Font size
WorksheetsBunyi 2 (yr 4)
Total questions: 16
Worksheet time: 8mins
Apabila udara di dalamnya bergetar, bunyi dihasilkan. Apakah alat ini?
Apakah fenomena bunyi berikut?
Gema
Sonar
Ultrasonik
Apakah kegunaan sonar?
untuk mengesan objek di dalam air
untuk berubat
untuk menanam pokok
untuk mengkaji bunyi
Apakah kesan bunyi yang memudaratkan?
menghiburkan
tekanan emosi
memberikan maklumat
berkomunikasi dengan mudah
Apakah yang sedang dipakai oleh petugas landasan kapal terbang ini?
pelindung telinga
penangkap bunyi
penyerap bunyi
Pencemaran bunyi boleh dikurangkan dengan menggunakan
Pembesar suara
Pelindung telinga
Penyerap bunyi seperti permaidani, langsir dan pokok
Antara alat muzik tersebut, yang manakah dapat menghasilkan bunyi melalui ketukan?
Bagaimanakah bunyi alat ini dihasilkan?
Gesekan
Petikan
Ketukan
Tepukan
Gambar menunjukkan satu aktiviti bersiul. Bagaimanakah bunyi terhasil apabila kita bersiul?
Kotak suara menghasilkan bunyi
Pergerakan bibir dan lidah menghasilkan bunyi
Udara yang ditiup bergetar dan menghasilkan bunyi
Bunyi daripada mulutnya bergerak dan dipantulkan oleh udara
Gambar menunjukkan pembesar suara yang sedang digunakan. Apa yang dapat diperhatikan pada beberapa butir kacang hijau yang diletakkan di atas pembesar suara tersebut?
Kacang hijau tersebut akan pecah
Kacang hijau tersebut akan bergetar di atas pembesar suara itu
Kacang hijau tersebut akan bercambah
Tiada apa-apa berlaku pada kacang hijau itu
Loceng terletak di tingkat dua sebuah sekolah. Mengapa loceng boleh di dengar oleh semua murid di sekolah tersebut?
Bunyi boleh dipantulkan
Bunyi bergerak secara gelombang
Bunyi bergerak ke semua arah
Bunyi dihasilkan oleh getaran
Fakhruddin mendapati gema terhasil apabila dia membuat bunyi semasa berada di sebuah bilik kosong, tetapi tiada gema terhasil apabila membuat bunyi yang sama di bilik tidurnya. Mengapakah hal ini berlaku?
Bilik tidur Fakhruddin lebih luas daripada bilik kosong itu
Bilik yang kosong menyerap bunyi dengan mudah
Dinding di dalam bilik tidur Fakhruddin memantulkan bunyi dan kurang penyerap bunyi
Dinding di dalam bilik kosong memantulkan bunyi dan kurang penyerap bunyi
Apakah fenomena pantulan bunyi yang membolehkan seekor kelawar untuk memandu arah dan mengesan lokasi mangsa?
Super Sonik
Ultrasonik
Sonar
Gema
Dalam bidang perubatan, doktor dapat mengesan organ di dalam badan pesakit atau bayi di dalam kandungan. Antara yang berikut, yang manakah fenomena pantulan bunyi yang terlibat?
Gema
Super Sonik
Ultrasonik
Sonar
Rajah menunjukkan sebuah kapal nelayan yang menggunakan sonar untuk mengesan kedudukan ikan. Bagaimanakah alat itu berfungsi?
Menggunakan prinsip pantulan bunyi
Menghasilkan bunyi untuk menarik perhatian ikan
Mengesan bunyi yang terhasil daripada kumpulan ikan
Menggunakan bunyi yang kuat untuk menghasilkan getaran
Antara yang berikut, yang manakah situasi yang menggambarkan bunyi yang tidak memberi faedah dalam kehidupan harian kita?
Bunyi siren daripada kereta polis
Bunyi hon kenderaan di jalan raya
Bunyi loceng kebakaran
Bunyi daripada aktiviti perindustrian
