wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

JENDELA MENGHADAP JALAN

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Siapakah Geetha?

a)

Kenalan Lili di dalam bas sewaktu pulang ke Terengganu

b)

Seorang yang pandai Memasak Dan Masakannya Sering Dipuji Oleh Danel.

c)

Seorang yang rajin Membaca Kitab

d)

Anak William

2.

Watak utama yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah...

a)

Geetha

b)

Danel

c)

Lili

d)

Datuk

3.

Siapakah watak yang kurang yakin dengan ubat tradisional yang disediakan oleh datuk?

a)

Haji Abdul Rahman

b)

Hajah Aisyan Tan Abdullah

c)

Abang Rashid

d)

Anak William

4.

- Anak remaja berumur belasan tahun

- Menduduki PMR

- Anak Che Jah yang sering menimbulkan masalah

- Memulas tangan lalu menculik Lili

- Menggunakan senjata tajam dan mengacukannya di leher Lili

- Berubah sikap menjadi lebih baik

Siapakah watak yang dimaksudkan?

a)

Rafiq dan Haziq

b)

Danel

c)

Lili

d)

Gethaa

5.

Siapakah yang menjelaskan isu tentang pembinaan Kubah Surau?

a)

Lili

b)

Geetha

c)

Hajah Aisyan

d)

Danel

6.

Danel bertanggungjawab untuk membangunkan kampung kerana Danel merupakan penduduk tetap kampung, dan dia perlu memperjuangkannya. Latar yang terdapat pada petikan tersebut ialah..

a)

Masyarakat yang prihatin

b)

Masyarakat yang suka mengambil tahu hal orang lain

c)

Masyarakat yang suka menyelesaikan masalah

d)

Masyarakat yang memahami

7.

Penduduk kampung menuduh Haziq dan Rafiq yang mencuri kubah surau memandangkan kisah silam mereka yang memang nakal. Latar yang terdapat dalam petikan ialah..

a)

Latar Tempat

b)

Latar Masa

c)

Latar masyarakat yang memandang serong terhadap orang lain

d)

Latar Masyarakat

8.

Nenek memberitahu Lili bahawa orang Kampung suka bermuka-Muka. Mereka juga suka mengumpat walaupun melalui jendela. Masyarakat yang digambarkan ialah masyarakat yang..?

a)

Masyarakat yang hidup berjiran

b)

Masyarakat yang saling memahami

c)

Masyarakat yang tinggal di kampung

d)

Suka mengambil tahu hal keluarga orang lain

9.

Latar tempat yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah..

a)

Pekan Sentosa, Masjid dan Bendang

b)

Kedai Runcit Letchumi, Kedai Runcit Ah Kwan dan Kedai Runcit Lili

c)

Balai Raya, Pekan Saratok dan Dungun

d)

Daerah asal ibu Lili, Pekan Sejahtera dan Masjid Aman Jaya

10.

Lili melihat melalui jendela sebuah lori membawa kubah di puncaknya terdapat bulan sabit. Latar masa yang terdapat dalam petikan ialah..

a)

Waktu Pagi

b)

Waktu Tengah Hari

c)

Menjelang Waktu Isyak

d)

Pukul 7 pagi

11.

Lili meminta izin nenek untuk berada di luar bagi melihat kubah surau atau bertemu Che Jah. Peristiwa ini berlaku pada waktu..

a)

Tengah Hari

b)

Magrib

c)

Petang

d)

Pagi

12.

Pernyataan yang manakah menunjukkan sikap masyarakat yang prihatin?

a)

Menjelang Waktu Isyak, Lili Melihat Melalui Jendela Sebuah Lori Membawa Kubah Di Puncaknya Terdapat Bulan Sabit.

b)

Danel menyelamatkan Lili Sewaktu Diculik, Membawanya Ke Pean Dan Banyak Perkara Mereka Bersependapat Dengan Lili.

c)

Penduduk kampung menuduh Sugi merayu penduduk kampung menjual tanah sedangkan Sugi mencadangkan supaya tanah-tanah dimajukan dengan penanaman agripolitan

d)

Penduduk kampung menyangka bahawa datuk yang mencadangkan penjualan tanah orang kampung kepada pemaju perumahan.

13.

Datuk tetap menganggap perubatan secara tradisional yang diusahakannya selama ini dapat memberikan bantuan perubatan alternatif kepada pesakit yang datang menemuinya. Nilai yang terdapat dalam petikan ialah..

a)

Nilai Tanggungjawab

b)

Nilai Prihatin

c)

Nilai Jati Diri

d)

Nilai kasih sayang

14.

Pernyataan manakah yang menggambarkan mengenai nilai baik hati?

a)

Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu. Usahanya itu Berjaya sebagai cara memberikan alternatif kepada menyembuhkan penyakit selain berubat secara perubatan moden.

b)

Sebagai ketua keluarga, sikap Seman yang tidak menyayangi ahli keluarga amat mengecewakan. Keluarga yang penuh dengan kasih sayang akan menghasilkan keluarga yang bahagia.

c)

Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.

d)

Lili Menjenguk Che Jah Untuk Mendapatkan Maklumat Lanjut Tentang Latar Belakang Haziq Dan Rafik.

15.

Pernyataan manakah yang menunjukkan adanya nilai kasih sayang?

a)

Penduduk kampong bergotong-royong membantu menyelesaikan masalah kubah surau.

b)

Datuk menggunakan kepakarannya untuk membantu orang lain dengan memberikan herba dan akar-akar kayu.

c)

Nenek dan datuk melayan baik Lili walaupun dahulu ibu Lili tidak mendengar nasihat datuk dan neneknya.

d)

Penduduk kampong prihatin terhadap masalah yang berlaku dalam kampong mereka

16.

Nyatakan pengajaran yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan

a)

Kita perlulah bersikap setia terhadap pasangan kita.

b)

Kita haruslah sentiasa peka terhadap masalah orang lain

c)

Kita digalakkan untuk sentiasa berusaha bersungguh-sungguh

d)

Kita hendaklah prihatin terhadap masalah yang berlaku di sekeling kita supaya masalah tersebut diatasi dan keadaan menjadi seperti sedia kala.

17.

Lili berbincang dengan Kak Hamimah supaya membantu Che Jah menyelesaikan masalah keganasan rumah tangga yang dialaminya sewaktu Kak Hamimah datang berubat dengan datuk. Teknik penulisan yang terdapat dalam petikan ialah..

a)

Monolog

b)

Imbas kembali

c)

Saspens

d)

Dialog

18.

Nyatakan contoh teknik penulisan saspens?

a)

Datuk bermonolog tentang perubatan tradisional yang sekian lama dipeloporinya di kampung itu.

b)

Pembaca tertanya-tanya tentang orang yang melarikan kubah surau. Semuanya menyangkakan bahawa kubah surau dilarikan oleh Haziq dan Rafiq sebagaimana penduduk kampung beranggapan yang sama.

c)

Dialog antara Lili dan datuk tentang ilmu-ilmu agama sebagai menguji pengetahuan Lili terhadap ilmu-ilmu agama.

d)

Penulis menceritakan keadaan kampung tempat tinggal nenek dan datuk Lili.

19.

Lili pulang ke kampung datuknya di Dungun, Terengganu dengan menaiki bas. Walaupun dia tidak gembira dengan percutiannya pada kali ini, namun dia ikutkan sahaja kehendak ibunya supaya ibunya tidak berasa kecil hati. Jelaskan plot yang terdapat dalam petikan.

a)

Perkembangan

b)

Penutup

c)

Permulaan

d)

Konflik

20.

Jelaskan contoh konflik terhadap diri sendiri?

a)

Che Jah berasa sangat kecewa dengan sikap suaminya Seman yang melakukan keganasan dengan memukul anak-anaknya Haziq dan Rafiq sehingga cedera. Oleh sebab tidak tahan dengan tindakan suaminya yang sering mengecewakan itu Che Jah minta diceraikan.

b)

Lili berkonflik terhadap permintaan ibunya supaya dia tinggal di kampung setelah tamat persekolahannya

c)

Datuk berasa terkesan apabila nenek selalu menyindir akan sikapnya yang lebih mengutamakan perubatan tradisional berbanding perubatan moden.

d)

Datuk berhasrat untuk tidak lagi mencari akar-akar kayu akibat sindiran nenek namun minatnya tetap dengan perubatan tradisional menyebabkan datuk keliru.

21.

Lili menyediakan minuman kepada tetamu-tetamu yang datang iaitu Pak Sahak, Imam Sanusi, Kiai Baharom dan seorang anak muda untuk membincangkan tentang binaan masjid baharu.


Nilai yang terdapat dalam petikan ialah... .

a)

Nilai Rasional

b)

Nilai Kasih sayang

c)

Nilai Kerajinan

d)

Nilai Ketabahan

22.

Pernyataan yang manakah menunjukkan pengajaran kita hendaklah mengamalkan gaya hidup sihat?

a)

Tok ketua gagal meyakinkan penduduk kampung tentang manfaat binaan masjid baharu.

b)

Lili tidak mudah menerima ajakan Danel yang baharu dikenalinya supaya menemankannya pergi ke kebun.

c)

Ketika Danel memakan dua biji burger, Lili hanya meminum jus epal yang dikatakan dapat membuang toksik di dalam badan.

d)

Penduduk kampung tidak bersatu hati walaupun mereka melakukan musyawarah untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

23.

Siapakah penulis Novel Jendela Menghadap Jalan?

a)

Juri Durabi

b)

Ruhaini Matdarin

c)

Zaid Akhtar

d)

Ghazali Ngah Azia

24.

Lili berkenalan dengan seorang gadis India bernama Geetha ketika menaiki bas dari Kuala Lumpur ke Dungun. Nyatakan bahagian binaan plot tersebut.

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Perumitan

d)

Klimaks

e)

Peleraian

25.

Che Jah menceritakan kejadian malangnya secara panjang lebar kepada Kak Mimah dan Nadia. Dia bersetuju jika suaminya dibawa ke muka pengadilan. Nyatakan binaan plot bagi petikan di atas.

a)

Permulaan

b)

Perkembangan

c)

Perumitan

d)

Klimaks

e)

Peleraian

26.

Peristiwa Rafiq yang secara tiba-tiba menculik Lili dan menjadikannya sebagai orang tahanan. Pembaca tertanya-tanya akan nasib Lili sepanjang dia menjadi orang tahanan kepada Rafiq dan Haziq. Nyatakan teknik plot petikan tersebut.

a)

Saspens

b)

Kejutan

c)

Klimaks

d)

Pemerian

27.
Watak Danel seorang yang
a)
suka membantu orang lain
b)
suka membantah cadangan orang lain
c)
suka menunjukkan kehebatan diri
d)
tidak suka bergaul dengan orang lain
28.

Persoalan yang terdapat dalam novel Jendela Menghadap Jalan ialah... .

a)

Persoalan objektif Program Latihan Khidmat Negara

b)

Persoalan peranan agensi kerajaan dalam membantu pengusaha kecil

c)

Persoalan khasiat tumbuhan herba, sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan

d)

Persoalan perusahaan ternakan ayam

29.

Golongan tua termasuk datuk masih percaya kepada larangan supaya tiada perubahan dilakukan di kampung itu dalam tempoh seratus tahun.


Latar masyarakat yang digambarkan ialah...

a)

Masyarakat yang mengamalkan perubatan tradisional

b)

Masyarakat yang cenderung untuk menghukum

c)

Masyarakat yang mementingkan diri sendiri

d)

Masyarakat yang percaya kepada perkara karut

30.

Berikut merupakan keistimewaan watak utama kecuali

a)

seorang yang penyayang

b)

seorang yang gigih menuntut ilmu

c)

seorang yang pemalu

d)

seorang yang pemaaf