NEW
Font size
WorksheetsKATA MAJMUK bersama Cikgu Roz
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Larian Maraton itu terbuka kepada _________________ Malaysia sahaja.
antarabangsa
warganegara
setiausaha
matahari
Jejaka itu ternanti-nantikan ___________dengan gadis idamannya pada minggu depan.
temu janji
temu bual
temu duga
temu ramah
Pei Chen tidak ______________ walaupun kalah dalam pertandingan badminton yang disertainya.
berjimat cermat
berbelah bahagi
berputus asa
bekerjasama
_____________Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.
Ibu pejabat
Ibu negara
Ibu pertiwi
Ibu jari
__________________ bangunan itu diilhamkan oleh salah seorang mahasiswa Fakulti Alam Bina dari Universiti Teknologi Malaysia.
Reka bentuk
Susun atur
Reka letak
Reka cipta
Penggunaan ___________ kadang kala lebih baik daripada penggunaan peraturan untuk menyelesaikan sesuatu masalah disiplin murid-murid di sekolah.
budi bicara
hati budi
akal fikiran
buah fikiran
Sesiapa yang ingin menjadi penyanyi dan pelakon bolehlah datang ke pusat membeli-belah itu untuk sesi ______________.
uji kaji
uji bakat
uji suara
uji minda
Puan Latifah menggunakan ______________ untuk membersihkan lubang telinga.
putik kapas
kapas bulat
tunas kapas
batang kapas
Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mencurahkan ________________ kepada negara dengan sepenuh hati.
taat setia
setia kawan
sumpah setia
seia sekata
Jangan terpedaya akan _____________ yang diucapkan oleh lelaki yang buaya darat itu.
manis mulut
pujuk rayu
janji manis
janji kosong
Pasangan itu mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga setelah mereka mengenali ___________________ masing-masing.
jati diri
ikhlas hati
hati budi
budi pekerti
Semua murid mesti mendapatkan ___________________ daripada ibu bapa sebelum menyertai lawatan sambil belajar.
lalu lintas
atur cara
gambar rajah
tandatangan
__________ yang dikeluarkan oleh Syarikat Sedap itu pedas rasanya.
Cili sos
Sos cili
Sos tomato
Tomato sos
Rumah orang tua itu telah mereka __________ secara gotong-royong pada minggu yang lalu.
sukarela
baik pulih
kuat kuasa
lipat ganda
Banyak rumah dan tanaman telah musnah akibat __________ petang semalam.
hujan ribut
hujan bukit
hujan renyai
hujan gerimis
Bapa diberi peluang untuk melakukan ____________________ kereta yang hendak dibelinya.
pandu uji
kaji selidik
pandu laju
soal siasat
Mei Lan menukar bingkai ___________________nya yang rosak kerana terjatuh ke lantai.
A cahaya mata
B cermin mata
C mata pisau
D matahari
Nobita dan Doraemon membeli ____________ di kedai buku itu.
alat elektrik
alat dapur
alat tulis
alat mainan
______yang berkaitan dengan program tahun enam telah disiapkan oleh Cikgu Mahmud petang semalam
Kertas kerja
Kertas surih
Kertas nama
Kertas putih
