wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

6.1 Pengasasan Kesultanan Johor Riau

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan Melayu Melaka.

Nama pengasas Kesultanan Johor Riau ialah...

a)

Sultan Ahmad

b)

Sultan Mahmud Shah

c)

Sultan Abdul Jalil Riayat Shah

d)

Sultan Alauddin Riayat Shah I

2.

Kota Kara yang berfungsi sebahagai pusat pemerintahan Kesultanan Johor Riau di bina pada tahun...

a)

1526

b)

1528

c)

1530

d)

1532

3.

Kota Kara di Pekan Tua telah diserang dan dimusnahkan oleh Portugis pada tahun 1535.

Sultan telah berundur dan membuka pusat pemerintahan baharu yang terletak di...

a)

Kota Sayong

b)

Tanjung Batu

c)

Padang Saujana

d)

Acheh

4.

Apakah keistimewaan Sayong Pinang dari segi pertahanan?

a)

Sungai yang sempit

b)

Banyak pokok bakau

c)

Perairan yang dalam

d)

Askar yang terlatih

5.

Antara cabaran yang dihadapi Kesultanan Johor Riau untuk pertahankan kedaulatannya ialah...

i konflik pembesar

ii ancaman Raja Kechil

iii serangan orang Selat

iv pemberontakan rakyat

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

6.

Perang Tiga Segi turut melibatkan kuasa berikut

a)

Portugis

b)

Acheh

c)

Pahang

d)

Johor

7.

Raja Kechil menyerang Johor pada tahun 1718. Mengapakah serangan tersebut dilakukan?

a)

Ingin menyerang balas

b)

Johor telah menyerang Jambi

c)

Menuntut takhta kerajaan Johor

d)

Membantu Opu Bugis Lima Bersaudara

8.

Perang Tiga Segi berlaku antara Johor - Acheh - Portugis.

Apakah faktor yang membawa kepada peperangan tersebut?

a)

Persaingan kuasa Acheh

b)

Perluasan pengaruh Portugis

c)

Perebutan kuasa antara pembesar

d)

Persaingan untuk menguasai perdagangan di Selat Melaka

9.

Johor menjalankan dasar berbaik-baik dengan Belanda dan memulakan hubungan Johor-Belanda pada tahun 1602.

Mengapa Johor bertindak sedemikian?

a)

Meningkatkan perdagangan rempah ratus

b)

Menaikkan semangat tentera Belanda

c)

Strategi bagi menghadapi ancaman musuh

d)

Belanda merupakan sahabat lama

10.

Johor mengambil bahagian dalam perang Belanda - Portugis dengan memberikan bantuan yang berikut:

a)

Membantu mengangkut peralatan perang

b)

Membuat tapak meriam

c)

Membekalkan senjata

d)

Menggali parit kubu

11.

Bagaimanakah Kesultanan Johor Riau dapat menamatkan ancaman Jambi yang menggugat kedaulatannya?

a)

Membuat pakatan dengan Belanda

b)

Menjalankan pemerintahan yang cekap

c)

Menyerang dan menewaskan kerajaan Jambi

d)

Meminta bantuan daripada askar upahan Bugis

12.

Kesultanan Johor Riau diasaskan oleh waris Kesultanan ..................

a)

Johor

b)

Riau

c)

Melayu Johor

d)

Melayu Melaka

13.

Akhirnya pada tahun 1540, Sultan Alauddin Riayat Shah I memindahkan pusat pemerintahan ke Kota Batu kerana ...................

a)

sungai sempit

b)

sungai lebar dan dalam

c)

diserang musuh dan dimusnahkan

d)

kawasan berbukit bukau sesuai menjadi benteng pertahanan

14.

Perang Seratus Tahun telah tercetus antara tiga kuasa untuk menguasai perdagangan di ...............

a)

Kota Kara

b)

Sungai Johor

c)

Selat Melaka

d)

Kuala Sungai Telor

15.

Berlaku Konflik antara pembesar dan akhirnya keturunan .............. kembali berpengaruh dalam pemerintahan Kerajaan Johor Riau.

a)

Laksamana

b)

Bendahara

16.

Pusat pemerintahan Kerajaan Johor Riau sering berpindah sebagai strategi ............. dan .............

a)

pertahanan

b)

perdagangan

c)

ketenteraan

d)

persahabatan

17.

Dasar berbaik-baik dengan pihak Belanda dilakukan oleh kerajaan Johor Riau sebagai strategi untuk menghadapi ancaman daripada .............. dan ..............

a)

Melaka

b)

Acheh

c)

Jambi

d)

Portugis

18.

Johor telah memberi bantuan kepada Belanda semasa berperang dengan Portugis di Melaka.

Apakah bantuan yang diberikan Johor kepada Belanda?

a)

Memberikan sokongan

b)

Membuat tapak meriam

c)

Menggali parit kubu

d)

Mengali telaga

19.

Pada 17 Mei 1606, sebuah perjanjian telah ditandatangani oleh Johor di atas sebuah kapal bernama Oranje.


Apakah perjanjian tersebut?

a)

Perjanjian Johor - Jambi

b)

Perjanjian Johor - Acheh

c)

Perjanjian Johor - Portugis

d)

Perjanjian Johor - Belanda

20.

Apakah strategi yang digunakan okeh Kesultanan Johor Riau dalam menghadapi cabaran yang menggugat kedaulatannya?

a)

Meluaskan kuasa

b)

Mengukuhkan pentadbiran

c)

Menaik taraf kuasa pembesar

d)

Memindahkan pusat pemerintahan