Font size
WorksheetsDUH2323-MINGGU 2
Total questions: 17
Worksheet time: 19mins
HADITH ADALAH SUMBER KE (a) SELEPAS AL-QURAN.
Berapakah fungsi hadith terhadap al-Quran?
3
5
4
6
Salah satu fungsi hadith terhadap al-Quran adalah mentafsir. Pilih kenyataan yang tepat bagi fungsi berikut.
i. Menjelaskan ayat yang berbentuk umum didalam al-Quran.
ii. Mengkhususkan ayat yang bersifat umum di dalam al-Quran.
iii. Menqayyidkan nas yang bersifat mutlak.
iv. Menerangkan nas yang bersifat mutlak.
i, ii dan iv
i, ii, dan iii
i dan iii sahaja
semua di atas
Hadith turut berperanan sebagai pengasas atau membentuk hukum yang tiada di dalam al-Quran. Berikut merupakan contoh-contoh hukum yang tiada di dalam al-Quran namun terdapat hadith yang mengnaskannya kecuali. . .
Hukum rejam bagi penzina muhsan
Hukum menghimpun isteri dengan ibu saudaranya dalam satu masa
Hukum memakan bangkai haiwan yang bertaring dan kuku tajam
Hukum lelaki dan perempuan yang mencuri
Berikut merupakan zaman yang terlibat dalam perkembangan penulisan dan pembukuaan hadith, kecuali
Zaman moden
Zaman Tabi'in
Zaman Sahabat
Zaman Rasulullah
Terdapat hadith yang melarang penulisan hadith dan terdapat hadith yang membenarkan penulisan hadith. Namun percanggahan diantara hadith ini telah dibincangkan oleh para ulama. Berikut merupakan justifikasi yang benar berkenaan perkara tersebut kecuali. . .
Hadith larangan Abu Sa'id hanya ditujukan kepada penulisan yang bercampur aduk dengan al-Quran
Larangan hanya ditujukan kepada orang pandai menulis.
Larangan mencatat hadith hanyadiperingkat awal islam sahaja
Larangan ditujukan kepa mereka yang kuat hafalan
Walaupun terdapat golongan yang menyatakan tiada berlakunya penulisan hadith pada zaman rasulullah s.a.w. berdasarkan dalil yang melarang penulisan hadith, namun kenyataan tersebut dapat disanggah dengan bukti-bukti penulisa yang wujud dan diketahui oleh kita sehingga kini. Antaranya, sahifah-sahifah sahabat.
Berdasarkan kenyataan di atas pilih jawapan yang tepat mengenai sahifah-sahifah yang ada pada zaman nabi.
i. Sahifah as-Sadiqah
ii. Sahifah as-Sahihah
iii. Sahifah Ali bin Abi Talib
iv. Sahifah Hammam
i dan ii
i dan iii
ii dan iii
i, ii dan iii
Berikut merupakan kenyataan yang tepat mengenai zaman sahabat kecuali. . .
Berlakunya percanggahan pendapat di antara melarang dan membenarkan penulisan hadith.
Muncul sahifah yang terkenal pada zaman ini yang dipanggil sebagai sahifah as-Sadiqah
Penulisan dan pembukuan hadith zaman sahabat berterusan seperti mana pada zaman Rasulullah.
Hadith hanya dicatat dan ditulis oleh sebahagian sahabat sahaja sebagai usaha dan inisiatif individu semata-mata
Perbezaan pendapat diantara ulama yang membenarkan dan melarang juga berlaku pada zaman Tabi'in. Tetapi perbezaan pendapat ini hanya berlaku di kalangan ____________ pada akhir abad pertama Hijrah sahaja.
Sighar Tabi'in
Kibar Tabi'in
Kibar Sahabat
Mutawwasit Tabi'in
Berikut merupakan faktor mengapa berlakunya perbezaan pendapat di kalangan Ta'biin pada abad tersebut.
*Boleh pilih dari satu jawapan
Bimbang hadith akan bercampur aduk dengan pendapat dan ijtihad mereka
Bimbang hadith akan bercamput dengan al-Quran
Wujud kebimbangan dikalangan ulama, bahawa umat Islam bergantung dengan sepenuhnya dengan hadith yang bertulis dengan mengabaikan hafalan hadith
Larangan hanya berlaku di peringkat awal islam sahaja.
Penulisan dan pembukuan hadith secara rasmi pada zaman Tabiin atas inisiatif Khalifah?
Umar bin Abd 'Aziz
Umar bin Abi Talib
Abu Bakr bin 'Amru
Al-Zuhri
-Muhammad ibn Muslim ibn Shihab al-Zuhri (m. 124H) dianggap orang pertama yang bertindak menyusun hadith Nabi s.a.w. dalam sebuah kitab.
Betul
Salah
Pilih faktor utama usaha penulisan dan pengumpulan hadith dilakukan secara rasmi pada abad ke-2 ini.
*Boleh pilih lebih dari 1 jawapan.
Ramai kalangan huffaz hadith telah meninggal dunia.
Terbentuknya kaedah-kaedah tertentu dalam penyusunan hadith.
Ulama dan orang yang pandai berkaitan dengan ilmu telah berpindah ke merata tempat.
Timbul berbagai perselisihan di kalangan umat Islam khasnya kemunculan puak-puak dan aliran mazhab (Syiah, Muktazilah dan Khawarij), di mana melahirkan hadir palsu yang sengaja direka-reka untuk kepentingan peribadi dan golongan masing2
Walaupun pada abad ke-2 ini, hadith berjaya dikumpul ke dalam satu kitab namun terdapat beberapa kelemahan yang berlaku. Antaranya adalah;
i. Kitab-kitab tersebut mencampuraduk antara hadith-hadith Rasulullah s.a.w dengan kata2 sahabat dan fatwa2 tab’in.
ii. Kitab juga tidak disusun secara sistematik
iii. Hadith2 yang dikumpul tidak lengkap serta tidak menyeluruh.
iv. Hadith sahih, da'if dan mauduk bercacmpur dalam satu kitab.
i, ii dan iii
ii, iii dan iv
i, ii dan iv
Semua di atas
Pemisahan antara hadith Rasulullah SAW dengan fatwa/kata-kata sahabat dan tabi’in dilakukan pada abad?
Akhir abad ke 2
Abad ke 3
Pertengahan abad ke 2
Abad ke 4
Disebabkan kelemahan yang ada pada Masanid, maka ulama hadith mencipta satu lagi kaedah dan metodologi pengumpulan hadith, di mana mereka mengambil inisiatif hanya mengumpul hadith2 sahih sahaja dalam satu kitab. Ulama pertama yang merintis kaedah ini adalah?
Imam Bukhari
Imam Muslim
Imam Tirmidhi
Imam Ahmad bin Hanbal
Abad seterusnya boleh dianggap sebagai abad yang hanya menyaksikan usaha penyusunan semula hadith, pengulasan atau penghuraian serta ringkasan terhadap kitab-kitab yang dihasilkan oleh ulama sebelumnya.
Salah
Betul
