
______, musnahlah segala impianku!
Aduh
Syabas
Aduhai
Alamak
______, awak telah berjaya ke peringkat yang seterusnya!
Wah
Amboi
Syabas
Aduhai
______, dasar tidak tahu malu engkau ini!
Eh
Cis
Aduh
Amboi
________, kasihan betul nasib pak cik yang berpakaian compang-camping itu!
Wah
Aduh
Wahai
Aduhai
________, pandai sungguh Tijah melaram!
Aduh
Syabas
Amboi
Aduhai
__________, begini rupa-rupanya kehidupan di Afrika Selatan!
Oh
Eh
Aduh
Aduhai
__________, hebatnya persembahan drama pentas kalian!
Oh
Cis
Wah
Alamak
_________, anak watan, marilah bersama-sama kita memajukan negara!
Cis
Wahai
Aduhai
Syabas
___________, pelik betul warna kereta itu!
Eh
Oh
Wah
Aduhai
_________, aku sudah terlambat ke kedai!
Hai
Cis
Alahai
Alamak
