wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ BAHASA MELAYU TAHUN 4

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Segala permintaan ibunya, Puan Khadijah akan

__________ oleh Asyraf kerana dia sudah bekerja dan berkemampuan.

a)

dipenuhi

b)

memenuhi

c)

dipenuhkan

d)

memenuhkan

2.

Cik Adella terpaksa bekerja ________ pagi hingga malam kerana syarikat tempatnya bekerja tidak mempunyai tenaga pekerja yang mencukupi.

a)

ke

b)

dari

c)

kepada

d)

daripada

3.

Puan Anisa membeli ________ pisang di gerai

buah-buahan itu.

a)

sesikat

b)

seulas

c)

sebiji

d)

segugus

4.

Pilih simpulan bahasa yang sesuai berdasarkan ayat di bawah.

Kami membawa ______________ ketika menziarahi nenek yang sakit di hospital.

a)

buah hati

b)

buah mulut

c)

buah tangan

d)

buah pena

5.

Pasukan ekspedisi __________ Gunung Tahan itu bertolak dari Kuala Tahan pada pukul tujuh pagi.

a)

melewati

b)

menaiki

c)

melalui

d)

mendaki

6.

Nenek Som menyapukan ___________________ pada kakinya yang sakit selepas seharian berkebun

a)

minyak masak

b)

minyak sawit

c)

minyak sayur

d)

minyak angin

7.

Puan Asyikin sedang memasukkan beberapa ________ baju di dalam mesin basuh.

a)

longgok

b)

keping

c)

helai

d)

sebuah

8.

Bilik Kak Humaira yang kelihatan kemas ______ bersih itu dihias dengan jambangan bunga yang diletakkan di _______ kepala katil.

a)

A. dan ….. atas

b)

B. lalu …. sudut

c)

C. lalu …. Sudut

d)

D. kecuali …… pangkal

9.

Adam yang ___________ itu hanya duduk di tepi padang ketika rakan- rakannya bermain bola sepak.

a)

kaki bangkang

b)

kaki papan

c)

kaki bangku

d)

kaki gaduh

10.

“Saya hairan mengapa remaja itu asyik membuang sampah di tepi jalan,” tutur Marina kepada rakannya.

Pilih perkataan berlawan bagi membuang

a)

mengutip

b)

menderma

c)

mencedok

d)

mengumpul

11.

Pilih soalan yang betul bagi jawapan yang diberikan di bawah.

Bilakah Cikgu Salamah memulakan tugas di sekolah baru?

a)

Sekolah baru itu jauh dari rumah Cikgu Salamah.

b)

Beliau memulakan tugas di sekolah baru selepas cuti penggal pertengahan tahun .

c)

Bila-bila masa sahaja Cikgu Salamah akan bertukar ke sekolah baru.

d)

Cikgu Salamah ada memohon untuk bertukar ke sekolah baru.

12.

Marylin mempunyai banyak pengetahuan kerana dia ___________.

a)

ulat buku

b)

lepas tangan

c)

banyak mulut

d)

cakar ayam.

13.

Kumar menjadi______________pasukan sekolahnya dalam perlawanan hoki pada petang itu.

a)

anak emas

b)

ayam tambatan

c)

durian runtuh

d)

kaki bangku

14.
Malam itu sungguh _________ kerana tiada kenderaan yang lalu - lalang.
a)
gelap
b)
nyaman
c)
hening
d)
bising
15.
Pameran batik itu mendapat  sambutan _______daripada orang ramai.
a)
dingin
b)
panas
c)
hangat
d)
hambar
16.

Air kopi itu ____________ rasanya kerana tidak dicampurkan gula.

a)

manis

b)

pahit

c)

tawar

d)

payau

17.

Lampu mesra alam itu ______________ secara automatik apabila hari gelap.

a)

menutup

b)

menyala

c)

mengukur

d)

membuka

18.

Ketua Kampung Temasik berusaha untuk ______ masalah kecurian yang berlaku di kampungnya semenjak akhir-akhir ini.

a)

penyelesaian

b)

diselesaikan

c)

menyelesaikan

d)

keselesaian

19.

Tandakan jenis ayat di bawah.

Bagaimanakah kamu hadir ke sekolah?

a)

Ayat majmuk

b)

Ayat tunggal

c)

Ayat tanya

d)

Ayat pasif

20.
Ibu melarang Damia keluar rumah ______________ cuaca di luar agak panas.
a)
hingga
b)
malahan
c)
kerana
d)
sungguhpun
21.

_______, sedapnya bau masakan ibu!

a)

Aduh

b)

Wah

c)

Eh

22.

Nama bangsa/kaum di Malaysia ialah

a)

Afrika

b)

Portugis

c)

Melayu

d)

Peranchis

23.

Alat muzik Melayu

a)

Tabla

b)

Baju kebaya

c)

Gambus

d)

Sari

24.

Tarikh kemerdakaan ialah

a)

31 Ogos 2015

b)

30 Ogos 1985

c)

31 Ogos 1957

d)

31 Ogos 1975

25.

Maklumat apakah yang tidak terdapat di dalam Sijil Kelahiran

a)

Taraf penduduk

b)

Nama ibu dan bapa

c)

Berat badan

d)

Agama