WorksheetsSEJARAH BAB 5T4
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
JAWATANKUASA KERJA
Wakil Raja-raja Melayu Wakil UMNO Pegawai Tinggi British
Apakah matlamat penubuhan jawatankuasa di atas?
Membincangkan isu penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union
Membincangkan perubahan terhadap pelaksanaan Malayan Union
membincangkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Membincangkan masa depan Raja-raja Melayu dan orang Melayu
Apakah peranan Pegawai Tinggi British dalam Jawatankuasa Kerja?
Berperanan sebagai pemerhati dan Penasihat Undang-undang dalam Jawatankuasa Kerja
Berperanan merangka perlembagaan baru menggantikan Malayan Union
Berperanan sebagai penasihat kepada Raja-raja Melayu
Berperanan sebagai perantara bagi orang Melayu dan kerajaan British
Jawatankuasa Kerja telah mengemukakan beberapa cadangan. Antara berikut, yang manakah cadangan Jawatankuasa Kerja ini?
I Kewarganegaraan Tanah Melayu hanya untuk orang Melayu sahaja.
II Penyatuan beberapa negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat
III Kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu dipulihkan
Kedudukan istimewa orang Melayu diiktiraf
Golongan nasionalis Melayu radikal
Golongan nasionalis Melayu radikal telah memperjuangkan kemerdekaan sejak tahun 1930-an lagi. Selain daripada pembebasan tanah air daripada dibelenggu penjajah, apakah yang diperjuangkan oleh golongan ini?
I Kedudukan istimewa orang Melayu
II Kedaulatan Raja-raja Melayu
III Hak semua kaum dalam negara
IV Pembelaan terhadap ketidakadilan
Antara berikut, yang manakah alasan nasionalis Melayu radikal menentang penubuhan Jawatankuasa Kerja?
I British hanya berbincang dengan UMNO
II Jawatankuasa ini tidak melibatkan kaum bukan Melayu
III Jawatankuasa ini didominasi oleh pegawai tinggi British
IV Golongan nasionalis Melayu radikal tidak dijemput bersama
Golongan bukan Melayu turut menentang Jawatankuasa Kerja ini. Mengapakah golongan bukan Melayu menentang jawatankuasa ini?
I Jawatankuasa ini tidak melibatkan kaum bukan Melayu
II Jawatankuasa berkuasa penuh menentukan masa depan Tanah Melayu
III Bimbang hak dan kedudukan bukan Melayu akan ditarik balik
IV British dituduh tunduk kepada tuntutan UMNO
Gabungan PUTERA-AMCJA telah menyediakan draf Perlembagaan Rakyat dan menyerahkan kepada kerjaan British tetapi ditolak. Apakah reaksi PUTERA-AMCJA?
Menganjurkan hartal sebagai tanda penentangan
Melancarkan demonstrasi secara aman
Mendesak kesatuan sekerja melancarkan mogok
Menganjurkan ceramah dan kempen menentang British
Apakah tugas Jawatankuasa Kerja?
A. Membincang asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948
B.Membincang asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
C. Untuk mengemukakan cadangan draf Perlembagaan Rakyat.
D.Menetapkan anggota yang terlibat dalam merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948
Nyatakan pihak yang terlibat dalam Jawatankuasa Kerja.
I Wakil UMNO
II Wakil Bukan Melayu
III Wakil PKMM
IV Wakil Raja-raja Melayu
A. I dan II
B. I dan IV
C.II dan III
D. III dan IV
Berikut adalah cadangan Jawatankuasa kerja
I Memulihkan kedudukan dan kedaulatan Raja-raja Melayu
II Menjaga kepentingan orang Melayu sahaja
III Menubuhkan Dewan Perundangan negeri bagi Negeri-
negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-negeri Selat.
IV Mengenakan syarat kewarganegaraan yang ketat.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
Gerakan nasionalis Melayu radikal telah menubuhkan PUTERA( Pusat Tenaga Rakyat).
Mengapa PUTERA ditubuhkan?
A. Menentang British
B. Menentang pengenalan Malayan Union.
C. Menentang British yang menjalankan perundingan secara tertutup dengan UMNO.
D. Menentang UMNO
Golongan Bukan Melayu telah menubuhkan All Malaya Council of Joint Action (AMCJA)Kenapakah AMCJA menolak perjanjian Persekutuan?
A. Hanya kepentingan orang Melayu sahaja dijaga
B. Syarat kewarganegaraan menjadi terlalu ketat.
C. Jawatankuasa Kerja tidak mempunyai wakil Bukan Melayu
D. British terlalu berkuasa
Menurut Dr Ismail Abdul Rahman, sekalipun kemerdekaan telah dicapai oleh golongan moderate, tetapi sejarah membuktikaan bahawa golongan nasionalis radikal juga telah memberikan sumbangan terhadap tercapainya kemerdekaan.
Sejauh manakah pernyataan ini benar?
A. Mereka menentang penubuhan Jawatankuasa kerja kerana ketiadaan perpaduan kaum
B. Mereka memperjuangkan hak kaum lain
C. Mereka memperjuangkan pembentukan sebuah kerajaan Republik yang bebas.
D. Mereka berusaha menyatukan seluruh Tanah Melayu dan perjuangkan kebebasan tanah air dengan enggan berkompromi dengan penjajah .
Kenapa British menggunakan istilah radikal kepada anggota PKMM?
A. Mereka berani menentang British secara terbuka dalam penulisan
B. Mereka menggunakan penentangan bersenjata terhadap British
C. Mereka menghasut orang tempatan menyerang British
D. Mereka bekerjasama dengan Jepun untuk menentang British.
AMCJA telah mencadangkan perkara berikut dalam perlembagaan mereka . Perkara-perkaranya ialah
I Adat istiadat dan agama Islam
II Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura
III Bendera dan lagu kebangsaan
IV Kedudukan Bahasa Melayu
A.I dan II
B. I dan IV
C. II dan III
D. III dan IV
PUTERA-AMCJA telah menganjurkan Hari Hartal Se-Malaya pada 20 OKtober 1947.Mengapakah Hari Hartal Se-Malaya dianjurkan?
A Menghalang bekalan makanan kepada Jepun
B. Protes terhadap kerakyatan jus soli
C. Memprotes kenaikan harga barang.
D. Penolakan Perlembagaan Rakyat oleh British
