Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

LATIHAN TUTORIAL EKONOMI TING 5

Total questions: 10

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri globalisasi?

a)

Pasaran baharu

b)

Pelaburan baharu

c)

Undang-undang baharu

d)

Sistem percukaian baharu

2.

Globalisasi melibatkan kaedah komukasi baharu. Antara yang berikut, yang manakah menggambarkan kaedah komunikasi baharu?

a)

Lebih cepat dan murah

b)

Kelonggaran undang-undang

c)

Pasaran pengguna global dan jenama global

d)

Reka bentuk bantuan komputer dan pembuatan

3.

Bagaimanakah kerajaan menggalakkan globalisasi?

a)

Pengecualian levi untuk pekerja asing di Malaysia

b)

Pelupusan duti import semua barang import

c)

Pengecualian visa untuk pelancong negara tertentu

d)

Pelupusan duti setem untuk rakyat asing yang membeli hartanah di Malaysia

4.

Bagaimanakah kewujudan infrastuktur pengangkutan yang baik menggalakkan globalisasi?

a)

Memudahkan kerjasama antara negara

b)

Memudahkan urusan kerajaan antara negara

c)

Memudahkan pengaliran wang antara negara

d)

Memudahkan aktiviti perniagaan antara negara

5.

Peningkatan pelancong asing ke Malaysia akan menyebabkan

a)

kejatuhan nilai Ringgit Malaysia

b)

kemerosotan taraf hidup rakyat Malaysia

c)

peningkatan aliran keluar wang ke negara asing

d)

peningkatan permintaan barang dan perkhidmatan[

6.

Malaysia terdapat 58 buah lapangan terbang di mana 36 buah di Malaysia Timur dan 22 buah di Semenanjung Malaysia. Faktor penggalak globalisasi tersebut ialah

a)

pelancongan

b)

peranan kerajaan

c)

infrastruktur pengangkutan yang baik

d)

infrastruktur teknologi maklumat dan komunikasi yang maju

7.

Bagaimanakah pelaburan langsung asing menggalakkan pertumbuhan ekonomi?

a)

Kenaikan nilai mata wang

b)

Peningkatan hasil kerajaan

c)

Penggunaan teknologi baharu

d)

Pengurangan kos pengeluaran

8.

Situasi manakah yang menunjukkan kesan buruk bagi globalisasi di Malaysia?

a)

Pindahan teknologi ke negara lain

b)

Ketidakseimbangan pendapatan

c)

Aliran keluar untung ke negara lain

d)

Pertumbuhan ekonomi negara

9.

Perkembangan dalam industri pelancongan memberi kesan positif kepada globalisasi.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Pelaburan langsung asing memperlahankan pemindahan teknologi.

a)

Betul

b)

Salah