wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

MATH T2 : TUGASAN 2 ( PENYELESAIAN MASALAH)

Total questions: 25

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Hazif ada 5 batang pensel. Afif pula ada 4 batang pensel. Berapakah jumlah pensel yang mereka ada?

a)

8 batang pensil

b)

10 batang pensil

c)

9 batang pensil

d)

5 batang pensil

2.

Sebuah bakul berisi I5 biji buah manggis. Jika 9 biji manggis dikeluarkan, berapa baki manggis yang tinggal?

a)

6 biji manggis

b)

7 biji manggis

3.

Sebuah kelas ada I2 orang murid. 8 orang daripadanya ialah murid lelaki. Berapakah bilangan murid perempuan dalam kelas itu?

a)

4 orang murid perempuan

b)

5 orang murid perempuan

4.

Adam mengumpul I4 biji telur. Dia menjual 5 biji telur itu.

Berapa biji telurkah yang tinggal?

a)

9 biji telur

b)

8 biji telur

5.

Cikgu Azri ada 5 batang pensel.

Dia beri 3 batang pensel kepada Aina.

Berapa batang penselkah yang masih ada di tangan Cikgu Azri?

a)

5 - 3 = 2

b)

5 - 2 = 3

c)

5 - 1 = 4

d)

5 - 4 = 1

6.

Pak Wan mempunyai 7 ekor kucing. 5 daripadanya telah diberi kepada Haziq. Berapa ekor kucingkah yang Pak Wan ada sekarang?

a)

7 - 5 = 2

b)

7 - 2 = 5

7.

Ameer ada 255 biji guli merah dan 52 biji guli biru. Berapakah jumlah guli yang Ameer ada?

a)

307

b)

308

8.

Zahirah ada 60 buah buku cerita kanak-kanak dan 50 buah buku akademik.Berapakah jumlah buku yang Zahirah ada?

a)

109

b)

110

9.

Airis ada 25 helai baju. Kemudian dia membeli 66 helai baju lagi.Berapakah jumlah baju yang dia ada?

a)

92

b)

91

10.

Izz ada 78 kad pokemon. Kemudian,dia beli lagi 25 kad. Berapakah jumlah kad yang Izz ada?

a)

103

b)

100

11.

Irfan mendapat markah 95 dalam ujian matematik manakala Adam mendapat 98 markah dalam ujian tersebut. Berapakah jumlah markah mereka ?

a)

193

b)

189

c)

196

12.

Harraz menanam 45 batang pokok rambutan dan 70 batang pokok durian. Berapa batangkah pokok buah-buahan yang ditanam oleh Harraz?

a)

100

b)

110

c)

115

d)

25

13.

Wani telah menggunakan 30 klip kertas. Dia masih ada 55 klip kertas. Berapa banyakkah klip kertas yang ada pada mulanya?

a)

80

b)

85

c)

90

d)

100

14.

Di dalam sebuah sekolah ada 316 orang murid perempuan dan 226 orang murid lelaki. Berapakah bilangan semua murid dalam sekolah itu ?

a)

524

b)

542

c)

522

d)

544

15.

Dalam sebuah sekolah, terdapat 357 orang murid lelaki dan 249 orang murid perempuan. Berapakah beza bilangan antara murid lelaki dan murid perempuan di sekolah itu?

a)

606

b)

405

c)

108

d)

103

16.

Bakul bola tenis boleh memuatkan sebanyak 1000 biji bola tenis. Abu mempunya 593 biji bola sahaja. Berapakah bilangan bola tenis yang diperlukan untuk memenuhi bakul tersebut?

a)

344

b)

1593

c)

407

d)

1679

17.

Dalam suatu ujian Matematik, Aieril mendapat 67 markah, Nurin mendapat 79 markah, Rayyan mendapat 89 markah dan Siti mendapat 88 markah. Siapakah yang mendapat markah paling tinggi?

a)

Aieril

b)

Nurin

c)

Rayyan

d)

Siti

18.

Pak Hafis mempunyai 965 biji durian. Pada waktu petang, sebanyak 540 biji durian telah laku dijual. Berapakah baki buah durian yang masih ada pada Pak Hafis?

a)

125

b)

225

c)

325

d)

425

19.

Alif ada 182 biji guli. Naqib ada 20 biji guli kurang daripada Alif. Berapa jumlah guli mereka berdua?

a)

344

b)

162

c)

202

d)

384

20.

Ayat matematik manakah yang betul?


Terdapat 500 orang murid menyertai satu rombongan ke Zoo Negara semasa cuti sekolah. 289 orang daripada mereka ialah murid lelaki. Berapakah bilangan murid perempuan yang menyertai?

a)

289 - 500 = 389

b)

500 + 289 = 789

c)

500 - 289 = 211

21.

Ada 35 ekor kucing di sebuah taman. 10 ekor kucing lagi datang. Berapakah jumlah kesemua kucing yang ada sekarang.

a)

35

b)

25

c)

10

d)

45

22.

Hanan menggunakan 45 biji telur untuk membuat kek lapis dan 53 biji untuk membuat kuih bahulu. Berapa biji telur yang telah digunakan oleh Nani?

a)

97

b)

98

c)

45

d)

7

23.

Ayman mendapat 40 markah dalam Matematik dan 50 markah dalam Sains. Kira jumlah markah yang dia dapat dalam dua mata pelajaran itu.

a)

10

b)

50

c)

90

d)

40

24.

Aishah membeli 57 biji gula-gula. Hanim ada 9 biji gula-gula. Berapa bijikah gula-gula semuanya?

a)

66

b)

60

c)

56

d)

48

25.

Najwa ada 10 batang pensel. Dia beri 7 batang pensel kepada Aliya. Berapakah batang pensel yang tinggal?

a)

6

b)

5

c)

3

d)

2