wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ETIKA KERJA

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Antara berikut, yang manakah BUKAN definisi etika kerja?

a)

Tindakan seseorang dalam situasi tertentu.

b)

Menentang nilai-nilai yang salah, penipuan dan ketidakjujuran.

c)

Tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada seorang pekerja.

d)

Satu kumpulan nilai-nilai berdasarkan kemuliaan akhlak termasuklah kerajinan bekerja dan ketekunan.

2.

Berikut adalah ciri-ciri etika kerja KECUALI ................

a)

Penampilan Kemas

b)

Bersikap Positif

c)

Mempunyai Kemahiran Komunikasi

d)

Sentiasa Berkecuali

3.

Kemahiran organisasi adalah ................

a)

mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri, pengurusan masa, memilih keutamaan, pengurusan stres, menangani perubahan serta fleksibel.

b)

mempamerkan kemahiran dalam pengurusan diri.

c)

mempamerkan kemahiran dalam pengurusan masa.

d)

mempamerkan kemahiran dalam pengurusan stres.

4.

Semua nilai di bawah perlu ada dalam diri setiap pekerja KECUALI ......................

a)

ihsan.

b)

penting diri.

c)

hormat.

d)

keadilan.

5.

Mengapakah etika kerja perlu dipelajari?

a)

Supaya pelajar dapat mengetahui cara untuk menarik perhatian majikan apabila bekerja nanti.

b)

Membantu pelajar sentiasa bergaya ketika bekerja.

c)

Membantu pelajar memasuki alam pekerjaan dengan kemahiran etika kerja yang positif, menjadikan mereka lebih bernilai dan mudah mendapat pekerjaan.

d)

Supaya pelajar dapat mengatasi pekerja-pekerja lain dan sentiasa cemerlang di mata majikan.

6.

Apakah cadangan yang sesuai bagi membantu majikan mendapatkan pekerja yang beretika?

a)

Memastikan semua masalah yang dihadapi oleh pekerja diselesaikan sendiri oleh pekerja.

b)

Majikan perlu sentiasa menunjukkan muka yang garang.

c)

Menawarkan jawatan kepada pekerja sesama kaum sahaja.

d)

Memberikan latihan dan melaksanakan tempoh percubaan kepada pekerja baharu.

7.

Akta Kilang dan Jentera 1967 : Satu akta pengawalan kilang berkaitan hal-hal keselamatan, kesihatan dan kebajikan, serta pemeriksaan jentera.


Akta di atas merujuk kepada .........................

a)

AKTA ( 514 ) 1994

b)

AKTA ( 139 ) 1967

c)

AKTA ( 514 ) 1967

d)

AKTA ( 139 ) 1994

8.

Kod etika profesional menekankan perkara-perkara berikut KECUALI ...................

a)

Norma-norma profesional yang perlu dipatuhi.

b)

Bentuk-bentuk penyelewengan yang perlu dihindarkan.

c)

Bentuk-bentuk hukuman yang dikenakan.

d)

Akauntabiliti dan tanggungjawab majikan sahaja.

9.

Kod etika dijadikan sebagai tujuan-tujuan di bawah KECUALI .........................

a)

hiburan.

b)

sokongan.

c)

inspirasi dan tunjuk ajar.

d)

pendekatan baru.

10.

Bagi menjamin keberkesanan kod etika, perkara berikut patut diberikan perhatian iaitu ...................

a)

Butiran dalam kod etika mestilah jelas, khusus dan terperinci dalam semua aspek nilai yang hendak ditekankan.

b)

Kod etika dapat menangani isu-isu pokok dengan tepat.

c)

Kod perlu disemak semula dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan dan perubahan masyarakat industri.

d)

Semua di atas.