NEW
Font size
Worksheetse-CAT BSKM 10 (KUIZ BAB 14 – MEMBINA PERSAHABATAN)
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Alkitab menceritakan bahawa selepas Elimelekh dan kedua anak lelakinya meninggal dunia, isteri Elimelekh telah membuat keputusan untuk terus menetap di Moab.
Betul
Salah
2. Seorang kawan yang sejati merupakan seorang yang sentiasa berusaha untuk melakukan apa yang terbaik untuk sahabatnya.
Betul
Salah
3. Sikap mementingkan diri sendiri akan mendorong kita untuk melayan kawan kita dengan tidak peduli atau tidak hormat.
Betul
Salah
4. Seorang kawan yang sejati akan mempengaruhi atau memberi tekanan kepada kawan yang lain untuk melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya.
Betul
Salah
5. Menurut Injil Lukas 24: 50-51 menceritakan kisah Yesus membawa murid-murid-Nya ke luar kota sampai dekat Betania. Di situ Ia mengangkat tangan-Nya dan memberkati mereka. Dan ketika Ia sedang memberkati mereka, Ia berpisah dari mereka dan terangkat ke sorga.
Betul
Salah
6. Suatu cerita menarik tentang persahabatan terdapat dalam buku Rut, dalam Alkitab. Cerita itu menggambarkan bagaimana seorang yang bernama Elimelekh dan isterinya mengembara ke tempat lain disebabkan kemarau di Israel. Siapakah isteri Elimelekh?
a. Naomi
b. Rut
c. Oprah
7. Di manakah tempat Elimelekh dan isterinya mengembara apabila berlaku kemarau di Israel?
a. Loab
b. Moab
c. Noab
8. . Mengapakah isteri Elimelekh tidak mahu kedua menantu perempuannya mengikutnya kembali ke Israel?
a. Hubungan dia dengan menantunya tidak rapat dan sering bergaduh
b. Merasakan kedua-dua menantunya boleh hidup dengan lebih selesa sekiranya mereka terus menetap di Moab
c. Merasakan tidak mampu menyara kedua-dua menantu perempuannya
9. Mengapakah Rut membuat keputusan untuk mengikuti ibu mertuanya kembali ke Israel?
a. Kerana dia perlu taat dan patuh pada ibu mertuanya
b. Dia tahu tiada orang yang akan menjaga ibu mertuanya
c. Dia tidak dapat menyara hidupnya jika dia terus tinggal di Moab
10. Mengapakah ramai anak muda membenarkan diri mereka dipengaruhi oleh kawan-kawan untuk membuat pilihan yang mereka tahu adalah salah?
a. Mereka memberontak terhadap kongkongan ibu bapa
b. Mereka ingin mencuba sesuatu yang baharu
c. Mereka tidak mahu menghampakan kawan-kawan dan ingin diterima
11. Bagaimanakah kita boleh memberi kesaksian iman kita terhadap orang lain
i. Dengan cara mendorong kawan-kawan kita untuk hidup sebaik-baiknya
ii. Dengan cara memberi tekanan kepada mereka melakukan hubungan yang tidak sihat
iii. Dengan menunjukkan yang kita mengambil berat terhadap mereka dengan menyemangati buah-buah Roh Kudus
a. I dan II
b. I dan III
c. II dan III
12. Dalam persahabatan, sikap mementingkan diri sendiri akan mendorong kita untuk
I. Melayan kawan kita dengan tidak peduli atau hormat
II. Melukakan perasaan mereka yang rapat dengan kita malah diri kita sendiri
III. Membuatkan kawan kita lebih hormat dan suka berkawan dengan kita
a. I dan II
b. I dan III
c. II dan III
13. Persahabatan merupakan “anugerah” yang patut dihargai. Apakah yang mengingatkan anda mengenai “ anugerah” dan “kualiti” berhubung dengan persahabatan?
a. Sikap pentingkan diri sendiri
b. Sikap hormat menghormati
c. Sikap materialistik
14. Dalam Alkitab, cerita mengenai Rut ialah suatu cerita mengenai
I. Komitmen
II. Kesetiaan
III. Ketabahan
a. I dan II
b. I dan III
c. II dan III
15. Adalah penting bagi kita untuk memilih kawan-kawan dengan bijak kerana mereka akan
I. Mempengaruhi cara berkelakuan masyarakat setempat
II. Mempengaruhi cara kita berfikir
III. Mempengaruhi cara kita berkelakuan
a. I dan II
b. I dan III
c. II dan III
16. Beliau merupakan ketua gereja Katolik bagi Keuskupan Agung Kota Kinabalu. Bilakah beliau dilahirkan?
a) 06 Jun 1968
b) 16 Jun 1968
c) 26 Jun 1968
17. Dalam bulan yang .................... malaikat Gabriel disuruh Allah pergi ke sebuah kota yang bernama Nazaret, kepada seorang perawan yang bertunangan dengan seorang bernama Yusuf dari keluarga Daud; nama perawan itu Maria.
a) ketiga
b) keenam
c) kesembilan
18. Gambar rajah di atas adalah merupakan salah satu peralatan yang digunakan dalam perayaan Ekaristi. Apakah peralatan tersebut?
a) Palla
b) Patena
c) Siborium
19. Hari ........ Tuhan menciptakan segala binatang yang hidup di bumi, baik yang hidup di darat, air ataupun udara. ( Kejadian 1:20-23 )
a) ketiga
b) keempat
c) kelima
20. Hari ............ Tuhan menciptakan daratan yang meliputi benua, pulau dan juga gunung-gunung. Dan dihari yang sama Tuhan juga menciptakan lautan dan juga tumbuh-tumbuhan. ( Kejadian 1:9-13 )
a) pertama
b) kedua
c) ketiga
