Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Apakah fenomena yang berlaku bila suhu bumi meningkat akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi?

a)

Pulau haba

b)

Jerebu

c)

Hujan Asid

d)

Kesan rumah hijau

2.

Antara berikut, yang manakah BUKAN punca-punca peningkatan pelepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera?

a)

Pembakaran hutan

b)

Pembalakan

c)

Pelupusan sampah

d)

Letusan gunung berapi

3.

Apakah fenomena yang menyebabkan keselesaan penduduk di bandar terjejas kerana keadaan suhu yang tinggi?

a)

Hujan asid

b)

Pulau haba

c)

Jerebu

d)

Kesan rumah hijau

4.

Antara berikut, yang manakah punca fenomena pulau haba?

a)

Pembakaran bahan api fosil

b)

Permukaan berturap dan bangunan konkrit

c)

Pembakaran terbuka ( sampah sarap)

d)

Pembalakan bahan api fosil

5.

Apakah fenomena yang ditunjukkan di dalam gambar di atas?

a)

Kesan rumah hijau

b)

Pulau haba

c)

Hujan asid

d)

Jerebu

6.

Apakah nilai pH yang terkandung di dalam hujan asid?

a)

Kurang daripada 4.6

b)

Kurang daripada 5.6

c)

Lebih daripada 4.6

d)

Lebih daripada 4.6

7.

Antara berikut, yang manakah BUKAN gas yang dibebaskan oleh aktiviti pembakaran bahan api fosil?

a)

Oksigen

b)

Sulfur dioksida

c)

Karbon dioksida

d)

Nitrogen oksida

8.

Apakah kesan fenomena hujan asid?

a)

Tanaman lebih subur

b)

Melunturkan cat bangunan

c)

Kesihatan manusia lebih baik

d)

Kualiti air bertambah baik

9.

Apakah punca-punca fenomena di dalam gambar di atas?

I. Pembakaran hutan

II. Pembakaran terbuka

III. Kesesakan jalan raya di bandar

IV. Pembakaran sisa tanaman

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

10.

Apakah kesan-kesan fenomena di dalam gambar di atas?

I. Jarak penglihatan lebih jelas

II. Pertumbuhan tanaman lebih baik

III. Masalah kesihatan

IV. Menjejaskan aktiviti pengangkutan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesan rumah hijau?

a)

Peningkatan suhu bumi akibat banyak haba yang terperangkap dalam atmosfera bumi

b)

Suhu kawasan tepu bina di dalam bandar lebih panas daripada kawasan sekitarnya

c)

Kandungan asid yang tinggi di atmosfera bumi

d)

Zarah-zarah halus yang tidak nampak melalui mata kasar

12.

Kawasan manakah yang selalunya terjejas dengan keadaan pulau haba ini?

a)

Bandar

b)

Luar bandar

c)

Pinggir kampung

d)

Kaki Bukit

13.

Tandakan yang betul bagi kesan hujan asid

a)

Mengancam kesihatan manusia

b)

Melunturkan dan menghakis cat bangunan

c)

menjejaskan kualiti air dan hidupan akuatik

d)

menyebabkan kebakaran hutan

14.

Apakah jenis kesan kegiatan manusia di atas?

a)

Kesan rumah hijau

b)

Jerebu

c)

Hujan asid

d)

Pulau haba

15.

Tandakan yang betul tentang punca jerebu.

a)

Letusan gunung berapi yang berlaku di negara jiran

b)

Pembakaran hutan

c)

Melunturkan cat dan menghakis dinding bangunan

d)

Pembakaran terbuka