wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Sains (Bab 3 & 4) Tingkatan 4 KSSM

Total questions: 20

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah suhu badan normal manusia?

a)

35.9°C

b)

36.9°C

c)

38.9°C

d)

39.9°C

2.

Antara yang berikut, yang manakah bukan penyebab suhu badan meningkat lebih daripada normal?

a)

Tidur terlalu lama

b)

Jangkitan virus

c)

Senaman cergas

d)

Berkebun pada waktu tengahari

3.

Antara termometer berikut, yang manakah digunakan di bawah lidah untuk menyukat suhu badan seseorang?

a)

Termometer inframerah

b)

Termometer makmal

c)

Termometer rektal

d)

Termometer klinik

4.

Antara yang berikut, yang manakah bukan tempat denyutan nadi boleh diambil?

a)

Tapak tangan

b)

Lutut

c)

Pergelangan tangan

d)

Leher

5.

Di bawah menunjukkan bacaan tekanan darah ibu Farid.


150/99


Apakah kategori tekanan darah ibu Farid?

a)

Optimum

b)

Normal

c)

Berisiko

d)

Tekanan darah tinggi

6.

Apakah interpretasi yang diberikan kepada seseorang yang mempunyai BMI melebihi 30?

a)

Kurang jisim badan

b)

Jisim badan unggul

c)

Berlebihan jisim badan

d)

Obes

7.

Masalah berat badan semakin mendapat perhatian orang ramai. Apakah amalan yang wajar dilakukan untuk mengawal berat badan?

a)

Amalkan gaya hidup mewah

b)

Makan makanan berlemak

c)

Makan makanan berkalori tinggi pada malam hari

d)

Bersenam dan beriadah

8.

Termometer makmal digunakan untuk

a)

menyukat suhu badan

b)

menyukat suhu cecair

c)

menyukat suhu badan melalui dubur

d)

menyukat suhu badan dengan mendekatkan sensor di hujung termometer pada permukaan dahi atau ke lubang telinga

9.

Titik nadi pada badan manusia ialah di tempat berikut kecuali

a)

leher

b)

pergelangan tangan

c)

lutut

d)

lengan

10.

Formula BMI ialah

a)

Jisim (kg) ÷ Ketinggian² (m²)

b)

Jisim² (kg²) ÷ Ketinggian (m)

c)

Ketinggian² (m²) ÷ Jisim (kg)

d)

Ketinggian (cm) × Jisim (kg)

11.

Antara aktiviti berikut, yang manakah mengaplikasikan pengangkutan hijau?


J - mengurangkan bilangan kenderaan bermotor di jalan raya.

K - menggunakan bahan api minyak seperti petrol

L - berkongsi kereta ke tempat kerja

M - menggunakan kereta hibrid

a)

J dan K

b)

K, L dan M

c)

J dan L

d)

J, L dan M

12.

Malaysia menggalakkan penggunaan bahan api bio daripada minyak kelapa sawit dalam pengangkutan hijau. Apakah isu sosiosaintifik yang timbul akibat penggunaan bahan api ini?

a)

Pencemaran udara meningkat

b)

Bilangan kenderaan bermotor semakin meningkat

c)

Kos penyelenggaraan kenderaan meningkat

d)

Harga makanan melambung naik akibat harga minyak masak yang meningkat

13.

Apakah kebaikan yang diperoleh dalam penggunaan kenderaan berkuasa solar?

a)

Mengurangkan kos penyelenggaraan

b)

Meningkatkan kecekapan tenaga pekerja

c)

Mengurangkan jumlah kenderaan di jalan raya

d)

Mengurangkan pembebasan gas rumah hijau

14.

Antara yang berikut, yang manakah bukan merupakan aplikasi Teknologi Hijau dalam sektor pertanian?

a)

Najis haiwan dan sisa pertanian digunakan untuk menghasilkan tenaga bio

b)

Menggunakan baja kimia untuk meningkatkan kesuburan tanah

c)

Mengamalkan kaedah kawalan biologi

d)

Mengamalkan penanaman vertikal

15.

Antara yang berikut, yang manakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan isu sosiosaintifik dalam sektor pertanian dan perhutanan?

a)

Menggunakan baja kimia

b)

Menanam semula hutan

c)

Menggunakan bahan api fosil

d)

Menerangkan hutan untuk pertanian

16.

Antara yang berikut, yang manakah penyumbang terbesar yang menyebabkan pemanasan global?

a)

Metana

b)

Klorofluorokarbon

c)

Karbon dioksida

d)

Nitrogen dioksida

17.

Antara yang berikut, sektor yang manakah tidak termasuk dalam Teknologi Hijau?

a)

Tenaga

b)

Bangunan

c)

Pendidikan

d)

Teknologi maklumat dan komunikasi

18.

Isu sosiosaintifik ialah isu kontroversi yang dihubungkaitkan dengan

a)

Politik

b)

Sosial

c)

Sains

d)

Ekonomi

19.

Contoh pengangkutan hijau ialah seperti berikut, kecuali

a)

berjalan kaki

b)

berbasikal

c)

menggunakan kenderaan berwarna hijau

d)

berkongsi kereta

20.

Cara untuk mengurangkan jejak kaki karbon ialah seperti berikut, kecuali

a)

berkongsi kereta ke tempat kerja

b)

menjimatkan penggunaan air

c)

mencabut palam peralatan elektrik apabila tidak digunakan

d)

penggunaan baja kimia