wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

kuiz kimia

Total questions: 20

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Apakah nama siri homolog bagi hidrokarbon yang mempunyai ikatan ganda dua karbon-karbon ( C = C ) di dalam molekulnya?

a)

Alkana

b)

Alkena

c)

Alkuna

d)

Alkohol

2.

Suatu sebatian hidrokarbon mempunyai formula struktur seperti dalam rajah di atas.


Apakah nama sebatian tersebut?

a)

Propana

b)

Butana

c)

Heksana

d)

Pentana

3.

Manakah formula struktur yang benar bagi propan-2-ol

a)
b)
c)
d)
4.

Manakah kumpulan berfungsi bagi asid karboksilik?

a)

C - C

b)

C = C

c)

- OH

d)

- COOH

5.

Apakah nama hidrokarbon berikut?

a)

metena

b)

etena

c)

etuna

d)

metuna

6.

Namakan sebatian yang mempunyai formula seperti dalam rajah di atas.

a)

3-etilbutana

b)

3,3-dimetilbutana

c)

2,2-dimetilbutana

d)

2-etilbutana

7.

Rajah menunjukkan jelaga yang terhasil daripada pembakaran 2 jenis hidrokarkon yang berlainan. Perbezaan jelaga yang terhasil dapat diperhatikan pada mangkuk pijar serta pada kertas turas.

Antara berikut manakah yang benar?

a)

Hidrokarbon A adalah jenis sebatian alkana

b)

Hidrokarbon A mempunyai peratus karbon yang lebih tinggi

c)

Hidrokarbon B adalah hidrokarbon tepu

d)

Hidrokarbon B lebih banyak menghasilkan jelaga berbanding A

8.

Rajah menunjukkan penyulingan berperingkat petroleum.

Antara berikut manakah benar tentang pecahan penyulingan pada X dan Y

a)

X: Minyak petrol Y: Gas untuk memasak

b)

X: Gas untuk memasak Y: Minyak petrol

c)

X: Bitumen Y: Gas untuk memasak

d)

X: Gas untuk memasak Y: Bitumen

9.

Mengapa pecahan petroleum boleh diasingkan dengan penyulingan berperingkat?

a)

Kerana mempunyai siri homolog yang berbeza

b)

Kerana mempunyai takat didih yang berbeza

c)

Kerana mempunyai sifat kekonduksian elektrik yang berbeza

d)

Kerana mempunyai keasidan yang berbeza

10.

Apakah kegunaan bitumen hasil daripada penyulingan peringkat petroleum?

a)

Menurap jalan raya

b)

Bahan api kenderaan

c)

Minyak pelincir

d)

Membuat barangan plastik

11.

Minyak petrol mempunyai formula kimia C8H18.

Maka dapat disimpulkan bahawa minyak petrol merupakan ahli dalam siri homolog _____________

a)

Alkana

b)

Alkena

c)

Alkohol

d)

Almari

12.

Apabila saiz molekul hidrokarbon meningkat,

maka _______________________________________

a)

semakin rendah takat didih

b)

semakin bertambah kelikatan

c)

semakin mudah meruap

d)

semakin mudah terbakar

13.

Bagaimana anda menerangkan bahawa dua sebatian adalah berada dalam siri homolog yang sama?

a)

Mempunyai kumpulan berfungsi yang sama

b)

Mempunyai takat didih yang sama

c)

Mempunyai warna yang sama

d)

Mempunyai formula am yang berbeza

14.

Proses peretakan ialah suatu proses memecahkan molekul hidrokarbon yang bersaiz besar kepada molekul-molekul kecil yang lebih banyak kegunaannya.


Persamaan berikut menunjukkan tindak balas peretakan

C6H14 ----> C4H10 + X


Apakah X?

a)
b)
c)
d)
15.

Apakah nama sebatian yang mempunyai formula molekul seperti berikut


CH3CH2COOH

a)

Asid etanoik

b)

Asid propanol

c)

Asid propanoik

d)

Asid butanoik

16.

Sebatian yang mempunyai formula struktur seperti dalam rajah tergolong dalam kumpulan homolog _____________

a)

Alkohol

b)

Alkena

c)

Asid karboksilik

d)

Ester

17.

Berapakah bilangan atom karbon di dalam satu molekul dekena?

a)

10

b)

9

c)

8

d)

7

18.

Manakah antara berikut ialah molekul hidrokarbon yang mempunyai cabang?

a)
b)
c)
d)
19.

Butena dan Butuna adalah sama dari segi _____________

a)

kumpulan berfungsi dalam molekul

b)

bilangan atom hidrogen di dalam molekul

c)

jelaga yang terhasil

d)

bilangan atom karbon di dalam molekul

20.

Manakah yang menerangkan maksud sebatian hidrokarbon?

a)

Sebatian yang terhasil daripada benda hidup

b)

Sebatian yang hanya mengandungi hidrogen dan karbon

c)

Sebatian yang terbentuk daripada ikatan ionik

d)

Sebatian yang boleh menukarkan warna kertas litmus dari biru kepada merah