wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Nadwah Islamiah (Lower Form)

Total questions: 100

Worksheet time: 2hrs 40mins

Name
Class
Date
1.

Antara ciri-ciri orang yang bertakwa ialah …

a)

Berkasih sayang.

b)

Beriman kepada perkara ghaib.

c)

Mencintai haiwan.

d)

Menuntut ilmu.

2.

Bilakah Al-Quran diturunkan?

a)

15 Ramadhan

b)

16 Ramadhan

c)

17 Ramadhan

d)

18 Ramadhan

3.

Maksud taghut yang tepat ialah ….

a)

Kepercayaan yang menyesatkan manusia.

b)

Perbuatan memudharatkan manusia.

c)

Keluar daripada agama Islam.

d)

Melakukan perkara maksiat.

4.

Apakah maksud Allah bersifat Al-Qayyum?

a)

Tidak mengantuk.

b)

Yang hidup.

c)

Tidak tidur.

d)

Yang kekal.

5.

Makhraj huruf bermaksud …

a)

Tempat masuk huruf hijayyah.

b)

Tempat duduk huruf hijayyah.

c)

Tempat keluar huruf hijayyah.

d)

Tempat bunyi huruf hijayyah.

6.

Maksud الخيشوم ialah …

a)

Hidung.

b)

Pangkal hidung.

c)

Lidah.

d)

Pangkal lidah.

7.

Mengapakah iblis enggan sujud kepada Nabi Adam?

a)

Sombong.

b)

Takbur.

c)

Sombong dan takbur.

d)

Sombong dan dengki.

8.

Antara cara syaitan menyesatkan manusia ialah dengan menimbulkan rasa __________ dalam diri manusia.

a)

Was-was

b)

Dengki.

c)

Iri Hati.

d)

Riak.

9.

Berikut merupakan ciri-ciri makanan yang baik KECUALI …

a)

Mengikut keperluan.

b)

Bersih.

c)

Sedap.

d)

Seimbang.

10.

Keharusan pemilihan sesuatu makanan halal bergantung kepada aspek berikut KECUALI …

a)

Ramuan makanan dari pelbagai sumber termasuk syubhah.

b)

Penyediaan makanan menepati piawaian syariah.

c)

Cara memproses makanan mengikut syarak.

d)

Cara mendapatkan makanan.

11.

رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا

Keratan ayat di atas bermaksud …

a)

Wahai tuhan kami kami! Janganlah enkau memesongkan hati kami.

b)

Dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisimu.

c)

Sesudah engkau berikan petunjuk (hidayah) kepada kami.

d)

Sesungguhnya engkau jualah tuhan yang maha pemberi kurnia.

12.

Berikut adalah cara-cara memperoleh dan mengekalkan hidayah iaitu __________

I. Mensyukuri nikmat Allah SWT.

II. Menuntut ilmu dengan sambil lewa.

III. Kurang yakin kepada kebenaran akidah.

IV. Berdoa memohon pertolongan Allah SWT.

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

13.

Susun semula ayat hafazan di bawah dengan susunan yang betul.

a)

2 - 5 - 3 - 1 - 6 - 4

b)

3 - 5 - 6 - 1 - 4 - 2

c)

2 - 4 - 1 - 6 - 5 - 3

d)

4 - 6 - 1 - 3 - 5 - 2

14.

“Meyakini bahawa hanya Allah SWT yang layak disembah, dipatuhi, digeruni dan dicintai”. Pernyataan ini adalah maksud bagi _______________.

a)

Tauhid Asma wa Sifat

b)

Tauhid Rububiyyah

c)

Tauhid

d)

Tauhid Uluhiyyah

15.

Contoh kalimah yang mengandungi hukum ikhfa' Haqiqi ialah …

a)
b)
c)
d)
16.

Contoh kalimah yang mengandungi hukum Idgham Maal Ghunnah ialah …

a)
b)
c)
d)
17.

Pilih 3 syarat taubat :

a)

Ingat kepada Allah dengan rasa menyesal.

b)

Beristighfar memohon ampun.

c)

Menjadi hamba Allah yang suka bertaubat.

d)

Berhenti daripada melakukan dosa.

18.

Berikut merupakan tindakan selepas melakukan dosa KECUALI ...

a)

Menangguhkan dulu taubat sehingga betul-betul bersedia.

b)

Berhenti daripada melakukan dosa.

c)

Segera mengingati Allah dan memohon ampun.

d)

Berazam untuk tidak mengulanginya.

19.

Islam telah menetapkan peraturan tentang harta. Yang manakah SALAH tentang peraturan tersebut?

a)

Larangan mengambil dan menggunakan harta secara bathil.

b)

Laranagn membinasakan harta diri sendiri dan orang lain agar kepentingan manusia terjaga.

c)

Larangan menjual harta benda kepada orang lain.

20.

Pilih 3 larangan membinasakan diri dan orang lain.

a)

Melanggar hak Allah SWT.

b)

Membawa kemudaratan kepada diri dan mesyarakat.

c)

Mencetuskan pergaduhan dan permusuhan.

d)

Menggugat keharmonian hidup.

21.

Yang manakah maksud hadis dari segi bahasa?

a)

Nabi.

b)

Tulisan.

c)

Al-Quran.

d)

Kata-kata atau baharu.

22.

Apakah maksud sanad dari segi istilah?

a)

Teks hadis yang terdapat selepas berakhirnya sanad.

b)

Rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan hadis.

23.

Apakah maksud matan dari segi istilah?

a)

Teks hadis yang terdapat selepas berakhirnya sanad.

b)

Rangkaian perawi yang menyampaikan sesuatu matan hadis.

24.

Malik (R.A) berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : “Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.” [HR : Al-Bukhari].


Berdasarkan Hadis ini, aspek hadis adalah bersandarkan kepada __________ Rasululah.

a)

Percakapan.

b)

Perbuatan.

c)

Pengakuan.

d)

Sifat.

25.

Berikut merupakan peranan hadis KECUALI …

a)

Menguatkan hukum yang terdapat dalam Al-Quran.

b)

Menolak dalil-dalil Al-Quran.

c)

Memperinci isi kandungan Al-Quran.

d)

Menjelaskan hukum yang tiada dalam Al-Quran.

26.

Melakukan amalan untuk dilihat dan dipuji oleh orang lain membawa maksud …

a)

Riak.

b)

U’jub.

c)

Sum’ah.

d)

Kinayah.

27.

Mengharap ganjaran pahala daripada Allah di hari akhirat merujuk kepada __________ .

a)

Kinayah orang ikhlas.

b)

Kepentingan ikhlas.

c)

Ciri orang yang ikhlas.

d)

Semua di atas.

28.

Tiga sifat berlawanan dengan sifat ikhlas ialah …

a)

Riak, firash, aini.

b)

Riak, zihar, kinayah.

c)

Riak, kusfil dan a’jab.

d)

Riak, sum’ah, u’jub.

29.

Bangga dengan amalan dan kelebihan yang ada pada diri sendiri merujuk kepada …

a)

Riak.

b)

U’jub.

c)

Sum’ah.

d)

Kinayah.

30.

Apakah maksud ikhlas dari segi istilah?

a)

Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT tanpa menyekutukan-Nya dengan yang lain.

b)

Semua amalan baik yang dilakukan semata-mata kerana Allah.

c)

Semua amalan zahir dan batin yang dilakukan semata-mata mengharapkan pujian manusia.

d)

Semua amalan baik yang dilakukan untuk mendapat perhatian orang lain.

31.

Apakah maksud kemungkaran dari segi istilah ?

a)

Perbuatan atau perkataan yang dianggap buruk oleh aqal yang sihat.

b)

Perbuatan atau perkataan yang disuruh oleh syara' atau yang mengikut perintah Allah.

c)

Perbuatan atau perkataan yang ditegah oleh syara' atau yang melanggar perintah Allah.

d)

Perbuatan atau perkataan yang dianggap baik oleh aqal yang sihat.

32.

Pilih potongan hadis yang bermaksud : “Sekiranya tidak mampu, maka hendaklah dia mengubah dengan hatinya".

a)

وذلك اضعف الايمان

b)

فاءن لم يستطع فبلسانه

c)

فاءن لم يستطع فبقلبه

d)

من رأى منكم منكرا

33.

Semua umat Islam perlu menghalang sesuatu kemungkaran mengikut __________ masing-masing.

a)

Hukum

b)

Kemahuan

c)

Peraturan

d)

Kemampuan

34.

Apakah hukum mencegah kemungkaran?

a)

Harus

b)

Makhruh

c)

Fardhu Kifayah

d)

Wajib

35.

Pilih jawapan yang tepat tentang hikmah mencegah kemungkaran.

a)

Membenci kemungkaran dalam hati dan berusaha untuk menjauhinya.

b)

Mencegah kemungkaran dengan penuh hikmah.

c)

Membersihkan hati dengan berzikir kepada Allah.

d)

Mewujudkan masyarakat harmoni kerana bersikap perihatin.

36.

Halal bermaksud sesuatu yang __________ oleh syarak.

a)

Dibenarkan.

b)

Diyakini.

c)

Dilarang.

d)

Disarankan.

37.

Haram bermaksud sesuatu yang __________ oleh syarak.

a)

Dibenarkan.

b)

Diyakini.

c)

Dilarang.

d)

Disarankan.

38.

Syubhah bermaksud sesuatu yang tidak _____________ halal atau haram

a)

Dibenarkan.

b)

Diyakini.

c)

Dilarang.

d)

Disarankan.

39.

Berikut adalah ciri-ciri hati yang rosak, KECUALI …

a)

Berkeluh kesah.

b)

Sentiasa berusaha memahami kesusahan.

c)

Kufur dan ingkar perintah Allah

d)

Sentiasa tertarik dengan nafsu keduniaan.

40.

Jika sesuatu makanan tersebut tidak mempunyai logo halal, apakah tindakan yang anda perlu lakukan sebagai seorang pelajar?

a)

Mencipta aplikasi yang sesuai.

b)

Menyemak ramuan yang terdapat pada makanan.

c)

Menghukum syarikat berkenaan.

d)

Menyekat syarikat tersebut dari beroperasi.

41.

Islam agama __________ merujuk kepada agama yang bukan sahaja mementingkan kesejahteraan jasmani, malah menjamin kesejahteraan rohani untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.

a)

Syumuliyyah

b)

Waqi’yyah

c)

Alamiyyah

d)

Ukhrawiyyah

42.

Antara berikut yang manakah pernyataan yang BENAR mengenai Islam agama fitrah?

a)

Agama Islam sesuai dengan naluri fitrah manusia untuk beragama.

b)

Setiap bayi dilahirkan tidak mengakui kebenaran tauhid.

c)

Bayi yang dilahirkan berada dalam keadaan kafir.

d)

Setiap manusia mempunyai pilihan untuk menyembah kepada mana-mana tuhan.

43.

Antara berikut yang manakah maksud Rabbaniyyah yang tepat?

a)

Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT iaitu al-Quran.

b)

Agama yang bersumberkan hadis Nabi SAW.

c)

Agama yang bersumberkan wahyu Allah SWT iaitu al-Quran dan hadis.

d)

Agama yang bersumberkan akal fikiran dan logik.

44.

Apakah maksud akidah dari segi bahasa?

a)

Simpulan.

b)

Keyakinan

c)

Ikutan.

d)

Pegangan.

45.

Berikut merupakan pernyataan yang menerangkan akidah yang benar, KECUALI …

a)

Mengamalkan kepercayaan berlandaskan al-Quran dan Hadis.

b)

Percaya terhadap kewujudan, keesaan dan kekuasaan Allah SWT.

c)

Tidak mensyirikan Allah SWT dengan sesuatu yang lain.

d)

Menafikan keesaan dan kekuasaan Allah SWT.

46.

Antara yang berikut yang manakah BUKAN kepentingan akidah dalam kehidupan?

a)

Pintu kebahagiaan dunia dan akhirat.

b)

Syarat amalan diterima Allah SWT.

c)

Tunjang kekuatan umat Islam

d)

Menjadi umat yang kaya.

47.

Maksud iman dari sudut bahasa ialah __________.

a)

Membetulkan.

b)

Menguatkan.

c)

Membenarkan.

d)

Melaksanakan.

48.

Berikut sikap orang yang mempunyai kecintaan yang mutlak kepada Allah SWT, KECUALI …

a)

Menerima ketentuan Allah SWT dengan sepenuh hati.

b)

Patuh kepada segala perintah Allah SWT.

c)

Bertawakal kepada Allah SWT dalam setiap usaha yang dilakukan

d)

Sanggup berkorban harta dan nyawa untuk mempertahankan agama Allah SWT.

49.

Bukti kehebatan Allah SWT bersifat al-Khaliq ialah …

a)

Manusia mampu mencipta sesuatu berpandukan ayat-ayat al-Quran.

b)

Manusia tidak mampu mencipta sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah.

c)

Manusia mampu mencipta sesuatu dengan teknologi moden.

d)

Manusia mampu mencipta sesuatu yang dapat menandingi ciptaan Allah.

50.

Allah Maha Membentuk rupa makhluk mengikut kehendak-Nya tanpa berpandukan contoh sebelumnya. Pernyataan ini merupakan maksud …

a)

Al-Khaliq.

b)

Al-Razzaq.

c)

Al-Muntaqim.

d)

Al-Musawwir.

51.

Maksud Al-Qadir menurut bahasa ialah …

a)

Yang Menentukan.

b)

Yang Kuat.

c)

Yang Gagah.

d)

Yang Menguasai.

52.

Maksud Al-Qawiyyu menurut bahasa ialah …

a)

Yang Menentukan.

b)

Yang Kuat.

c)

Yang Gagah.

d)

Yang Menguasai.

53.

Manakah antara berikut BUKAN bukti Allah SWT bersifat Al-Qadir?

a)

Allah berkuasa mencipta langit dan bumi.

b)

Allah berkuasa mengurniakan mukjizat kepada Rasul.

c)

Allah memerlukan bantuan makhluk.

d)

Allah berkuasa menukar siang dan malam.

54.

Berikut merupakan pernyataan berkaitan sifat Al-Qawiyyu Allah SWT KECUALI …

a)

Allah berkuasa memberi rezeki kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya.

b)

Allah berkuasa mengazab sesiapa yang melakukan dosa.

c)

Allah berkuasa menyeksa orang yang ingkar di akhirat.

d)

Allah tidak memberi rezeki kepada sesiapa yang ingkar perintah-Nya.

55.

Pilih jawapan yang betul mengenai sifat malaikat.


I. Tidak makan dan minum.

II. Bernafsu untuk berkahwin.

III. Mendapat pahala dan dosa.

IV. Sentiasa taat perintah Allah.

a)

I dan II.

b)

II dan III.

c)

III dan IV.

d)

I dan IV.

56.

Tugas Malaikat Malik ialah …

a)

Menjaga pintu neraka.

b)

Menjaga pintu syurga.

c)

Mencatat amalan baik manusia.

d)

Meniup sangkakala.

57.

Berikut adalah tugas umum para malaikat KECUALI …

a)

Sentiasa bertasbih kepada Allah.

b)

Membantu manusia melakukan ibadat.

c)

Membisikkan kebaikan ke dalam hati manusia.

d)

Menanggung arasy.

58.

Kitab Zabur diturunkan kepada diturunkan kepada __________.

a)

Nabi Isa AS.

b)

Nabi Daud AS.

c)

Nabi Muhammad SAW

d)

Nabi Musa AS.

59.

Bilangan suhuf yang diturunkan kepada Nabi Syith ialah …

a)

50.

b)

30.

c)

20.

d)

10.

60.

Susun proses kejadian manusia menurut Al-Quran.


I. ‘Izom.

II. Mudghah.

III. Alaqah.

IV. Nutfah.

a)

I, II, III dan IV.

b)

II, III, IV dan I.

c)

III, IV, I dan II.

d)

IV, III, II dan I.

61.

Azrul membasuh anggota wudhuk melebihi daripada tiga kali. Hukumnya adalah __________.

a)

Wajib.

b)

Sunat.

c)

Makruh.

d)

Harus.

62.

Air yang disimpan dalam bekas logam yang terdedah kepada cahaya matahari kecuali bekas emas dan perak merujuk kepada air __________.

a)

Mutlak.

b)

Mustakmal.

c)

Musyammas.

d)

Mutanajjis.

63.

Antara berikut yang manakah bahan yang tidak boleh digunakan untuk beristinjak?

a)

Daun.

b)

Roti.

c)

Kertas.

d)

Tisu.

64.

Maksud najis ialah __________.

a)

Benda yang merbahaya.

b)

Benda yang kotor.

c)

Benda yang berbau busuk.

d)

Benda yang haram.

65.

Menyuci najis tersebut mesti menggunakan air mutlak dan air tanah. Hal ini merujuk kepada cara menyucikan najis __________.

a)

Mukhaffafah.

b)

Mutawassitah.

c)

Mughallazah.

d)

Lembu.

66.

Maksud __________ ialah menghilangkan najis yang keluar dari qubul dan dubur.

a)

Bersuci.

b)

Istinjak.

c)

Mandi.

d)

Samak.

67.

Berikut adalah syarat-syarat beristinjak dengan benda-benda kesat, KECUALI …

a)

Najis tidak meleleh ke tempat lain.

b)

Najis belum kering.

c)

Ada najis lain yang melekat di tempat keluar najis.

d)

Alat mesti suci.

68.

Membasuh anggota tertentu beserta niat merupakan maksud __________ dari segi istilah.

a)

Wudhuk.

b)

Bersuci.

c)

Istinjak.

d)

Mandi wajib.

69.

Amira mengambil wudhuk ketika mandi wajib. Hukum perbuatan Amira ialah __________.

a)

Wajib.

b)

Harus.

c)

Sunat.

d)

Makhruh.

70.

Islam, baligh, berakal dan suci daripada hadas merujuk kepada __________.

a)

Rukun solat.

b)

Syarat wajib solat.

c)

Syarat sah solat.

d)

Hikmah solat.

71.

Apakah hukum solat berjemaah bagi komuniti masyarakat?

a)

Sunat muakkad.

b)

Fadhu ain.

c)

Fadhu kifayah.

d)

Wajib.

72.

Berikut adalah ciri keutamaan orang yang dipilih sebagai imam KECUALI …

a)

Dilantik oleh pemerintah.

b)

Lebih sihat tubuh badannya.

c)

Lebih baik akhlaknya.

d)

Tuan rumah.

73.

Didirikan dalam waktu Zohor dan bilangan jemaah 40 orang. Pernyataan ini merujuk kepada …

a)

Rukun solat Jumaat.

b)

Adab solat Jumaat.

c)

Syarat wajib solat Jumaat.

d)

Syarat sah solat Jumaat.

74.

Pilih jawapan yang betul mengenai peraka sunat khutbah Jumaat.


I. Khatib berkhutbah di atas mimbar.

II. Memegang tongkat dengan tangan kiri.

III. Memendekkan kedua-dua khutbah.

IV. Rukun khutbah dalam Bahasa Arab.

a)

I, II dan III.

b)

II, III dan IV.

c)

I, III dan IV.

d)

I, II dan IV.

75.

Apakah alat yang digunakan untuk bertayamum?

a)

Air.

b)

Debu tanah.

c)

Debu pasir.

d)

Tanah liat.

76.

Pilih jawapan yang betul mengenai perkara sunat tayamum.


I. Memulakan dengan basmallah.

II. Menentukan arah kiblat.

III. Menggunakan debu yang banyak.

IV. Mendahulukan bahagian atas muka.

a)

I dan II.

b)

II dan III.

c)

III dan IV.

d)

I dan IV.

77.

Pilih pernyataan yang betul mengenai solat jamak takdim.

a)

Menunaikan solat Zohor dan Asar dalam waktu Zohor.

b)

Menunaikan solat Zohor dan Asar dalam waktu Asar.

c)

Menunaikan solat Maghrib dan Asar dalam waktu Maghrib.

d)

Menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak.

78.

Bagaimanakah cara rukuk solat secara mengiring?

a)

Sujud seperti biasa.

b)

Menundukkan sedikit kepala.

c)

Memejamkan mata.

d)

Menundukkan kepada hingga paras pinggang.

79.

Hukum berpuasa pada hari Tasyrik ialah …

a)

Wajib

b)

Haram.

c)

Makhruh

d)

Harus.

80.

Berikut merupakan hikmah melakukan solat sunat Rawatib KECUALI …

a)

Dapat menyempurnakan ibadat wajib.

b)

Dapat mengisi masa lapang.

c)

Menambah khusyuk ketika solat fardhu.

d)

Menambah kesihatan badan melalui pergerakan otot.

81.

Bilakah berlaku peristiwa hijrah ke Madinah?

a)

11 tahun selepas kerasulan Baginda SAW.

b)

12 tahun selepas kewafatan Baginda SAW.

c)

13 tahun sebelum kewafatan Baginda SAW.

d)

13 tahun selepas kerasulan Baginda SAW.

82.

Masjid pertama yang dibina oleh Nabi Muhammad SAW adalah di __________.

a)

Mekah.

b)

Madinah.

c)

Quba’.

d)

Hudaibiyah.

83.

Agama samawi yang diubahsuai daripada ajaran Nabi Musa AS mengikut keinginan para penganutnya. Mereka datang dari Palestin ke negara Arab. Pernyataan ini merujuk kepada __________.

a)

Agama Hanif.

b)

Agama Nasrani.

c)

Agama Yahudi.

d)

Agama Penyembah Berhala.

84.

Nama sebenarnya Abdullah bin Usman. Beliau digelar Atiq. Beliau ialah ___________.

a)

Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

b)

Saidina Umar al-Khattab.

c)

Saidina Uthman.

d)

Saidina Ali.

85.

Digelar Zu Nurain kerana berkahwin dengan dua puteri Rasulullah SAW. Khalifah tersebut ialah __________.

a)

Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

b)

Saidina Umar al-Khattab.

c)

Saidina Uthman.

d)

Saidina Ali.

86.

Dakwah secara sulit bermula apabila turunnya wahyu dalam surah ….

a)

Al-Syu’ara’ (Ayat : 214)

b)

Al-Hijr (Ayat : 94)

c)

Al-Fajr (Ayat : 1-5)

d)

Al-Mudatsir (Ayat 1-5)

87.

Sahabat yang menemai Rasullullah ketika berhijrah ialah …

a)

Saidina Abu Bakar as-Siddiq.

b)

Saidina Umar al-Khattab.

c)

Saidina Uthman.

d)

Saidina Ali.

88.

Pilih pernyataan yang betul mengenai asas pembinaan negara Islam pimpinan Rasulullah SAW.


I. Menghapuskan golongan Musyrikin.

II. Membina masjid.

III. Mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar.

IV. Munggubal Piagam Madinah.

a)

I, II dan III.

b)

II, III dan IV.

c)

I, III dan IV.

d)

I dan IV.

89.

Siapakah Saidatina Aisyah?

a)

Isteri Rasulullah.

b)

Anak Saidina Umar Al-Khattab.

c)

Isteri Saidina Ali bin Abi Talib.

d)

Anak Saidatina Khadijah binti Khuwailid.

90.

Apakah maksud gelaran ‘Ummu Abiha’ yang diberikan kepada Saidatina Fatimah?

a)

Ibu kepada suaminya.

b)

Ibu kepada ayahnya.

c)

Anak kepada ayahnya.

d)

Anak kepada ibunya.

91.

Berikut adalah akhlak mahmudah kepada Allah SWT KECUALI …

a)

Syukur.

b)

Solat.

c)

Zikir.

d)

Tawakal.

92.

Antara berikut yang manakah BUKAN tujuan memelihara akhlak?

a)

Mendapat kasih sayang Allah.

b)

Sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

c)

Mewujudkan kehidupan yang harmoni.

d)

Hubungan baik sesama manusia sukar diwujudkan.

93.

Antara berikut yang manakah BUKAN implikasi tidak amanah terhadap diri?

a)

Menjejaskan iman.

b)

Tidak diredhai Allah.

c)

Hilang kepercayaan orang ramai.

d)

Mudah melaksanakan ajaran agama.

94.

Pernyataan berikut menerangkan akibat tidak beradab ketika menuntut ilmu KECUALI …

a)

Dicontohi oleh murid yang lain.

b)

Susah mengingati ajaran guru.

c)

Mudah terpengaruh dengan perkara negatif.

d)

Dipandang hina oleh rakan.

95.

Tidak mendapat pernghormatan diri merujuk kepada __________.

a)

Kesan menjaga maruah diri.

b)

Akibat tidak menjaga maruah.

c)

Kelebihan menjaga maruah.

d)

Cara menjaga maruah diri.

96.

Malu menurut bahasa ialah …

a)

Cinta, kasih dan sayang.

b)

Kecenderungan diri.

c)

Kembali kepada perasaan fitrah.

d)

Kembali kepada jalan yang benar.

97.

Berikut adalah cara menyubur sifat kasih sayang KECUALI …

a)

Saling membantu ke arah kebaikan.

b)

Tawaduk dan merendah diri.

c)

Menjaga tutur kata dan penampilan.

d)

Membuka aib orang lain.

98.

Hukum berbuat baik kepada ibu dan bapa ialah …

a)

Wajib.

b)

Sunat.

c)

Harus.

d)

Sunat muakkad.

99.

Pilih hak sebagai jiran Muslim dan kaum kerabat.


I. Hak sebagai Muslim.

II. Hak sebagai teman.

III. Hak sebagai kerabat.

IV. Hak sebagai jiran.

a)

I, II dan IV.

b)

II, III dan IV.

c)

I, III dan IV.

d)

I dan IV.

100.

Maksud masjid menurut bahasa ialah ….

a)

Tempat solat.

b)

Tempat solat berjemaah.

c)

Tempat sujud.

d)

Tempat beribadat.