WorksheetsCerpen Hipertensi Tingkatan 5
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Cerpen Hipertensi, karya Illias Zaidi memaparkan watak utama iaitu ...
Aiman Aqil yang sering ponteng sekolah
Aiman Aqil yang sering berhalusinasi
Aiman Aqil yang sering melanggar disiplin sekolah
Aiman Aqil yang sering gagal dalam pelajaran
Mengapakah Aiman Aqil sering dimarahi gurunya?
tidak menghantar tugasan yang diberi oleh gurunya
tidak menghadiri kelas dan sering ponteng sekolah
tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran di dalam kelas
tidak mematuhi peraturan sekolah
Aiman Aqil sering berangan-angan menjadi ...
pengembara solo yang berjaya menakluk dunia
juruterbang hebat dalam penjelajahan di udara
hero gagah dalam lakonan di televisyen
tokoh-tokoh hebat dalam bidang Sains
Berikut adalah halusinasi Aiman kecuali
lulus pengajian tinggi dalam bidang aeroangkasa
menjalani latihan intensif di bawah program aeroangkasa bersama dengan pihak Rusia
menawan planet-planet di angkasa lepas dengan kerjasama pihak Rusia
memantapkan diri sebagai persediaan untuk berlepas ke angkasa
Keasyikan Aiman melayani halusinasinya, mengingatkan dia tentang satu suara ghaib yang mengajaknya ....
lebih banyak berhalusinasi
lebih hormati guru dan ayahnya
lebih tumpuan pada pelajaran
lebih dekat dengan Ilahi
Berikut gambaran tentang watak Aiman Aqil dalam cerpen Hipertensi KECUALI ...
Seorang yang gagap iaitu mulutnya ternganga lebar dahulu sebelum berkata-kata
Seorang saintis yang bertugas dalam bidang aeroangkasa
Seorang yang berwajah agak cengkung dan memiliki jari-jemari tangan yang kurus dan runcing
Seorang anak sulung dan mempunyai dua orang adik perempuan
Contoh yang sesuai bagi nilai kebijaksanaan dalam cerpen Hipertensi ialah ...
Aiman boleh menyelesaikan latihan Matematik murid Tingkatan 5 sedangkan dia baru berusia lapan tahun
Cikgu Faridah menerangkan ilmu Teori Graviti dengan bersungguh-sungguh kepada Aiman dan rakannya
Bapa Aiman berusaha merawat masalah kegagapan anaknya melalui latihan intensif dan latihan terapi
Ibu Aiman yang merasa kasihan kepada Aiman kerana dirotan oleh ayahnya
Masyarakat yang bertanggungjawab terhadap penyakit anaknya merupakan salah satu latar masyarakat dalam cerpen Hipertensi. Latar masyarakat berikut merujuk kepada ...
Guru Aiman Aqil
Ibu Aiman Aqil
Ayah Aiman Aqil
Adik perempuan Aiman Aqil
Apakah yang dimaksudkan dengan hipertensi?
penyakit dalam diam yang mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat
penyakit berhalusinasi peringkat kritikal sehingga boleh mendengar bisikan suara ghaib
penyakit gagap yang perlu rawatan intensif dan terapi
penyakit tiga serangkai iaitu sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi yang menyebabkan kematian
"Dia terus terapung-apung di udarakasa bulan tanpa udara. Pakaian angkasa lepas yang serba putih dan lengkap itu membekalinya oksigen. di kiri dan kanannya kelihatan padang pasir yang luas terhampar persis Sahara keadaannya" . Nyatakan teknik plot yang digunakan.
Teknik Dialog
Teknik imbas kembali
Teknik pemerian
Teknik saspens
