Font size
WorksheetsAspek Tatabahasa
Total questions: 15
Worksheet time: 5mins
Sungguh ________ jahitan baju kurung yang dijahit oleh Puan Saodah.
ketat
rapi
jelas
kemas
Bilik sewa itu agak sempit tetapi sewa bulanan bilik itu agak ___________.
murah
mahal
tebal
besar
Parang yang ____________ itu diasah hingga tajam oleh Pak Leman.
tumpul
tebal
nipis
kemas
Paras air sungai itu _________ mendadak selepas hujan turun dengan lebat.
turun
naik
julang
besar
Badan Fakri semakin __________ kerana kuat makan dan malas bersenam.
gemuk
langsing
kembang
pipih
Biskut itu sudah ___________ kerana disimpan di dalam balang yang tidak bertutup.
rangup
basi
lemau
lembik
Walaupun wajah lelaki itu nampak __________ tetapi dia sangat baik hati.
liar
bengis
keras
seram
Puan Linda berasa malu apabila melihat anaknya makan dengan __________.
tertib
kencang
ganas
gelojoh
Sungguh ________ suara penyanyi wanita itu semasa menyanyikan lagu asli.
enak
sedap
merdu
manis
Aidil berjalan _____________ kerana kakinya terpijak kaca.
teresak-esak
terhincut-hincut
terbahak-bahak
terkial-kial
Ustazah Marzifah _________ menasihati kami supaya menghormati kedua-dua ibu bapa.
sering
banyak
padat
leka
Anis memegang _________ tangan ibunya semasa melintas jalan raya.
penuh
erat
rapat
ketat
Beberapa orang murid lelaki menyusun kerusi-kerusi di dalam dewan dengan _______.
cantik
lurus
kemas
jelas
Penunggang motosikal itu mengalami cedera __________ dalam kemalangan jalan raya itu.
dahsyat
parah
kuat
mudah
Pemain bola sepak itu menendang bola dengan _________ ke dalam pintu gol pasukan lawan.
ligat
pantas
laju
kencang
