WorksheetsPrinsip Perakaunan-Tingkatan 4-Modul 1
Total questions: 30
Worksheet time: 3600secs
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Johan.
'Encik Johan merekodkan yuran tuisyen anaknya berjumlah RM150 ke dalam buku akaun perniagaan.'
Apakah konsep perakaunan yang gagal beliau patuhi?
Pengiktirafan hasil dan belanja
Tempoh perakaunan
Entiti berasingan
Wang sebagai ukuran
A
B
C
D
Pada tahun kewangan 2009, Kedai Buku Ali masih merekod komputer pejabat pada harga belian iaitu RM3 000 walaupun harga pasaran ialah RM1 800.
Apakah konsep perakaunan yang terlibat?
Ketekalan
Prinsip kos
Tempoh perakaunan
Wang sebagai ukuran
Rajah 1 menunjukkan Kitaran Perakaunan yang tidak lengkap.
Apakah Q?
Pelarasan
Imbangan Duga
Penyata Kewangan
Imbangan Duga Terselaras
Pernyataan manakah yang merupakan ciri sebuah milikan tunggal?
Liabiliti pemilik terhad
Modal disumbangkan oleh pemilik
Untung atau rugi dibahagi sama rata antara pemilik dan ahlinya
Dikenakan cukai atas pendapatan perniagaan
Apakah hasil operasi bagi sebuah kedai menjual perabot?
Faedah atas simpanan
Penerimaan wang sewa ruang niaga
Untung jualan alat pendingin hawa
Jualan set bilik tidur pengantin
Siapakah yang menjadi pengguna dalaman penyata kewangan?
Bank
Akaun Belum Bayar
Pengurusan
Pesaing perniagaan
Perniagaan Rizky telah merekodkan kadar bayaran RM1 900 dalam penyata kewangan perniagaan termasuk kadar bayaran yang belum dijelaskan sebanyak RM300.
Appakah konsep perakaunan yang dipatuhi?
Wang sebagai ukuran
Usaha berterusan
Prinsip kos
Pengiktirafan hasil dan belanja
Encik Zain seorang peniaga, telah merekodkan ambilan barang niaga yang telah digunakan oleh keluarganya sebagai ambilan.
Apakah prinsip perakaunan yang telah diamalkan oleh Encik Zain?
Ketekalan
Prinsip kos
Entiti berasingan
Usaha berterusan
Maklumat berikut merujuk kepada perniagaan Encik Basiron.
Encik Basiron menggunakan kaedah garis lurus untuk mengira susut nilai kenderaan bagi setiap tempoh perakaunan.
Apakah konsep yang diamalkan oleh perniagaan Encik Basiron?
Tempoh perakaunan
Ketekalan
Prinsip kos
Pengiktirafan hasil dan belanja
Pernyataan manakah menerangkan ciri yang betul bagi Klinik Dr. Shoaib dan Rakan-rakan?
Liabiliti tidak terhad
Bilangan minimum ahli 50 orang
Agihan keuntungan dalam bentuk dividen
Sumber modal daripada penjualan saham
Pernyataan di bawah berkaitan subbidang perakaunan.
Kerja-kerja pemeriksaan dokumen perniagaan dan rekod kewangan dilakukan untuk mengesahkan rekod perakaunan adalah betul dan tepat.
Apakah subbidang tersebut?
Percukaian
Pengauditan
Perakaunan Kewangan
Perakaunan Pengurusan
Antara yang berikut, yang manakah merupakan sebahagian daripada kitaran perakaunan yang betul?
Maklumat berikut menunjukkan ciri sebuah milikan perniagaan.
- Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956
- Liabiliti tidak terhad
Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?
Pramu Media Berhad
Salon Kecantikan Salina
Syarikat Bersama Sdn. Bhd.
Klinik Pergigian Amir dan Amira
Yang berikut merupakan badan-badan perakaunan di Malaysia, kecuali...
Badan Kawal Selia (Regulatory Body) - MIA
Badan Penggubal Piawaian (Standard Setting Body) - MASB
Badan Profesional
Mahkamah perindustrian
Antara yang berikut, manakah yang bukan tujuan penubuhan MASB (Malaysian Accounting Standard Board)?
Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan
Menentukan kod etika akauntan
Menetapkan taraf bagi kelayakan profesional
Menerbitkan, menyemak dan membaiki amalan standard dalam pelaporan kewangan
Tujuan Penyata Pendapatan disediakan adalah untuk...
mengetahui kedudukan kewangan perniagaan
menunjukkan jumlah aset dan liabiliti perniagaan
mengetahui untung atau rugi bersih
mengira ekuiti pemilik dan liabiliti perniagaan
Manakah ekuiti pemilik?
Inventori
Bank
Modal
Akaun belum terima
Tujuan Penyata Kedudukan Kewangan disediakan adalah untuk menentukan...
keuntungan atau kerugian perniagaan
kedudukan kewangan perniagaan
jumlah hasil dan belanja perniagaan
segala pelarasan yang perlu dilakukan pada tarikh imbangan
Kenderaan direkodkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan berasaskan kos belian pada tarikh belian walaupun harga semasa telah berubah.
Prinsip perakaunan yang terlibat ialah... .
prinsip kos
kos manfaat
ketekalan
usaha berterusan
Encik Lim menggunakan kaedah baki berkurangan untuk mengira susut nilai perabot bagi setiap tempoh perakaunan.
Apakah konsep yang diamalkan oleh perniagaan Encik Lim?
Ketekalan
Prinsip kos
Tempoh perakaunan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka masa pendek.
Andaian perakaunan tersebut merujuk kepada
wang sebagai ukuran.
entiti berasingan.
usaha berterusan.
tempoh perakaunan.
Perniagaan Thanesh telah merekodkan promosi RM500 dalam penyata kewangan termasuk promosi belum dijelaskan sebanyak RM80.
Apakah prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi?
Ketekalan
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Pengiktirafan hasil dan belanja
Encik Gan, seorang peniaga telah merekodkan perabot peribadi yang telah dibawa masuk ke dalam perniagaan sebagai modal tambahan.
Apakah andaian perakaunan yang diamalkan oleh Encik Gan?
Ketekalan
Prinsip kos
Usaha berterusan
Entiti berasingan
Maklumat di bawah ini menunjukkan ciri-ciri bagi sejenis perniagaan.
- Ahli menikmati dividen
- Bilangan ahli tiada had
- Liabiliti terhad
Perniagaan manakah yang berkaitan dengan maklumat tersebut?
Dayang Enterprise
Koperasi Maju Berhad
Restoran Lim dan Jim
Andy Lau Sendirian Berhad
Pernyataan di bawah ini adalah benar mengenai syarikat berhad, kecuali...
liabiliti pemilik terhad.
syarikat berhad diuruskan oleh pekongsi aktif.
tiada had maksimum bagi pemilik syarikat awam berhad.
syarikat awam berhad diuruskan oleh Lembaga Pengarah.
Maklumat yang berikut merupakan ciri sebuah perniagaan.
- Ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan
- Liabiliti tidak terhad
Perniagaan manakah yang menepati ciri-ciri di atas?
Max Media Berhad
Salon Kecantikan Zhi Lin
Syarikat VS Sdn Bhd
Kedai Dobi Xi dan Xy
Manakah ciri yang betul bagi Kedai Dobi Sharou dan Rakan-rakan?
Sumber modal daripada jualan syer
Keuntungan diagihkan dalam bentuk dividen
Pemiliknya merupakan pemegang syer
Liabiliti tidak terhad
Apakah yang dimaksudkan dengan 'liabiliti tidak terhad'?
Perniagaan mempunyai kapasiti hutang yang besar.
Perniagaan mendapat pembiayaan bank tanpa had.
Pemilik diberikan kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman daripada pihak ketiga.
Pemilik membayar hutang perniagaan dengan harta peribadi jika aset perniagaan tidak mencukupi.
