Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

BAHASA MELAYU - KATA HUBUNG DAN KATA TANYA

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Semua murid tidak dibenarkan masuk ke sini, ____________________ dengan kebenaran guru.

a)

kecuali

b)

tetapi

c)

setelah

d)

sebelum

2.

KATA HUBUNG


Lalat itu terbang _____ hinggap di atas tong sampah.

a)

lalu

b)

atau

c)

hingga

d)

kalau

3.

KATA HUBUNG


Puan Hidayah mencuci sayur-sayuran itu _____ bersih.

a)

lalu

b)

atau

c)

hingga

d)

kalau

4.

KATA HUBUNG


Iman membeli mi goreng _____ air oren di kantin sekolah.

a)

yang

b)

dan

c)

untuk

d)

kerana

5.

KATA HUBUNG


Adam dimasukkan ke hospital _____ mengalami keracunan makanan.

a)

lalu

b)

kalau

c)

atau

d)

kerana

6.

KATA HUBUNG


Chitra menutup mi goreng itu dengan tudung saji _____ bewarna merah.

a)

dan

b)

kalau

c)

yang

d)

untuk

7.

KATA HUBUNG


Ceramah tentang amalan gaya hidup sihat itu akan disampaikan oleh Encik Hanafi _____ Encik Syakir.

a)

atau

b)

hingga

c)

kerana

d)

untuk

8.

KATA HUBUNG


Orang dewasa perlu tidur sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam _____ merehatkan badan.

a)

yang

b)

kalau

c)

lalu

d)

untuk

9.

______kah 'Bapa Kemerdekaan' negara kita?

a)

Bila

b)

Apa

c)

Siapa

d)

Mengapa

10.

________ jumlah gula-gula dalam botol itu?

a)

Berapakah

b)

Siapakah

c)

Bagaimanakah

d)

Apakah

11.

________ kamu akan memulangkan buku rujukan saya yang kamu pinjam?

a)

Apakah

b)

Bilakah

c)

Siapakah

d)

Berapakah

12.

............ kah yang menolong ibu memasak?

a)

Mengapa

b)

Bila

c)

Siapa

d)

Apa

13.

"..................cara menanam pokok bunga ini ? "tanya Farah kepada ibunya.

a)

Mengapakah

b)

Siapakah

c)

Bagaimanakah

d)

Apakah

14.

"__________________kah tujuan kamu datang ke sini?"tanya Pak Ismail kepada Tamrin.

a)

Ada

b)

Apa

c)

Siapa

d)

Bagaimana

15.

“___________kah dia masih belum tiba?” keluh Pak Saman.

a)

Bagaimana

b)

Siapa

c)

Apa

d)

Mengapa

16.

Misya telah bercadang melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan.

a)

Mengapakah Misya hendak belajar di luar negara pada tahun hadapan?

b)

Bilakah Misya hendak melanjutkan pelajaran di luar negara?

c)

Apakah cadangan Misya yang berada di luar negara pada tahun hadapan?

d)

Siapakah yang akan melanjutkan pelajaran di luar negara pada tahun hadapan?

17.

Kompang selalu dipalu di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu.

a)

Di manakah kompang selalu dipalu?

b)

Apakah alat muzik yang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?

c)

Mengapakah kompang selalu dipalu di majlis perkahwinan orang Melayu?

d)

Siapakah yang selalu memalu kompang di majlis-majlis perkahwinan orang Melayu?

18.

Azmi akan menyambut hari jadinya pada minggu hadapan.

a)

Mengapakah Azmi menyambut hari jadinya?

b)

Bilakah hari jadi Azmi?

c)

Bilakah Azmi akan menyambut ulang tahun hari kelahirannya?

d)

Apakah rancangan Azmi pada minggu hadapan?

19.

Cara penjagaan gigi yang betul dapat mengelakkan penyakit gusi.

a)

Bagaimanakah cara untuk mengelakkan penyakit gusi?

b)

Mengapakah penyakit gusi perlu dielakkan?

c)

Adakah terdapat cara penjagaan gigi yang betul untuk mengelakkan penyakit gusi?

d)

Apakah penjagaan gigi yang betul?

20.

Potter mencuci muka _______________ tangan selepas berkebun di belakang rumahnya.

a)

dan

b)

lalu

c)

sambil

d)

tetapi

21.

Alyssa menyiapkan kerja sekolah _______________ mendengar muzik sebagai halwa telinga.

a)

dan

b)

lalu

c)

sambil

d)

tetapi

22.

En Lai tidak sombong _______________ dia anak seorang jutawan.

a)

dan

b)

lalu

c)

ataupun

d)

walaupun

23.

_______________ Jun Hang aktif dalam sukan, _______________ dia tidak pernah mengabaikan pelajarannya.

a)

Walaupun.....namun

b)

Sungguhpun.....kerana

c)

Oleh sebab itu.....dan

d)

Selain itu.....atau

24.

Xin Yi melonjak kegembiraan _______________ dia berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun.

a)

apabila

b)

supaya

c)

walaupun

d)

untuk

25.

Cikgu Zaidah selalu menasihati murid-murid_______________ belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

a)

apabila

b)

agar

c)

kerana

d)

untuk

26.

Kejadian pecah masuk rumah selalunya terjadi _______________ penghuninya sedang tidur nyenyak.

a)

apabila

b)

ketika

c)

kerana

d)

untuk

27.

"Kamu akan berpindah ke Kuala Lumpur pada bulan ini _______________ bulan hadapan?" tanya Nini kepada Tina.

a)

apabila

b)

dan

c)

lalu

d)

atau

28.

Mary membaca buku di perhentian bas _______________ menunggu bas sekolahnya tiba.

a)

sambil

b)

sementara

c)

untuk

d)

sekiranya

29.

Perlawanan bola sepak itu akan ditunda _______________ hujan turun dengan lebatnya.

a)

sambil

b)

sementara

c)

apabila

d)

sekiranya

30.

Klinik Dr Hanafi dibuka pada setiap hari _______________ hari Sabtu.

a)

dan

b)

atau

c)

jika

d)

kecuali

31.

Charles lulus kesemua ujian itu _______________ adiknya gagal.

a)

dan

b)

serta

c)

tetapi

d)

malahan

32.

Charlize tidak datang ke sekolah _______________ minggu lepas.

a)

semenjak

b)

sewaktu

c)

setelah

d)

kerana

33.
2 Haji Shahrul Anuar bukan sahaja pemurah ___________ baik hati.
a)
dan 
b)
tetapi
c)
walaupun
d)
manakala
34.
Raj dan keluarganya pernah ke Pulau Tioman _______________ dia kecil dahulu.
a)
setelah
b)
semasa
c)
seraya
d)
sebelum
35.
__________________ menghadiri beberapa temu duga, akhirnya Izzah berjaya menjadi seorang pramugari.
a)
Setelah
b)
Semenjak
c)
Semasa
d)
Sewaktu
36.
_____________________ loceng sudah dibunyikan namun Izzamie masih terus bercerita di atas pentas.
a)
Sedang
b)
Tatkala
c)
Sementara
d)
Walaupun
37.

Aniq tetap meneruskan perjalanannya ke sekolah __________________________ tayar basikalnya pancit.

a)

agar

b)

yang

c)

semasa

d)

walaupun

38.

Aqil Firas menyatakan ________________________ dia tidak datang sekolah kerana demam.

a)

tetapi

b)

dan

c)

sambil

d)

bahawa

39.

_________________________ kita terpaksa keluar dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kita perlulah memakai penutup mulut dan hidung.

a)

jika

b)

atau

c)

sementara

d)

bahawa

40.

Yang manakah antara berikut bukan kata hubung?

a)

dan

b)

tetapi

c)

kerana

d)

selalu