wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PERMUAFAKATAN POLITIK

Total questions: 11

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut adalah sarjana yang membahaskan konsep pembangunan politik KECUALI

a)

Fred Riggs

b)

Samuel Huntington

c)

Gabriel Almond

d)

Karl Marx

2.

Berikut adalah parti politik terawal di Malaysia sebelum merdeka KECUALI

a)

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

b)

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

c)

Parti Tindakan Demokratik (DAP)

d)

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

3.

Negara-negara membangun yang menerima bantuan dari IMF secara tidak langsung telah diterapkan dengan konsep pembangunan berasaskan kapitalisme. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat telah memberi tekanan secara halus agar negara-negara terbabit merubah struktur geo-politik mereka dengan menerima sistem demokrasi ala barat. Negara-negara ini kemudiannya telah melaksanakan beberapa perkara berikut iaitu: (4 jawapan)

a)

Melaksanakan pendekatan politik bersandarkan institusi bebas

b)

Menjalankan fahaman komunisme yang menggalakkan penubuhan masyarakat berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya

c)

Memilih perwakilan rakyat dalam pemerintahan

d)

Mewujudkan kebebasan bersuara dan beragama

e)

Melindungi hak-hak individu

4.

Matlamat pembangunan politik adalah untuk membina (a)   .

5.

Di Malaysia, kaedah top-down (dari kerajaan kepada rakyat) tertumpu pada beberapa usaha iaitu: (3 jawapan)

a)

Penghayatan Rukun Negara sebagai ideologi negara Malaysia

b)

Pemupukan elemen kapitalisme dalam sistem ekonomi

c)

Penerapan dasar-dasar awam yang ditentukan oleh kerajaan

d)

Pemupukan semangat nasionalisme melalui lambang dan ritual negara

6.

Berikut adalah komponen utama dalam Sistem Politik Demokrasi KECUALI

a)

Pilihanraya

b)

Parlimen

c)

Pesuruhjaya

d)

Perlembagaan negara

e)

Parti-parti Politik

7.

Semasa pelaksanaan Malayan Union pada tahun 1946, secara tersirat memperlihatkan pihak Brtiish ingin memperkenalkan corak pemerintahan (a)   yang berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak British dan rakyat pula ditadbir sebagai satu bangsa.

8.

Pada tahun 1974, Parti Perikatan ditukarkan namanya kepada Barisan Nasional (BN) yang dianggotai oleh sembilan buah parti. Apakah kepentingan kewujudan BN dalam pemupukan hubungan etnik? (3 jawapan)

a)

Memperkukuh kerjasama pelbagai parti etnik

b)

Setiap kelompok etnik tidak diwakili dalam keputusan politik di peringkat tertinggi

c)

Parti pembangkang diajak menyertai gabungan bagi menjamin kestabilan politik

d)

Mengurangkan masalah persaingan politik perkauman dan konflik perkauman

9.

Faktor yang mempengaruhi penubuhan parti politik di Malaysia ialah:

a)

Ideologi

b)

Kaum

c)

Bahasa

d)

Ekonomi

10.

Berikut adalah parti politik di Sabah KECUALI

a)

SUPP

b)

USNO

c)

UNKO

d)

Berjaya

11.

Perkara Darurat termaktub dalam Perlembangan pada Perkara (a)   .