wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Matematik pengguna : Pengurusan kredit dan hutang

Total questions: 15

Worksheet time: 2hrs 50mins

Name
Class
Date
1.

Kredit adalah kemudahan .................... bayaran yang diberikan oleh pembekal kepada pengguna.

a)

pembatalan

b)

pemberian

c)

penangguhan

d)

pengecualian

2.

Namakan tempoh kelonggaran untuk membenarkan pengguna kad kredit membayar tanpa caj kewangan.

a)

Tempoh tanpa faedah

b)

Tempoh tanpa caj

c)

Tempoh tanpa kredit

d)

Tempoh tanpa tunai

3.

Di antara berikut, merupakan kelebihan kad kredit kecuali

a)

Memudahkan pembelian

b)

Mengambil kesempatan atas diskaun jualan

c)

Menggalakkan perbelanjaan berlebihan

d)

Menaik taraf hidup

4.

Azmir membuat pinjaman peribadi sebanyak RM40 000 dari Bank Kerjaya dengan kadar faedah sama rata 3.5% setahun dan tempoh bayaran balik adalah selama 10 tahun. Hitung bayaran ansuran bulanan Azmir kepada Bank Kerjaya.

a)

RM540

b)

RM500

c)

RM400

d)

RM450

5.

En. Ali meminjam sebanyak RM15 000 dari Bank P untuk memulakan perniagaan tukang jahit di Kangar. Bank mengenakan 5% dengan kadar faedah sama rata untuk tempoh pembayaran balik selama 5 tahun. Berapakah jumlah faedah yang akan dibayar oleh En. Ali kepada pihak bank?

a)

RM2 850

b)

RM3 750

c)

RM4 250

d)

RM5 150

6.

Ikhwan membeli sebuah televisyen berharga RM1 800 dengan menggunakan kad kredit. Setelah menerima penyata bulanan, Ikhwan hanya ingin membayar bayaran minimum. Bayaran minimum adalah 5% daripada jumlah baki akhir penyata kad kredit, atau minimum RM50. Jika Ikhwan tidak membuat transaksi lain dengan menggunakan kad kredit pada bulan tersebut, berapakah bayaran minimum yang harus dibayar oleh Ikhwan?

a)

RM180

b)

RM100

c)

RM90

d)

RM50

7.

....................... adalah suatu amaun yang telah dipinjam tetapi belum dilunaskan.

a)

Hutang

b)

Saham

c)

Pelaburan

d)

Simpanan

8.

Pilih Kelebihan menggunakan kad kredit :

a)

Tidak perlu membawa tunai yang banyak

b)

Menikmati sistem ganjaran seperti rebat tunai

c)

Kemudahan membeli barangan atas talian

d)

boleh berbelanja sesuka hati tanpa batasan

9.

Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh seseorang pemohon kad kredit seperti :

a)

berumur 21 tahun ke atas

b)

mempunyai penyata gaji atau dokumen sokongan

c)

berpendapatan minimum RM24000 setahun

d)

mempunyai asset

10.

Faedah Tahunan yang dikenakan terhadap kad kredit di antara ........ hingga .......

a)

10% hingga 12%

b)

13% hingga 15%

c)

15% hingga 18%

d)

18% hingga 21%

11.

Sekiranya seseorang tidak mampu untuk membayar hutang kad kredit sepenuhnya, maka dia boleh membayar secara minimum RM50 atau ....... % daripada jumlah baki akhir penyata.

a)

5

b)

10

c)

15

d)

20

12.

......................... wujud setelah menolak bayaran pendahuluan dan ditambah dengan jumlah faedah yang dikenakan.

a)

Faedah

b)

Faedah atas baki

c)

Baki pinjaman

d)

Ansuran bulanan

13.

Pilih jenis faedah yang biasa dikenakan oleh pihak bank apabila kita membuat sesuatu pinjaman

a)

Faedah sama rata

b)

Faedah atas baki

c)

Faedah mudah

d)

Faedah kompaun

14.

Emily meminjam RM1200 daripada bank dengan kadar faedah mudah 8.5% setahun. Hitung jumlah bayaran balik yang perlu di bayar oleh Emilio dalam tempoh 2 tahun.

a)

RM204

b)

RM996

c)

RM1,020

d)

RM1,404

15.

Encik Tan mendapat pinjaman kereta sebanyak RM125 000 dan tempoh bayaran ialah 5 tahun. Kadar faedah sama rata yang ditawarkan ialah 2.8% setahun. Hitung jumlah faedah yang perlu dibayarnya?

a)

RM3 500

b)

RM7 500

c)

RM1 750

d)

RM17 500