wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

FRASA STPM SEM 2

Total questions: 10

Worksheet time: 6mins

Name
Class
Date
1.

1. Yang manakah frasa?

I ke sekolah dia setiap pagi

II beberapa ekor kambing bapanya

III beiau datang ke pejabat pagi tadi

IV meninggalkannya secara tergesa-gesa

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

2.

2. Ayat yang manakah mengandungi frasa eksosentrik?

a)

Sebuah motorsikal telah hilang petang tadi.

b)

Mereka sedang berbincang tentang isu pencemaran.

c)

Permainan bola sepak itu dimenangi oleh pasukan pelawat.

d)

Beliau tidak pernah menjejaki tempat tumpah darahnya.

3.

**Binaan yang boleh terdiri daripada susunan kata ataupun hanya satu kata yang berpotensi untuk diperluas.**


Kesemua yang berikut merupakan contoh kepada binaan di atas kecuali..

a)

akan datang juga petang nanti

b)

masalah rasuah kakitangan awam

c)

kenaikan harga barang keperluan

d)

ditebangnya pokok-pokok di tepi jalan

4.

4. Frasa X : -sebuah kediaman mewah

-memasak sup ayam

-sangat cantik


Frasa Y :................................


Yang manakah contoh Y yang betul? (pilih 2)

a)

di luar bangunan itu

b)

tentang masalah remaja kini

c)

masih belum keluar lagi

d)

tempat yang memang terpencil

5.

5. Yang manakah padanan yang kesemuanya betul antara jenis frasa dengan contohnya?

a)

FN: Hari kemerdekaan

FK: sambutan kemerdekaan

FSN: sudah merdeka

b)

FN: Taraf hidup

FK: naik taraf

FSN: akan dinaiktarafkan

c)

FN: Aneka warna

FK: warna menarik

FSN: mesti berwarna

d)

FN: Kebun sayur

FK: Berkebun sayur

FSN: tentang kebun sayur

6.

6. Yang manakah padanan yang betul antara jenis frasa dan contohnya?

a)

FN: kereta baharu itu

FSN: berehat di pantai

FA: agak benar

b)

FN: rumah usang

FSN di tepi masjid

FA: pemiliknya meninggal

c)

FN: secawan air sejuk

FSN: untuk guru Sejarah

FA: tangkas amat

d)

FN: bangunan roboh

FSN: amat berbahaya

FA: lanjut usia

7.

7. Jenis dan binaan frasa ada 2 iaitu:

-Frasa Eksosentrik

- X


Yang manakah contoh bagi frasa X? (pilih 2)

a)

sebuah isntitusi pengajian tinggi

b)

mengenai isu keselamatan

c)

untuk golongan yang berada

d)

mendeklamasikan puisi sejarah

8.

8. *Menantu Pak Ramli ke luar negara.

* Beberapa orang pekerja asing masih di khemah itu.


Pola ayat dasar bagi ayat-ayat di atas ialah...

a)

FN + FN

b)

FN + FK

c)

FN + FA

d)

FN + FSN

9.

9. Yang manakah ayat yang mengandungi binaan frasa nama "inti + inti" ?

a)

Abang pernah bekerja sebagai polis bantuan.

b)

Filem terbaru beliau bertemakan hamba abdi.

c)

Harga bijih timah tidak pernah naik sejak lima tahun lalu.

d)

Kerja penanaman pokok getah dijalankan secara berperingkat-peringkat.

10.

10. Frasa nama yang tidak mengikuti hukum D-M ialah...

a)

tentera laut

b)

guru agama

c)

penulis makalah

d)

pembantu penyelidik