wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

REVISION BAB 3, 4 DAN 5

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan faktor-faktor persekitaran fizikal yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar?

I Bentuk muka bumi

II Saliran

III Luluhawa

IV Geomorfologi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

2.

Berikut merupakan jenis bentuk muka bumi yang mempengaruhi kepelbagaian tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar kecuali

a)

tanah tinggi

b)

tanah pamah

c)

muara sungai

d)

pinggir laut

3.

Salah satu contoh hidupan liar di kawasan bersaliran baik ialah

a)

biawak

b)

burung shoebill

c)

harimau

d)

buaya

4.

Apakah maksud tanih aridisols?

a)

Tanih yang kering dan tandus

b)

Tanih yang berpasir, liat dan lembap

c)

Tanih yang nipis, berasid dan beku

d)

Tanih yang bercampur dengan tumbuh-tumbuhan yang telah reput

5.

Jenis tanih apakah yang menggalakkan pertumbuhan Hutan Mediterranean?

a)

tanih latosol

b)

tanih podzol

c)

tanih terra rossa

d)

tanih permafrost

6.

Apakah iklim di Malaysia?

a)

Panas Dan lembap sepanjang tahun

b)

Khatulistiwa

c)

Monsun Tropika

d)

Gurun panas

7.

Berikut merupakan jenis tumbuh-tumbuhan di Malaysia, kecuali

a)

Paya air tawar

b)

Paya air payau

c)

Hutan pantai

d)

Hutan hujan tropika

8.

Antara berikut, yang manakah padanan yang betul berkaitan dengan taburan hutan di Malaysia?

a)

Hutan hutan tropika - Larut Matang (Perak)

b)

Hutan paya air tawar - Tasik Bera (Pahang)

c)

Hutan gunung- Pulau Sipadan (Sabah)

d)

Hutan pantai - Banjaran Titiwangsa

9.

Hutan hujan tropika mempunyai beberapa lapisan iaitu

a)

Renjong, kanopi, silara, lantai

b)

Emergen, silara, tengah, lantai hutan

c)

Renjong, tengah, kanopi, lantai hutan

d)

Lantai hutan, tengah Dan kanopi

10.

Antara berikut, manakah tumbuhan yang dikenali sebagai hutan pantai?

a)

Pokok tapak kuda Dan pokok ketapang

b)

Pokok ru, pokok renek dan bintagor laut

c)

Pokok nipah Dan bakau

d)

Pokok ru dan rafflesia

11.

Apakah fungsi akar ceracak pokok bakau api-api dan perepat?

a)

Pernafasan

b)

Menyerap zat makanan

c)

Mengawal halaju tiupan angin

d)

Menyokong batang pokok daripada tumbang

12.

Apakah tumbuh-tumbuhan semula jadi yang mempunyai nilai perubatan di Malaysia?

a)

Kapur

b)

Balau

c)

Keruing

d)

Sembong

13.

Apakah yang dimaksudkan dengan hidupan liar?

a)

Haiwan yang hidup di dalam zoo

b)

Haiwan yang dipelihara untuk mendapatkan daging

c)

Haiwan yang hidup secara semula jadi dalam habitatnya

d)

Haiwan yang diternak untuk dijual kepada pemborong

14.

Apakah nama hidupan liar yang ditunjukkan dalam gambar di atas?

a)

Penyu

b)

lotong merah

c)

Monyet belanda

d)

Beruang matahari

15.

Apakah hidupan liar yang boleh dilihat oleh pelancong di habitat semula jadi berikut?

  • Hutan Simpan Kabili-Sepilok di Sabah
a)

Enggang

b)

Orang Utan

c)

Gajah Pygmy

d)

Harimau malaya

16.

Apakah peluang pekerjaan yang dikaitkan dengan ekopelancongan?

a)

Jurubahasa

b)

Jurutera Kimia

c)

Jurulatih Skuba

d)

Pemandu pelancongan

17.

Antara berikut, yang manakah kepentingan pendidikan berkaitan dengan hidupan liar?

a)

melestarikan alam sekitar

b)

meningkatkan pendapatan

c)

menggalakkan penebangan hutan

d)

mengekalkan dan melindungi biodiversiti negara

18.

Antara berikut, manakah kegiatan manusia yang mengancam hidupan liar di Malaysia?

a)

Pendalaman daasar sungai

b)

Aktiviti pertanian pindah

c)

pembinaan empangan hidroelektrik

d)

pewartaan taman negara dan hutan simpan

19.

Tapir


Manakah yang berikut berkaitan dengan pernyataan di atas?

a)
b)
c)
d)
20.

Penguraian tinja haiwan dalam ekosistem dapat

a)

meningkatkan keasidan tanah

b)

membekalkan nutrien kepada tanah

c)

menambah jumlah oksigen kepada tanah

d)

menguraikan karbon dioksida dalam tanah

21.

Manakah yang berikut merupakan organisma yang boleh menghasilkan makanan sendiri?

a)

Pengeluar

b)

Pengguna primer

c)

Pengguna sekunder

d)

Pengguna tertier

22.

Apakah yang dimaksudkan dengan biodiversiti?

a)

Kepelbagaian spesies haiwan

b)

Kepelbagaian spesies tumbuhan

c)

Kepelbagaian spesies organisma

d)

Kepelbagaian spesies haiwan dan tumbuhan

23.

Manakah yang berikut merupakan aktiviti pemeliharaan hidupan liar?

a)

Taman negara

b)

Pusat Konservasi

c)

Akta Perhutanan Negara 1984

d)

Kempen We Hug Tapir 2018

24.

Manakah yang berikut merupakan aktiviti pemuliharaan?

a)

Taman negara

b)

Taman laut

c)

Hutan simpan

d)

Pusat Konservasi gajah

25.

Apakah maksud vertebrata

a)

Kumpulan haiwan yang tidak bertulang belakang

b)

Kumpulan haiwan yang berdarah panas

c)

Kumpulan haiwan yang bertulang belakang

d)

Kumpulan haiwan yang berdarah sejuk