Font size
WorksheetsAdab Jual Beli Tahun 5
Total questions: 15
Worksheet time: 9mins
Apakah pengertian jual beli?
Aqad pemilikan harta atau barang
Aqad pemilikan harta yang memberikan kesan pemberian pemilikan secara kekal terhadap objek harta atau manfaat
Aqad pemberian duit daripada penjual kepada pembeli
Apakah hukum jual beli?
Wajib
Harus
Sunat
Yang mana satu adalah dalil naqli bagi jual beli?
Maksud dalil naqli (surah Al-Baqarah : ayat 275) bagi jual beli ialah
Pada hal Allah telah menghalalkan Riba' dan mengharamkan jual beli
Pada hal Allah telah menghalalkan jual beli dan menghalalkan Riba'
Pada hal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan Riba'
Berikut ialah adab penjual KECUALI:
Jujur, berterus terang serta tidak menipu dalam timbangan dan sukatan
Tidak membeli barang yang haram seperti arak, dadah atau sesuatu yang mengandungi unsur daripada khinzir (babi).
Menjual barang yang halal dan berkualiti
Tidak memonopoli barang untuk dijual dengan harga yang tinggi dan hanya mengambil keuntungan pada kadar yang sepatutnya.
Berikut adalah adab pembeli KECUALI:
Sabar dan bertolak ansur dengan pelanggan
Tenang dan tidak banyak karenah
Sabar menunggu giliran ketika membeli
Mengelakkan pembaziran
Apakah pesanan Rasulullah dalam berjual beli yang telah kita pelajari?
Allah mencintai orang yang ikhlas dalam perniagaan
Allah suka pada orang yang membeli barang yang diperlukan sahaja serta tidak membazir
Allah merahmati orang yang bertolak ansur ketika menjual, membeli dan menuntut hutang
Ingatkah kamu tentang kisah seorang lelaki yang menuntut hutang daripada para sahabat? Apakah perintah Nabi s.a.w kepada sahabat?
Agar diberi sahaja unta yang lebih baik keadaannya supaya Allah menggantikan mereka dengan yang lebih baik pada masa akan datang
Agar diberi sahaja kuda yang lebih baik keadaannya supaya Allah menggantikan mereka dengan yang lebih baik pada masa akan datang
Agar diberi sahaja unta yang asal untuk melunaskan hutang dan menyempurnakan hak lelaki itu
Kepentingan beradab ketika berjual beli kepada negara KECUALI
Keberkatan hidup terpelihara
Menjaga kestabilan ekonomi negara
Memelihara imej negara pada pandangan negara luar
Yang manakah adab kamu sebagai PEMBELI di kantin sekolah?
Sabar dan mesra melayan pelanggan
Menyediakan makanan yang halal, bersih dan berkhasiat
Beratur dengan tertib dan sentiasa berhati-hati
Yang manakah adab PENJUAL di pasar jualan?
Memberikan laluan ketika selesai membeli
Mencari dan memilih barangan yang baik dan halal sahaja
Jujur dan tidak menipu dalam timbangan
Berikut adalah adab penjual di kedai barangan harian KECUALI
Tidak memonopoli barangan tertentu untuk mengaut keuntungan melampau
Mempamerkan barangan mengikut kategori beserta tanda harga untuk kemudahan pembeli
Tidak mengambil masa yang lama memilih makanan dan minuman yang hendak dibeli
Tahukah kamu apa maksud MONOPOLI?
Banyak individu atau banyak syarikat menjadi pengeluar atau pembekal kepada sesuatu barang (komoditi) atau perkhidmatan di pasaran
Seorang individu atau SATU syarikat sahaja menjadi pengeluar atau pembekal kepada sesuatu barang (komoditi) atau perkhidmatan di pasaran
Dua individu atau beberapa syarikat menjadi pengeluar atau pembekal kepada sesuatu barang (komoditi) atau perkhidmatan di pasaran
Apakah kesan monopoli ke atas barang (komoditi) atau perkhidmatan di pasaran?
Harga barang atau perkhidmatan menjadi murah dan pembekal-pembekal kreatif menawarkan pelbagai jenis barang yang sama kepada pembeli. Contohnya ialah GULA pelbagai jenama.
Harga barang atau perkhidmatan menjadi mahal dan kurang atau tiada pilihan bagi pembeli. Pembeli terpaksa membeli barang/perkhidmatan tersebut pada harga yang ditetapkan. Contohnya suatu masa dahulu MICROSOFT adalah monopoli di pasaran perkakasan dan perisian IT. Kini ia bersaing dengan APPLE.
Selepas belajar tajuk adab berjual beli, sebagai pengguna yang bijak dan berhemah, saya akan..
Mengutamakan membeli barang berkualiti tanpa membuat perbandingan harga terlebih dahulu.
Membuat senarai barang keperluan setiap kali sebelum membeli untuk mengelakkan pembaziran.
Membeli barang tanpa memeriksa tarikh luput dan tidak membaca kandungan yang dipamerkan untuk memastikan ia halalan thoyyiban.
