Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PENDIDIKAN MORAL TAHUN 5

Total questions: 21

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.
Shaiful disukai oleh penduduk Kampung kerana dia selalu................. untuk membantu penduduk yang memerlukan bantuan.
a)
ringan tulang
b)
berat tulang
c)
curi tulang
2.
Sesuatu masalah yang dihadapi di sekolah perlulah diselesaikan dengan cara................. bersama guru.
a)
berbincang
b)
bergaduh
c)
bertumbuk
d)
berbual
3.
Semua agama mementingkan amalan yang baik seperti di bawah ini, KECUALI......
a)
bersyukur
b)
bersedekah
c)
sombong
d)
bercakap benar
4.
Rakan kamu secara tidak sengaja telah menumpahkan air minuman ke atas baju kamu. Apakah yang patut kamu lakukan?
a)
Memaafkannya kerana tidak disengajakan
b)
Memarahinya dengan kata-kata yang tidak sopan
c)
Tidak memaafkannya
d)
Melaporkan kepada guru disiplin
5.
Walaupun sedar dia sering gagal dalam ujian Matematik, Rahmat tetap berusaha tanpa berputus asa. Rahmat seorang yang ________ berusaha.
a)
rajin
b)
gigih
c)
bijak
d)
gemar
6.
Azalia dan Leha merupakan dua orang sahabat baik. Mereka sentiasa mengamalkan _______________ dan ______________ yang sederhana dalam pergaulan seharian.
a)
tingkahlaku , tutur kata
b)
sikap terbuka , bebas
c)
sikap bebas , perasaan benci
d)
tutur kata , sikap terbuka
7.
Wan menyerahkan dompet yang dijumpainya di sekolah kepada guru disiplin. Dia mengamalkan sikap ___________ .
a)
kerajinan
b)
berterima kasih
c)
belas kasihan
d)
kejujuran
8.
Kamu pernah gagal dalam ujian Matematik baru-baru ini. Pada bulan hadapan kamu akan menghadapi ujian Matematik lagi. Apakah yang patut kamu lakukan
a)
meminta bantuan ibu bapa
b)
mengulangkaji dan membuat latihan matematik dengan tekun
c)
membuat ulangkaji di saat-saat akhir
d)
tidak membuat apa-apa persediaan
9.
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan sikap ikhlas ?
a)
Saroja menderma sebahagian wang tabungnya kepada mangsa banjir
b)
Saroja menderma kerana rakan-rakannya menderma
c)
Saroja memberitahu rakan-rakannya bahawa dia merupakan penderma terbanyak
d)
Saroja tidak menderma langsung
10.
Siew Meng sentiasa menjaga ______________ ketika berbual dengan rakan-rakan sekelasnya
a)
tingkahlakunya
b)
kecantikannya
c)
pertuturannya
d)
kesopanannya
11.

- Tidak makan lembu

-Berpuasa

-Mengikat pokok pisang semasa majlis keagamaan


Pernyataan di atas merujuk kepada agama

a)

Islam

b)

Hindu

c)

Kristian

d)

Budha

12.

Mendengar mass di ______________ pada hari Ahad adalah amalan agama tersebut.

a)

Masjid

b)

Wat

c)

Kuil

d)

Gereja

13.

Mengapakah harta benda sekolah harus dijaga dengan baik?

a)

Murid- murid tidak akan dapat belajar dengan baik tanpanya.

b)

Murid - murid tidak akan memperoleh kejayaan tanpanya.

c)

Menjaga imej pihak sekolah.

d)

Mengelakkan daripada kerosakan dan menambahkan perbelanjaan untuk memperbaikinya.

14.

Kegiatan merosakkan kemudahan awam dikenali sebagai

a)

gangsterisme

b)

vandalism

c)

aninisme

d)

politisme

15.

Pada pendapat kamu, apakah cara yang paling sesuai untuk memupuk rakyat mencintai kebersihan?

a)

mengadakan aktiviti gotong royong

b)

Meletakkan kamera litar tertutup untuk memantau pergerakan.

c)

Mengadakan kempen menjaga alam sekitar dan memberi kesedaran orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan.

d)

Menggalakkan murid-murid mengutip sampah

16.

Bagaimanakah cara seorang anak menghargai ibu bapanya?

a)

Menceritakan kebaikan ibu bapa kepada rakan-rakan.

b)

Menyanyikan lagu untuk menggembirakan hati ibu bapa.

c)

Mendapatkan kejayaan dalam peperiksaan.

d)

Berkelah bersama-sama keluarga.

17.

Apakah kesan yang akan terjadi sekiranya ahli keluarga tidak memainkan peranan masing-masing?

a)

Rumah tangga menjadi porak peranda.

b)

Hidup dalam keadaan bahagia.

c)

Hidup dalam kesederhanaan.

d)

Hidup dalam keadaan berduka.

18.

Ibu bapa merupakan orang yang amat penting bagi kita. Di bawah ialah cara kita menghormati ibu bapa, kecuali

a)

memberitahu mereka apabila kita keluar dari rumah.

b)

memaklumkan kepada mereka aktiviti kita.

c)

memaksa mereka mematuhi kehendak kita.

d)

membantu mereka meringankan beban.

19.

Kamu dilantik menjadi ketua kelas. Apakah tugas kamu sebagai ketua kelas?

a)

Memarahi rakan sekelas.

b)

Menjaga kelas dan membantu guru.

c)

Mengawal pergerakan rakan sekelas.

d)

Memerhati aktiviti guru.

20.

Pilih pernyataan yang benar tentang tanggungjawab kamu sebagai seorang pelajar dalam menjaga kawasan persekitaran.

i- Memastikan bilik darjah berada dalam keadaan yang bersih.

ii- Menegur rakan yang membuang sampah merata-rata.

iii- Memaki hamun pelajar yang terlupa menutup air di dalam tandas.

iv- Tidak menjalankan tugas membersih kelas.

a)

i dan ii

b)

iii dan iv

c)

i, ii dan iii

d)

ii, iii dan iv

21.

Berdasarkan gambar di atas, apakah peraturan yang patut kita patuhi?

i- Menutup aurat.

ii- Duduk dengan sopan.

iii- Membuang sampah merata-rata.

iv- Menanggalkan kasut.

a)

i dan ii

b)

i,ii dan iii

c)

i, ii dan iv

d)

i, iii dan iv