NEW
Font size
Worksheetskuiz kimia
Total questions: 20
Worksheet time: 20mins
Antara yang berikut , yang manakah bukan suatu unsur?
argentum
asid nitrik
klorin
sulfur
Antara yang berikut , yang manakah digunakan untuk menghasilkan baja, asid nitrik atau pencelup?
Natrium hidroksida
Kalsium karbonat
Asid asetik
Ammonia
Apakah kesamaan antara isotop-isotop oksigen?
Bilangan neutron
Nombor nukleon
Sifat fizik
Nombor proton
* zarah-zarah dapat bergerak bebas dan tidak terhad pada kedudukan yang tetap
* Zarah-zarah disusun secara longgar tetapi masih bersentuhan di antara satu sama lain.
Antara keadaan jirim berikut, yang manakah menerangkan susunan zarah-zarah di atas?
pepejal
cecair
gas
plasma
Atom neutral yang mempunyai nombor proton 14 dan nombor nukleon 28 mempunyai...
28 neutron
28 elektron
14 proton
14 nukleus
Atom klorin dan ion klorida berbeza dari segi...
bilangan elektron
bilangan proton
bilangan neutron
bilangan neutron dan proton
Fosforus mempunyai dua isotop. sekiranya fosforus-31 mempunyai 15 proton, berapakah bilangan neutron bagi fosforus-32
15
16
17
31
Formula empirik suatu sebatian ialah CH2 . Apakah maklumat lain yang diperlukan untuk menentukan formula molekulnya?
Ketumpatan
Jisim molekul reaktif
Takat lebur
takat didih
Antara yang berikut, yang manakah formula yang betul bagi aluminium oksida?
Al2O
AlO3
Al2O3
Al2O5
Graf menunjukkan lengkung penyejukan bagi bahan Y . Takat didih bahan Y ialah 140oC.
bahan Y hanya akan wujud sebagai cecair antara
P dan Q
Q dan R
R dan S
P dan R
Dua tangki di atas mengandungi gas oksigen dan karbon dioksida. Antara kuantiti berikut , yang manakah sama bagi kedua-dua gas?
Bilangan atom
isi padu pada s.t.p
Ketumpatan
takat didih
Ahli Sains yang manakah mencadangkan model ini
John Dalton
Ernest Rutherford
Niels Bohr
james Chadwick
Apakah bilangan elektron valens
2
4
6
8
Antara gas-gas berikut, yang manakah mengalami pemejalwapan apabila disejukkan>
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara sifat yang berikut , yang manakah adalah sama bagi 1 mol gas nitrogen dan 1 mol gas oksigen?
Jisim
Bilangan elektron
Bilangan molekul
Bilangan atom
Unsur P sangat reaktif dan membentuk alkali apabila bertindak balas dengan air. Unsur P berada dalam kumpulan...
1
10
17
18
Antara sebab berikut, yang manakah dapat menerangkan mengapa saiz atom berkurang apabila merentasi suatu kala?
Nombor proton unsur bertambah apabila merentasi kala
Bilangan petala bertambah apabila merentasi kala
Bilangan neutron berkurang apabila merentasi kala
Bilangan petala berkurang apabila merentasi kala
Larutan peluntur komersil dihasilkan dengan melarutkan unsur R dalam natrium hidroksida. Antara yang berikut, yang manakah mungkin unsur R?
Klorin
kalium klorida
Fosforus
natrium
gas Z wujud dalam keadaan monoatom dan bersifat lengai. Antara yang berikut, yang manakah mungkin gas Z ?
Klorin
Neon
Hidogen
Nitrogen
Unsur G membakar dengan nyalaan kuning terang dalam satu balang gas berisi klorin dan menghasilkan baki putih. Antara yang berikut, yang manakah mungkin unsur G?
Kalium
Kuprum
Natrium
Plumbum
